Rabu, 5 Mac 2014

The Malaysian Insider :: Bahasa

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Pelantikan Taib Mahmud disokong rakyat Sarawak, tidak perlu tentang, kata Paul Low

Posted: 05 Mar 2014 02:45 AM PST

OLEH MD IZWAN
March 05, 2014

Bekas Pengerusi TI Malaysia yang kini menjadi menteri, Datuk Paul Low (gambar) menyifatkan Tan Sri Taib Mahmud mendapat sokongan daripada rakyat negeri Sarawak, maka tidak perlu menghalang pelantikannya sebagai Yang di-Pertua Negeri (YDP).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri tersebut menjawab soalan wartawan sama ada pelantikan tersebut perlu ditangguhkan sehingga selesai siasatan tuduhan rasuah dan salah guna ke atas Taib dan keluarganya selesai.

"Saya tidak tahu tentangnya.

"Bagaimanapun, kita bercakap tentang masyarakat berintegriti dan sebagainya. Beliau mendapat undi yang memberangsangkan untuk menjadi gabenor, maksudnya untuk berada dalam kerajaan," kata Low menjawab soalan wartawan semasa sidang media selepas sidang Corporate Governance Summit di Kuala Lumpur hari ini. – 5 Mac, 2014.

MENYUSUL LAGI

Anwar gagal dalam usaha terakhir ketepi Shafee jadi ketua pendakwa kes liwat

Posted: 05 Mar 2014 02:03 AM PST

OLEH V ANBALAGAN, PENOLONG PENGARANG BERITA
March 05, 2014
Latest Update: March 05, 2014 07:18 pm

Mahkamah menolak permohonan Anwar yang bakal menyaksikan Shafee mengetuai pendakwaan terhadapnya esok. - Gambar The Malaysian Insider, 5 Mac, 2014.Mahkamah menolak permohonan Anwar yang bakal menyaksikan Shafee mengetuai pendakwaan terhadapnya esok. - Gambar The Malaysian Insider, 5 Mac, 2014.Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal dalam usaha terakhir beliau untuk menyekat peguam Umno Tan Sri Shafee Abdullah sebagai ketua pendakwa dalam kes liwat yang akan dibicarakan di Mahkamah Rayuan esok.

Lima hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai Tan Sri Abdul Hamid Embong yang menolak permohonan itu berkata, tidak ada sebab tersendiri dalam hal ini.

Ini bermakna, rayuan terhadap keputusan mahkamah tinggi yang membebaskan Anwar daripada dakwaan meliwat pembantunya Mohd Saiful Bukahri Azlan akan berlangsung esok dengan Shafee sebagai ketua pendakwanya.

Anwar memfailkan permohonan menangguhkan pelaksanaan dan notis rayuan kepada Pendaftar Mahkamah Persekutuan pagi tadi.

Pendengaran dengan notis yang singkat itu ditetapkan selepas peguam Karpal Singh dan Sivarara Rasiah menemui Ketua Hakim Negara Tun Ariffin Zakaria di pejabatnya petang ini.

Perbicaraan ke atas rayuan pendakwaan kes liwat Anwar ditetapkan selama dua hari mulai esok iaitu pada 6 dan 7 Mac.

Hamid berkata, permohonan itu berasaskan kepada Shafee bertembung kepentingan dan tidak layak dan sesuai.

"Kami dapati tidak ada merit dalam permohonan ini dan tidak ada sebab untuk menganggu penolakan Mahkamah Rayuan terhadap permohonan Anwar," katanya dalam keputusan sebulat suara petang ini.

Shafee dalam penggulungannya berkata, permohonan ini patut ditolak kerana ia bertujuan untuk melengahkan rayuan pendakwaraya.

Katanya, rayuan ketiga Anwar untuk mengenepikan beliau dalam Mahkamah Persekutuan tidak perlu kerana kedua-dua asas dibincang dan dibuat keputusan dalam kedua-dua permohonan sebelum ini.

Peguam Karpal Singh berkata, setiap peluang perlu diberikan kepada Anwar untuk membuat rayuan sebelum kes liwat dibicarakan dalam peringkat rayuan esok.

Isnin lepas, tiga hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Datuk Balia Yusof Wahi memutuskan peguam tidak boleh diputuskan tidak layak dan tidak baik hanya kerana lembaga disiplin mendapati dirinya bersalah atas salah laku.

Katanya, walaupun Lembaga Disiplin Peguam dan Peguamcara mendapati dirinya bersalah kerana salah laku, menjadi tugas pendakwaraya menentukan sama ada Shafee layak atau orang yang sesuai untuk mengetuai pasukannya dalam kes liwat itu.

Kata Balia, permohonan Anwar remeh, menyusah dan menyalahgunakan proses mahkamah untuk melengah-lengahkan rayuan itu.

Balia juga menolak untuk memberikan penangguhan sehingga rayuan ke Mahkamah Persekutuan.

Anwar memfailkan permohonan kali ketiga bagi mengenepikan Shafee dengan alasan beliau tidak layak dan sesuai kerana didenda RM5,000 atas kesalahan salah laku oleh Lembaga Disiplin Majlis Peguam.

Beliau juga mendakwa, ia akan mengakibatkan pertembungan kepentingan kerana pegawai penyiasat Jude Blacious Pereira didapati tidak boleh dipercayai dalam penyiasatan Suhakam sebelum ini.

Anwar pada awalnya mencabar kesahihan perlantikan Shafee di bawah Kanun Prosedur Jenayah tetapi ia ditolak Mahkamah Persekutuan pada 20 November tahun lalu. – 5 Mac, 2014.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

Selasa, 4 Mac 2014

The Malaysian Insider :: Food

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Food


DASH diet linked to lower kidney stone risk

Posted: 04 Mar 2014 08:52 PM PST

March 05, 2014

A low-oxalate diet can mean limiting intake of foods including sweet potatoes, kale, beets, almonds and spinach. – AFP/Relaxnews pic, March 5, 2014.A low-oxalate diet can mean limiting intake of foods including sweet potatoes, kale, beets, almonds and spinach. – AFP/Relaxnews pic, March 5, 2014.A diet high in fruits, vegetables, legumes and nuts is believed to reduce the risk of kidney stones in addition to lowering blood pressure, according to a small new study published in the March issue of the National Kidney Foundation's American Journal of Kidney Diseases. This diet is also moderate in low-fat dairy products and low in meat, refined grains and white sugar.

Researchers compared a low-oxalate diet, which is frequently prescribed for prevention and treatment of kidney stones, to a Dietary Approaches to Stop Hypertension (DASH)-style diet, finding the latter potentially more effective in reducing risk of calcium oxalate kidney stones, the most common type.

Oxalate is found naturally in a number of nutritious foods, including sweet potatoes, kale, rice bran, beets, navy beans, almonds, spinach and rhubarb. The National Kidney Foundation notes that most kidney stones form when oxalate binds to calcium as urine is being produced by the kidneys. New research suggests that rather than eliminating oxalate foods from the diet, eating and drinking calcium and oxalate-rich foods together may be more beneficial. Oxalate and calcium are more likely to bind in the stomach and intestines when eaten together, making it less probable kidney stones will form.

Nazanin Noori, MD, PhD and other researchers studied 41 participants at The Hospital for Sick Children in Toronto over an eight-week period and found those who followed the DASH diet decreased their kidney stone risk by 35%, while those who went the low-oxalate route reduced their risk by 14%.

Levels of calcium, oxalate, citrate, sodium, potassium, magnesium, uric acid, pH and calcium oxalate in urine were studied as kidney stone "risk markers".

"Most people do not eat single, isolated nutrients, such as oxalate, but rather meals consisting of a variety of foods," says Noori. "So a practical diet plan for kidney stone prevention should be based on the cumulative effects of foods and the impact overall dietary patterns have on risk for stone formation rather than single nutrients." – AFP/Relaxnews, March 5, 2014.

Eating more fish shown to boost good cholesterol levels

Posted: 04 Mar 2014 06:41 PM PST

March 05, 2014

Fatty fish had a positive effect on cholesterol in a new study. – AFP/Relaxnews pic, March 5, 2014.Fatty fish had a positive effect on cholesterol in a new study. – AFP/Relaxnews pic, March 5, 2014.A University of Eastern Finland study has found that eating more fatty fish can increase good cholesterol levels.

The study was published in the journal PLOS ONE and found participants who increased their fish fatty consumption to three or four fish meals per week had more large HDL (high-density lipoprotein) – also known as "good cholesterol" – particles in their blood than those who did not eat fish so frequently.

For the study, 131 participants with "impaired glucose metabolism and features of the metabolic syndrome" were divided into three groups. The first was asked to eat wholegrain products and bilberries as well as three to four weekly servings of fatty fish, the second was asked to eat whole grains in addition to their regular eating habits, and the third, a control group, was asked to eliminate whole grains and limit their intake of berries and fish. A total of 106 participants completed the trial.

Daily fish intake in the three groups worked out to be 67g, 42g and 16g respectively. Participants who experienced the most positive changes were those eating three to four fish meals per week, and the greater the increase in fish intake, the greater the increase in concentration of large HDL.

Fish consumed for the study included fatty options such as rainbow trout, salmon, vendace and herring. The fish were prepared without additional butter or cream.

Cholesterol is generally divided into "good" and "bad", with good cholesterol capable of removing bad cholesterol from arteries in addition to lowering risk of cardiovascular disease. Bad cholesterol contributes to increased risk of this disease.

"People shouldn't fool themselves into thinking that if their standard lipid levels are OK, there's no need to think about the diet, as things are a lot more complicated than that. Soft vegetable fats and fish are something to prefer in any case," postdoctoral researcher Maria Lankinen says.

Researchers also emphasise the importance of maintaining a heart-healthy diet that's low in red meat and high in fish and other foods that lower bad cholesterol, such as olive oil, whole grains and nuts. – AFP/Relaxnews, March 5, 2014.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

The Malaysian Insider :: Bahasa

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Mahkamah Persekutuan benarkan permohonan pihak pendakwaan batal rayuan Anwar

Posted: 04 Mar 2014 03:04 AM PST

March 04, 2014

Mahkamah Persekutuan hari ini membenarkan permohonan pihak pendakwaan membatalkan rayuan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) untuk memanggil semula bekas pegawai penyiasat polis untuk memberi keterangan tambahan dalam kes liwatnya.

Ini membuka jalan bagi Mahkamah Rayuan untuk mendengar, seperti dijadualkan, pada 6 dan 7 Mac rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan Anwar atas dakwaan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, di kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang 26 Jun, 2008.

Pada 12 Februari Mahkamah Rayuan menolak permohonan Anwar untuk memanggil semula Supt Judy Blacious Pereira dalam kes liwatnya berhubung isu kewibawaannya.

Panel lima Hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai Tan Sri Suriyadi Halim Omar, dalam keputusan sebulat suara, berkata keputusan Mahkamah Rayuan adalah betul dan bahawa permohonan kedua Anwar bukan permohonan yang boleh dirayu mengikut tafsiran Seksyen 3 Akta Mahkamah Kehakiman 1964.

Hakim Suriyadi berkata mahkamah tertinggi bersetuju dengan penghujahan pihak pendakwaan, yang diketuai Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah, bahawa keputusan Mahkamah Rayuan tidak melupuskan hak responden.

"Rayuan itu tidak cekap memandangkan perayu tidak dihalang sepenuhnya," demikian diputuskan Hakim Suriyadi.

Empat anggota panel hakim yang lain ialah Tan Sri Ahmad Maarof, Datuk Hasan Lah, Datuk Ramly Ali dan Datuk Abu Samah Nordin.

Semalam, Anwar gagal dalam cubaan ketiga di Mahkamah Rayuan bagi menggugurkan Muhammad Shafee daripada mengetuai pasukan pendakwaan atas alasan bahawa peguam kanan itu seorang yang tidak sesuai dan wajar untuk menerima pelantikan memandangkan dia didapati bersalah dan didenda RM5,000 oleh Lembaga Disiplin Peguambela dan Peguamcara kerana melangar Akta Profesion Undang-undang.

Anwar pertama kali mencabar kesahihan pelantikan Muhammad Shafee mengikut Kanun Acara Jenayah tetapi ditolak Mahkamah Rayuan pada 17 September tahun lepas.

Mahkamah Persekutuan turut menolak rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Rayuan pada 20 November tahun lepas.

Permohonan keduanya untuk melucutkan kelayakan Muhammad Shafee, berdasarkan akuan bersumpah bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk M Zain Ibrahim, turut ditolak Mahkamah Rayuan pada 20 Disember tahun lepas.

Rayuannya di Mahkamah Persekutuan turut ditolak pada 11 Februari tahun ini.

Shafee dilantik oleh Peguam Negara secara "fiat" (autoriti beliau) mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Acara Jenayah dan Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan untuk mengendalikan rayuan di Mahkamah Rayuan. – Bernama, 4 Mac, 2014.

Akhbar Sarawak minta maaf iklan ucapan ‘tahinah’ kepada Taib

Posted: 04 Mar 2014 02:50 AM PST

OLEH DESMOND DAVIDSON
March 04, 2014

Iklan 'Tahniah' kepada Tan Sri Abdul Taib Mahmud atas perlantikannya sebagai Yang Di-Pertua Negeri disalaheja sebagai 'Tahinah' di akhbar Utusan Sarawak.Iklan 'Tahniah' kepada Tan Sri Abdul Taib Mahmud atas perlantikannya sebagai Yang Di-Pertua Negeri disalaheja sebagai 'Tahinah' di akhbar Utusan Sarawak.Akhbar berbahasa Melayu Utusan Sarawak hari ini meminta maaf atas kesilapan ejaan sebuah iklan ucapan tahniah kepada bekas ketua menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, atas perlantikannya sebagai Yang Di-Pertua Negeri.

"Pihak pengurusan Utusan Sarawak ingin mohon maaf atas kesalahan ejaan yang tidak disengajakan itu," kata akhbar itu, yang dimiliki Sarawak Press Sdn Bhd pimpinan anak bongsu Taib, Datuk Hanifah Hajar Taib-Alsree.

Semalam, akhbar tersebut menerbitkan iklan muka penuh tajaan parti Taib, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), tetapi perkataan "Tahniah" disalah eja sebagai "Tahinah".

Willian Chan, pengarang kumpulan Sarawak Press Sdn Bhd, bagaimana pun berkata, tiada tindakan akan diambil terhadap mana-mana pekerja akhbar berkenaan.

Dipercayai PBB terlebih dahulu memastikan pruf iklan tersebut bebas dari kesilapan sebelum ia dihantar untuk penerbitan.

Utusan Sarawak merupakan antara akhbar tertua di negeri itu, dan sebelum ini pengarangnya pernah diberhentikan kerana menerbitkan laporan kurang menyenangkan mengenai pentadbiran Taib.

Taib mengumumkan perletakan jawatan sebagai ketua menteri pada 28 Februari, dan dilantik menjadi Yang Di-Pertua baru mulai 1 Mac.

Pada 2006, akhbar The Sarawak Tribune yang diterbitkan bersama Utusan Sarawak, digantung permitnya kerana memaparkan kartun Denmark yang menghina Nabi Muhammad.

Akhbar berbahasa Inggeris itu muncul sekali lagi sebagai New Sarawak Tribune pada 2010. – 4 Mac, 2014.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

The Malaysian Insider :: Opinion

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Opinion


It’s beyond friendship

Posted: 03 Mar 2014 08:27 PM PST

March 04, 2014

Cass Shan started off as a copywriter tasked with understanding buying behaviour. She now immerses herself in understanding buy-in behaviour.

They say a dog is a man's best friends.

I've had dogs before. And for me, we're not friends. We're more than friends.

We crossed that line with our canine counterparts a long time ago.

A recent dognapping incident made me think about the lost relationship.

Cut off from all forms of communications, how do we know what he's thinking of.

A dog is more than a pet. He's a protector, a friend and a confidante – who hears our distress through unspoken words, cares with his eyes, and soothes with that brush off his fur.

He waits patiently as we take our time to adjust to his temperament. He anticipates that walk through the gates. He welcomes the move forward and returns with equal enthusiasm.

When we express our care, it's like being pulled aside for a private moment – just us two.

Canines are sensitive to our feelings and make great guard dogs.

A simple bark and most take heed. A growl and most back away.

A bite – rare but necessary at times, sends a clear warning.

But what happens when someone misunderstands this warm creature and think of it as a cold beast? What happens when the bond of man and dog is broken, trust in disarray and fear and loathing exist in multiples?

Dognapping.

A serious crime for which one should be punished.

When one takes away a companion so important to people, break a relationship between two mutually happy beings and destroys the security a canine has for a home – that person knows not what it's like to care for another living being; lost in status symbols of the so-called superiority of man over animals.

But men are flawed, one may argue.

Flaws are to be minimised through building and motivation. Or at least that's what good leaders have preached. And I, for my part, believe what I hear.

How can one build and motivate a person whose trust in canines tethers on past misgivings and misunderstandings?

Religion and the peaceful one that is Islam, tells of the Merciful. Will he be Merciful to those who snub – or will I say hurt – a living creature through ill will, when one can choose to steer clear of taboos?

And how far do we define hurt? Feelings of lost warmth through separation from its owners or physical harm? Don't both count?

What neighbourhood do we live in if we can't speak of our differences and iron them out with free will?

What country do we live in if authorities and third parties can only stand helpless at the differences between two people? And how were we brought up if lost friendships with dogs are as common as the misgivings some people have about dog ownership?

But did I say friendship? No, dogs and us – we're not friends. We crossed that line a long time ago. – March 4, 2014.

Mengenang air hujan minumanku – A Shukur Harun

Posted: 03 Mar 2014 03:25 PM PST

March 04, 2014

Shukur mempunyai lebih 30 tahun pengalaman sebagai wartawan dan bekerja dengan pelbagai media. Beliau kini pencen tetapi menjadi pemerhati politik yang tegar.

Selama ini tidak ramai orang, khususnya di Malaysia, yang merasakan pentingnya air.

Ini kerana di negara ini, air boleh diperoleh di mana-mana dan begitu mewah sekali, berbanding dengan negara padang pasir.

Malaysia adalah antara negara tropika yang banyak hujan, malah ada musim banjir dan air melimpah hingga menenggelami rumah, seperti apa yang berlaku baru-baru ini di Kuantan, Kemaman, Dungun dan sebelah timur Johor.

Malah, di masa lalu, banjir biasanya disinonimkan dengan negeri Kelantan di mana ada pihak yang nakal mengatakan bahawa Kelantan selalu banjir disebabkan ia diperintah oleh PAS.

Tetapi kata-kata yang jahat ini tidak kedengaran lagi apabila negeri yang diperintah oleh Umno/BN seperti Johor dan Pahang juga mengalami banjir yang teruk.

Malah negeri lain yang diperintah oleh Umno/BN juga mengalami banjir. Oleh itu, andaian ini sudah tidak kedengaran lagi.

Ketika musim kemarau, sejak lebih sebulan yang melanda beberapa negeri di Semenanjung, khususnya di Selangor, orang ramai menyedari betapa pentingnya air untuk meneruskan kehidupan.

Di sana sini orang bercakap dan berteriak air, air dan air. Maka ada orang pergi ke masjid dan surau untuk mandi-manda dan berwujud.

Tetapi masjid juga terbatas takungan airnya. Ini menyebabkan tok siak masjid dan surau 'mengawasi' orang mandi manda di situ.

Seperti dikatakan, oleh kerana Malaysia mewah air, maka mereka menggunakannya semahu-mahunya.

Ada umat Islam yang berwujud di masjid seperti 'orang mandi' – menggunakan air semahu-mahunya, walaupun ada larangan bertulis di masjid dan surau, 'Jangan membazir air'.

Di mana-mana pun, termasuk menggunakan air di rumah, kebanyakan orang Malaysia begitu boros dengan air, seolah-olah air tidak berharga, lebih-lebih lagi tarif air murah di Selangor.

Disebabkan air banyak di negara ini,  sesetengah jamaah haji dan umrah di Tanah Suci mandi manda dan berwuduk begitu banyak sekali dengan menggunakan air.

Maka tidak hairanlah ada Tok Arab di sana hairan melihat orang Malaysia mengambil wujud menggunakan air begitu banyak sekali, sedangkan di Arab Saudi bekalan air terbatas.

Bagaimanapun saya pernah menyaksikan bekas Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat ketika beliau berwujud di sebuah masjid di mana beliau sangat cermat menggunakan air.

Ini adalah disiplin yang terus diamalkan oleh Tuan Guru sejak lama dulu.

Beliau hairan ketika menyaksikan orang di sebelahnya mengambil wujud dengan menggunakan air begitu banyak sekali.

Di zaman dulu, sebelum paip air sampai, orang kampung menggali perigi untuk mendapatkan sumber air dan apabila hujan mereka menyimpan air hujan itu di dalam tempayan yang diletak di tepi tangga dan di penjuru rumah.

Air hujan itu sangat jernih, justeru ia tidak bercampur dengan toksik seperti yang ada di bandar akibat asap kilang dan pelbagai pencemaran lain.

Malah saya mengingati novel 'And The Rain My Drink' atau 'Air Hujan Minumanku', karya Hansuyin, pengarang kelahiran Xinyang, Hainan, China, keturunan Eurasian, yang berhijrah ke Hong Kong dan seterusnya menetap di Switzerland dan meninggal dunia di sana beberapa tahun lalu.

Hansuyin, pernah tinggal di Malaya ketika zaman darurat 1940-1950 dan bekerja di Hospital Johor Bahru.

Novelnya, 'Air Hujan Minumanku' adalah sebahagian dari autobiografinya ketika tinggal di Malaya pada waktu itu. Novel Hansuyin itu menceritakan pengalaman getirnya di zaman tersebut sehingga air hujan menjadi minumannya.

Saya sendiri pun waktu kecil dan bersekolah di kampung, mandi dan minum daripada air tempayan yang amat dingin, sementara di sebelah petang, mandi di kolam yang jernih dekat rumah.

Kini zaman itu sudah berlalu dan tidak ada lagi kolam di sudut halaman dan tidak ada juga tempayan di pangkal tangga rumah.

Paip besi menghantar air hingga ke dalam rumah, betapa jauh sekalipun dan kini kolam air sudah ditimbus, tiada lagi yang mengingatinya.

Zaman moden melenyapkan segalanya.

Tetapi pada musim kemarau yang melanda negara sekarang di mana orang bergelut untuk mendapatkan air, tiba-tiba telaga atau kolam air diingat kembali.

Sudah ada yang terfikirkan untuk mengorek kembali telaga untuk mendapatkan air daripada bumi.

Mereka yang beriman melakukan solat hajat meminta Allah swt menurunkan hujan.

Orang ramai sedar kembali nilai air dalam kehidupan manusia dan ada pula yang berkata, "Kemarau panjang ini  mungkin kerana manusia banyak berbuat dosa." Itulah air.

Di masa lalu, ketika Nabi saw memimpin peperangan, ada sahabat –Umar Al-Khattab - mencadangkan kepadanya supaya tentera Muslimin berkubu di sebuah wadi, lembah yang mengandungi air, untuk kepentingan tentera Muslimin, dan Nabi saw berstuju.

Ini menunjukkan pentingnya air, termasuk di dalam peperangan.

Melalui Al Quran, Allah mengajarkan manusia, salah satunya dengan benda yang ada di sekitar mereka, iaitu air yang menjadi sumber kehidupan dan dengannya kita dapat menjalankan segala kegiatan. Allah menyebut dalam Surah Al-Anbiya:
"…Dan dari air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup."

Proses penciptaan alam semesta dan seisinya secara keseluruhan dilakukan oleh Allah swt dalam keadaan seimbang, sebagaimana yang tertulis dalam Surah Al Mulk ayat 3.

Demikian halnya dengan proses kewujudan air dengan segala keseimbangannya.

Proses evaporasi adalah proses perubahan air daripada bentuk cair menjadi gas. California Energy menyatakan bahawa hasil proses evaporasi adalah 90% wap air pada atmosfera yang berasal daripada samudera, laut, sungai, danau, dan tanah.

Salah satu kebesaran Allah swt iaitu dapat mengubah air menjadi kumpulan gas di atmosfera dengan bantuan sinar matahari, yang disebut dengan awan dalam bentuk yang bergumpal-gumpal.

Surah Ar Rum: 48 menyebut: "Allah, Dialah yang mengirim angin, lalu angin itu menggerakkan awan dan Allah membentangkannya di langit menurut yang dikehendaki-Nya, dan menjadikannya bergumpal-gumpal,…"

Kini di musim kemarau panjang, manusia mencari air, bercakap mengenai air di mana-mana.

Banyak kawasan takungan air sudah berada di peringkat kritikal, namun hujan belum juga turun. Tanah merekah, rumput kering, cuaca panas.

Ada peribahasa Melayu klasik menyebut, "Mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan."

Ini sebuah sindiran yang sangat tajam. Mengapa air ditempayan hendak dicurahkan, sedangkan guruh yang menderam belum tentu menurunkan hujan.

Natijah peribahasa ini supaya orang Melayu jangan berangan-angan akan sesuatu yang besar yang belum tentu wujud. Jangan dicurahkan air di tempayan, kerana air di tempayan itu, walau sedikit, sudah tentu menjadi milik kita.

Marilah, dalam sebarang waktu dan keadaan, kita sentiasa ramah dengan alam, menghargai air, mencari dan memikirkan kebesaran Ilahi. – 4 Mac, 2014.

* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

Isnin, 3 Mac 2014

The Malaysian Insider :: Food

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Food


Gastronomic theme park of Italian foods to open in Bologna

Posted: 03 Mar 2014 09:47 PM PST

March 04, 2014

The founders of Eataly plan to build a theme park based on Italian foods. – AFP/Relaxnews pic, March 4, 2014.The founders of Eataly plan to build a theme park based on Italian foods. – AFP/Relaxnews pic, March 4, 2014.It's being billed as the 'Disneyland' of food: a sprawling theme park in Bologna that will be dedicated to gourmet, artisan Italian foods brought to you by the people behind the global Eataly empire.

Fico Eataly World is set to convert unused warehouses in Bologna, Italy into an 80,000–square-metre food emporium mecca that will include restaurants, grocery stores, food labs and an aquarium, reports The Wall Street Journal.

The $40 million (RM131.3 million) project is a joint partnership between Eataly – which in the US is fronted by celebrity chef Mario Batali – and the municipality of Bologna.

The project is slated for completion in 2015 to coincide with Expo Milano 2015, when Italy will take the international spotlight and vaunt its merits as a cultural and travel destination.

According to the latest statistics out of the UN, Italy received 46.4 million international tourists in 2012 to be the fifth most visited country in the world.

Eataly is an international empire with 26 locations around the world across Italy, Japan, New York Chicago, Dubai and Turkey. – AFP/Relaxnews, March 4, 2014.

Jerantut set to become starfruit producer

Posted: 03 Mar 2014 12:26 AM PST

March 03, 2014

Jerantut is set to become a starfruit (scientific name: averrhoa bilimbi) producer in Pahang when a cluster farming pilot project involving three villages starts harvesting next year.

Member of Parliament for Jerantut Ahmad Nazlan Idris said 3,000 high yielding averrhoa bilimbi seeds worth RM30,000 were provided for free to Kampung Gintong, Bukit Puas and Tebing Tinggi smallholders to plant on a 125ha of land which they owned.

He said the initiative enabled the smallholders to increase their income as averrhoa bilimbi was a main ingredient in many Pahang traditional dishes, particularly 'sambal hitam'.

"We hope the cluster farming will enable local residents to sell averrhoa bilimbi or process it into black paste for the local market," he said, adding that the project would be extended to other villages in the district.

He said averrhoa bilimbi was relatively easy to grow as it did not require painstaking cultivation. – Bernama, March 3, 2014.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

Ahad, 2 Mac 2014

The Malaysian Insider :: Bahasa

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Anwar sokong MoU air, pinda jika bebankan rakyat

Posted: 02 Mar 2014 03:10 AM PST

OLEH HASBULLAH AWANG CHIK
March 02, 2014
Latest Update: March 03, 2014 03:10 am

Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) hari ini mengumumkan beliau tidak menentang perjanjian persefahaman (MoU) di antara kerajaan persekutuan Barisan Nasional (BN) dan kerajaan negeri Selangor berhubung perjanjian konsesi air tetapi perlu menyemak secara terperinci perjanjian itu.

Ketua pembangkang itu berkata soal untuk meminda atau pun tidak kandungan MoU itu sekiranya beliau menjadi menteri besar Selangor bergantung sepenuhnya kepada kepentingan rakyat.

"Saya terlibat di peringkat awal rundingan dan saya bersetuju rundingan perjanjian dengan kerajaan persekutuan.

"Selagi saya belum baca MoU, ruang untuk saya komen terbatas. Ada perjanjian mutlak dan ada yang boleh dikaji semula," katanya dalam satu majlis Dialog Anak Muda di Seremban, Negeri Sembilan hari ini.

Kerajaan negeri Selangor menandatangani perjanjian MoU dengan Kementerian Tenaga Teknologi Hijau dan Air berhubung pemilikan konsesi air di Selangor pada Khamis.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut menyaksikan upacara menandatangani MoU berkenaan antara Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Datuk Seri Maximus Ongkili di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya. – 2 Mac, 2014.

MENYUSUL LAGI

100 majikan gagal patuhi gaji minimum, berdepan tindakan tegas

Posted: 02 Mar 2014 02:57 AM PST

March 02, 2014

Sebanyak 100 majikan di seluruh negara bakal dikenakan tindakan tegas jika didapati masih gagal mematuhi pelaksanaan Perintah Gaji Minimum 2012.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Ismail Abdul Muttalib berkata pihaknya menerima kira-kira 600 aduan dari pekerja sejak ia dikuatkuasakan 1 Januari, 2013.

"Setakat ini kita telah bagi amaran kepada majikan yang terlibat, jika selepas ini mereka masih gagal menjalankan tanggungjawab di bawah perintah tersebut, majikan bakal berdepan tindakan tegas dari kementerian," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Kerjaya Azam Kerja 1Malaysia di Kuantan hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Tugas Khas Negeri, Datuk Norul Azali Sulaiman; dan Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia, Datuk Saripuddin Kasim.

Mengikut Seksyen 43 Akta Majlis Perundangan Gaji Negara 2011, mana-mana majikan yang disabit kesalahan akan dikenakan denda tidak melebihi RM20,000 atau dipenjara tidak melebihi lima tahun.

Ismail berkata, semakan semula kadar gaji minimum itu akan dilakukan oleh kerajaan pada 2015.

Dalam pada itu beliau menyeru golongan lepasan ijazah dan penganggur merebut 1,800 peluang pekerjaan yang disediakan kira-kira 30 majikan yang menyertai karnival berkenaan.

Katanya, ada di antara majikan yang menyertai karnival itu menawarkan gaji minimum di antara RM1,000 hingga RM2,500 sebulan, mengikut kelayakan seseorang. – Bernama, 2 Mac, 2014.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

Sabtu, 1 Mac 2014

The Malaysian Insider :: Opinion

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Opinion


Brendan Rodgers gets it right for Liverpool

Posted: 01 Mar 2014 01:21 AM PST

March 01, 2014

As a player, Shebby Singh won everything there was to win in Malaysia football, and represented the country on the international stage.

Liverpool visit Southampton in a late kick-off tonight (1.30am, Sunday morning).

One for the purists, this fixture at St. Mary's promises goals galore, as Southampton's weaknesses were exposed against West Ham last week.

Liverpool's defensive follies have been much documented, but I must commend Brendan Rodgers on two very apt points he made over the week regarding his current Liverpool side.

His first statement was regarding the defensive frailties the team has been showing, insisting that it was not an issue of coaching, rather it was an issue regarding the defenders themselves.

To put it quite simply, Liverpool defenders lack individual quality. Kolo Toure's arrival, a player who changes clubs quicker than Jack Nicklaus, signifies that inability to attract more adept centerbacks, and Southampton could very well punish them in what is sure to be a shootout.

Rodgers' second statement was perhaps more telling on his coaching methods. Reiterating that his Liverpool side will not be like Mourinho's Chelsea - the insistence on playing a certain system and not sacrificing that philosophy (instead of playing reactive football) is sure to resonate well with Liverpool fans.

Their successes in Europe were based on supreme attacking talent coupled with individual quality at the back, not backs against the wall "parking the bus" football that has seen unlikely teams emerge champions of Europe in recent times.

Southampton at home is no cakewalk, and I expect a score-draw which is sure to entertain any individual who happens to switch channels to this match at any point in the evening.

London derby

Chelsea are on the road too, but on a much shorter journey across the road to local rivals Fulham (11pm).

Coming off a very tactically-draining first leg in Istanbul, Chelsea will be disappointed to have only come away with a 1-1 draw. Galatasaray, coached by Jose Mourinho's nemesis of the moment, Roberto Mancini, proved combative enough to stifle a blunted Chelsea attack, Fernando Torres mastering the art of scoring a goal yet failing to impress; an unfortunate result of failing to meet the stratospheric expectations set for him upon his arrival at Stamford Bridge at the end of January in 2011.

The last thing Chelsea need is an away fixture against a side desperately needing three points. A no-nonsense figure, Felix Magath's appointment brings a refreshing attitude to the dressing room which is sure to galvanize struggling Fulham against *pragmatic/tactical/boring (*take your pick) Chelsea.

You have players in the modern game who think themselves more knowledgeable than even their managers just because they earn big money. Hence, the appointment of Felix Magath is shrewd, in that Magath will cut them down to size and instill an "us against them" mentality which is crucial for a team embroiled in a tight race for relegation.

Or, his methods could very well backfire and a player mutiny might be at hand.

Regardless, the players need to stand up and be counted when it matters, and Magath's proven success with VfL Wolfsburg and Bayern Munich should provide them with enough confidence in his methods to put up a stiff resistance against a drained Chelsea side.

The return of the midfield maestro

All eyes will be on the return of Mesut Ozil as Arsenal travel to Stoke City tonight (11pm).

So much, perhaps too much, has been said about Arsenal lately. Arsene Wenger's every word dissected and Ozil's every movement criticised by the "media circus".

A visit to Stoke City at this point of the season should be an easy three points for the Gunners but promises to be a far trickier fixture than it seems.

Mark Hughes has recently adapted the Tony Pulis method (which was successful in guiding Stoke City into the Premiership and subsequently the Europa League through a runner-up finish in the FA Cup final of 2010-11, falling to Manchester City at Wembley).

The battling, better organised side, challenging for every ball is precisely the type of team that can rattle (and shock) Arsenal. In recent years, this kind of matchup has been a classic litmus test for Arsene Wenger's boys - do they have enough steel to take Stoke City apart? We shall see tonight.

Comeback for Martinez

Meanwhile, Everton will be looking to come back from the injury time defeat last week, to take on West Ham United (11pm).

West Ham United's good run of form might come to an end at Goodison Park as they visit Roberto Martinez's Everton. Coming off a painful defeat to Chelsea, Roberto Martinez would feel that his substitutions let him down.

The game plan was to soak up early pressure and bring on attacking options to catch Chelsea on the counter-attack, but the introductions of Gerard Deulofeu and Ross Barkley failed to perform on the night.

One of the major highlights this Premier League season, Ross Barkley's floundering performance was a rare sight. Do expect him and Everton to bounce back with more venom as they face off a squad which will allow them to dictate the tempo of the match far more comfortably than any Jose Mourinho-coached team.

West Ham United seem to have turned a corner this season, racing up to 10th spot on the back of four straight wins (though it must be noted that three of the four victories came against fellow relegation battlers Swansea City, Aston Villa and Norwich City) but the sheer quality and desire of Everton, still very much in the hunt for a European berth next season, should see the Toffees through.

Spurred on against sorry Cardiff

Finally, Tottenham Hotspur will hope to capitalist on the poor form of Cardiff City tomorrow night (12.30am Monday morning).

Following what was a truly pathetic first half performance against Norwich City last weekend, Tim Sherwood's halftime talk only galvanised his team slightly.

Tottenham Hotspur improved to merely being poor in the second half as they dropped three points against opposition they should be brushing aside if a European run is on the books next season. Sherwood has his work cut out for him as they seem to be struggling with two 1-0 away defeats on the trot.

Cardiff City? There was no doubt that the Bluebirds were going to be in a relegation battle at the start of the season, and Malky Mackay's dismissal neither worsened (nor truly improved, for that matter) the situation at hand.

This side simply lacks enough quality to compete in the Premier League right now, and Ole Gunnar Solksjaer will do well to gather a point from this visit to White Hart Lane.

Perhaps it would be a good idea for Tan Sri Vincent Tan to start planning for a potentially expensive summer. – March 1, 2014.


* This is the personal opinion of the writer or publication and does not necessarily represent the views of The Malaysian Insider.

Ke Kuala Sedili untuk kemanusiaan

Posted: 28 Feb 2014 06:58 PM PST

March 01, 2014

Dinsman atau nama sebenarnya Che Samsudin Othman adalah budayawan, penulis dan sastrawan. Beliau menulis untuk kepuasan dan kebebasan berkarya.

Awal Februari lalu, saya bersama Kassim dan Nasser bertolak awal pagi menuju Kota Tinggi. Singgah sekejap di Air Hitam, makan "kari kambing 40 hari", kemudian teruskan perjalanan. Nasser yang memandu. Di Kota Tinggi kami mencari jalan untuk ke Kuala Sedili.

Kami bertiga belum pernah ke Kuala Sedili. Dengan bertanya orang akhirnya tengahari itu sampailah kami ke pekan kecil di pinggir kuala itu. Ternampak suatu papan tanda – SK Sri Setia Jaya, Jalan Datuk Usman Awang. Ah, gembiranya hati! Ada orang yang tahu menghargai jasa seorang seniman besar kita, dengan menamakan sebatang jalan utama di pekan kecil itu dengan namanya.

Belum nampak tanda nama jalan tersebut. Kami ikuti arah yang ditunjukkan papan tanda nama sekolah tadi, dan sampailah kami ke depan pintu pagar sekolah itu. Terpampang nama sekolah dengan tulisan huruf besar pada temboknya, dan di bawahnya tulisan "Jalan Dato Usman Awang" itu pun jelas terbentang. Seronoklah kami!

Kemudian kami bergerak menuju ke pusat pekan, (hanya deretan kedai di kiri kanan jalan yang hujungnya terdapat jeti untuk ke seberang – ke Sedili Besar). Waktu itulah ternampak papan tanda nama "Jln Dato Usman Awang" itu. Agak kecil ukurannya. Dengan latar warna kuningnya, mudah menyebabkan orang terlepas pandang. Tapi tak mengapalah, sekurang-kurangnya ada juga! Jangan sampai tak ada.

Kemudian sewaktu makan di sebuah restoran kami bertanya pada seorang gadis pelayan restoran itu – kenal Usman Awang? Dia mengerutkan keningnya dan bertanya semula: "Dia orang sini ke?" Kami balas dengan senyuman, kerana sudah pasti jawapannya dia tidak kenal siapa itu Usman Awang.

Tak mengapalah. Dia tak kenal tak bermakna semua orang tak kenal. Ada seorang lelaki yang sedang berjalan, kami tanya dia soalan yang sama. Dia kenal dan tahu siapa keluarga Usman Awang yang masih tinggal di daerah itu.

Dan apabila kami berjumpa dengan Ketua Kampung Tanjung Sedili (merangkap pengerusi JKKK), dia bukan sahaja tahu siapa Usman Awang tetapi dia juga telah berusaha untuk membangunkan sebuah Galeri Usman Awang di situ. Hanya malang sedikit ada pula pihak yang berpendapat bahan-bahan mengenai Usman Awang itu lebih sesuai ditempatkan di Muzium Kota Tinggi.

Bagaimanakah pengisian bahan-bahan mengenai Usman Awang itu dipamerkan di Muzium Kota Tinggi? Itu mungkin akan kami tinjau pula dalam perjalanan kedua kami ke Kuala Sedili tidak lama lagi. Ya, kami akan hadir lagi di kampung kelahiran seniman besar Malaysia ini beberapa kali lagi menjelang tarikh 12 Julai, kerana kami bercadang untuk mengadakan sambutan ulang tahun kelahirannya pada tahun ini, di situ.

Apabila pihak penganjur Anugerah Integrasi Nasional Usman Awang Huazong mengajak saya berbincang bagi mengadakan beberapa acara untuk mempromosi agenda anugerah tersebut, itulah salah satu agenda yang kami bincangkan. Bukan sekadar sambutan ulang tahun yang biasa, tetapi mengadakan beberapa acara sempena tarikh kelahirannya. Dan oleh kerana tarikh itu berada dalam bulan Ramadan, terpaksalah kita awalkan sedikit program ini – seminggu sebelum Ramadan, iaitu sekitar 21-22 Jun.

Antara acara yang difikirkan ialah himpunan para penyair Nusantara. Maka ada kawan yang mencadangkan agar himpunan ini dinamakan Hari Puisi Kemanusiaan, mengambil sempena tema yang paling menonjol dalam karya-karya Usman.

Satu daripada acara istimewa Hari Puisi Kemanusiaan ini tentulah lawatan ke kampung kelahiran Usman Awang itu sendiri, dan juga apa-apa lokasi istimewa yang ada hubungannya dengan Usman Awang. Baca puisi atau persembahan puisi itu sudah semestinyalah, di samping beberapa perbincangan yang sesuai di sekitar puisi dan tema kemanusiaan.

Sempena dengan himpunan penyair Nusantara, yakni Hari Puisi Kemanusiaan itu, kawan-kawan Seniman Paksi Rakyat (Paksi) mengumpulkan puisi-puisi dari penyair-penyair yang berminat menulis puisi bertema kemanusiaan, dan akan hadir ke perhimpunan itu, untuk dibukukan dan dilancarkan pada perhimpunan tersebut.

Turut memeriahkan lagi sambutan ulang tahun Sasterawan Negara Usman Awang ini diadakan juga satu pertandingan deklamasi puisi-puisi kemanusiaan Usman Aswang di kalangan pelajar-pelajar seluruh Malaysia, bagi peringkat tertentu (yang akan ditentukan nanti). Mereka yang berjaya ke peringkat akhir akan bertemu di Kuala Sedili, kerana kemuncak penilaiannya akan dibuat sempena Hari Puisi Kemanusiaan itu.

Kawan-kawan Paksi yang terlibat dengan teater, khasnya Nizam Yamin dan Nor Amani, sedang meneliti skrip Uda Dan Dara untuk melihat kemungkinan pementasannya "dalam versi kampung", iaitu dipentaskan dalam suasana dan latar kampung – di ruang terbuka, laman sebuah rumah tradisional, dengan gaya kampung – kira-kira begitu.

Ideanya ialah kembali ke kampung, ke pangkuan rakyat desa yang memang merupakan masyarakat asal yang melahirkan salah sebuah karya terbaik dalam seni dan sastera Melayu kita. Dan kalau jadi, ini pun akan menjadi satu daripada program pengisian Hari Puisi Kemanusiaan yang dicadangkan itu. (Ah, harap-harap jadilah ya!)

Sementara itu, kawan-kawan Usman Awang seramai lebih 100 orang berkumpul di Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur pada Sabtu 15 Februari lalu, untuk tujuan menubuhkan sebuah yayasan yang akan dinamakan Yayasan Usman Awang. Ia inisiatif Tan Kai Hee, seorang sahabat karib Usman yang kebetulan menerajui sebuah perniagaan, syarikat Hai-o Berhad memperuntukkan sejumlah wang yang agak besar bagi menjayakan usaha mempromosi seni dan sastera untuk kemanusiaan ini.

Untuk dana awal menggerakkan yayasan itu misalnya, Hai-o menyumbang sebanyak RM1 juta. Anugerah Integrasi Nasional Usman Awang itu pula, satu agenda utama daripada usaha ini, hadiah utamanya ialah wang tunai RM100,000; dan lima hadiah iringan RM10,000 setiap satu. Di samping itu beberapa aktiviti seperti yang akan dibuat di Kuala Sedili itu, bagi mempromosi integrasi dan kemanusiaan, akan dijalankan dari semasa ke semasa.

"Kita berharap aktiviti-aktiviti sastera dan budaya yang bertema kemanusiaan, seperti yang dipelopori oleh Usman Awang itu, akan dapat memberi sumbangan yang bererti kepada integrasi nasional di kalangan masyarakat pelbagai kaum dan pelbagai fahaman politik di negara kita," kata Tan Kai Hee. – 1 Mac, 2014.

* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com
 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved