Jumaat, 20 Mei 2011

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Akhbar haram: MB Selangor desak KDN siasat Adun Umno

Posted: 20 May 2011 03:03 AM PDT

KUALA LUMPUR, 20 Mei — Menteri Besar Selangor menggesa Menteri Dalam Negeri mengambil tindakan tegas ke atas Adun Kuang dari Umno, yang mengaku secara terbuka memiliki dan mengedar Selangor Terkini secara haram akhir Februari lalu.

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) berkata, beliau telah menulis surat kepada Datuk Seri Hishammuddin Hussein agar bertindak tegas dengan segera ke atas wakil rakyat itu.

Sehubungan itu, Khalid mendesak Kementerian Dalam Negeri menjalankan siasatan kerana laporan kedua telah dibuat 6 Mei lalu terhadap 'Selangor Terkini' selepas dua individu ditangkap ketika mengedarkan akhbar tersebut secara terbuka.

"Saya mendesak kementerian mengambil tindakan segera terhadap YB Abdul Shukor Idrus kerana beliau sendiri sudah mengaku," katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Dalam satu kenyataan sebelum ini, Shukor yang juga Ketua Penerangan Umno Selangor telah menafikan dakwaan Pakatan Rakyat Selangor, kononnya Umno negeri itu menerbitkan akhbar tersebut.

Akhbar itu dikatakan diterbit dan diedarkan oleh Umno sebagai tindakan melawan akhbar Selangor Kini kerajaan negeri.

Bagaimanapun, beliau telah mengedar akhbar yang senada dengan perjuangan Umno itu di salah satu program anjurannya akhir Februari lalu.

Dalam akhbar tersebut, beliau didakwa telah menabur fitnah dan cuba mengaburi pemikiran rakyat negeri dan mengecam pentadbiran Khalid.

Dalam kenyataan hari ini, Khalid juga berkata, Shukor telah mengaku secara terbuka memiliki dan mengedar 'Selangor Terkini', sekali gus melanggar Seksyen 5(1) dan (2) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

"Perbuatan Shukor ini telah menyalahi Akta Mesin Cetak dan Penerbitan kerana mengedar kalendar beliau bersama-sama Selangor Terkini yang didapati mengguna logo rasmi kerajaan Selangor tanpa kebenaran," ujarnya lagi.

Khalid berkata, dalam surat dihantar kepada Hishammuddin, bertarikh 13 Mei lalu, beliau menyatakan kekesalan terhadap kementerian itu dan menterinya kerana tidak berbuat apa-apa walaupun laporan polis telah dibuat terhadap Shukor dan 'Selangor Terkini'.

"Kegagalan Kementerian Dalam Negeri dan Hishammuddin menyiasat menyebabkan Peguam Negara tidak boleh bertindak termasuk mendakwa Shukor kerana tiada hasil siasatan dikemukakan untuk tindakan lanjut," katanya lagi.

Khalid juga berkata, dalam surat balas kepadanya bertarikh 21 Mac lalu, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail memaklumkan bahawa kementerian itu belum mengemukakan sebarang hasil siasatan untuk pertimbangan.

"Kegagalan Kementerian Dalam Negeri dan Hishammuddin bertindak secara efisien menyebabkan akhbar haram ini dicetak dan diedar di Selangor tanpa sebarang sekatan.

"Saya percaya ia didalangi orang yang sama kerana muka Adun Kuang terpampang di muka depan akhbar haram ini," kata Menteri Besar.

Khalid sekali lagi mendesak Kementerian Dalam Negeri dan Hishammuddin menjalankan siasatan kerana laporan kedua telah dibuat pada 6 Mei lalu terhadap 'Selangor Terkini' selepas dua individu ditangkap ketika mengedarkan akhbar haram itu secara terbuka.

"Saya mahu Hishammuddin memainkan peranan sebagai Menteri Dalam Negeri dengan lebih berkesan, amanah, bertanggungjawab dan menjangkaui ideologi politik supaya keadilan dapat ditegakkan dan pihak yang didapati bersalah menerima hukuman setimpal," kata Menteri Besar itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sokong Utusan: Perkasa, Umno beri amaran ‘langkah mayat kami’

Posted: 20 May 2011 02:33 AM PDT

Ahli-ahli Umno dan Perkasa mengadakan perarakan menyokong Kumpulan Utusan di Kuala Lumpur petang ini. — Foto oleh Choo Choy May

KUALA LUMPUR, 20 Mei — Perkasa dan Umno menggesa agar orang Melayu mempertahankan Utusan Malaysia dengan apa cara sekalipun sambil mendakwa akhbar itu kekal satu-satunya suara tulen masyarakat itu di negara ini.

Kedua-dua kumpulan itu menyerang parti-parti Pakatan Rakyat yang menggambarkan Utusan sebagai akhbar rasis.

Menurut Perkasa dan Umno, akhbar milik Umno itu menyediakan laporan yang seimbang berbanding akhbar-akhbar milik pembangkang dan portal berita.

"Utusan Malaysia adalah suara rasmi orang Melayu, selagi Utusan hidup, selagi itulah orang Melayu hidup.

"Perkasa akan mempertahankan Utusan Malaysia sehingga ke akhir," kata Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali.

Syed Hassan memberi amaran kepada bukan Melayu dan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat sambil berkata, pertubuhan itu tidak akan teragak-agak untuk memobilisasikan ahlinya untuk mengadakan protes bagi mempertahankan akhbar tersebut.

Kira-kira 150 ahli Perkasa dan Umno berarak ke arah ibu pejabat Utusan untuk menyerahkan memorandum menyokong akhbar tersebut.

"Utusan berani, ia bercakap yang benar mengenai orang Melayu, kami memberi amaran kepada mereka yang menyerang Utusan, langkah mayat kami dulu. Kami tidak akan benarkan ia berlaku," teriak seorang ahli Perkasa ketika perarakan itu.

Turut hadir bekas ketua Pemuda Perkasa Arman Azha Abu Hanifa dan Setiausaha Pemuda Umno Datuk Megat Firdaus Megat Junid.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved