The Malaysian Insider :: Bahasa |
7 mangsa tanah runtuh dikebumi dalam satu liang lahad Posted: 22 May 2011 02:09 AM PDT HULU LANGAT, 22 Mei â Tujuh daripada 16 mangsa tanah runtuh selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Dusun Nanding di sini kira-kira pukul 3.20 petang tadi. Jenazah tujuh mangsa terlebih dahulu disembahyangkan di Masjid Sultan Hishammudin Alam Shah, Batu 14, selepas solat Zohor. Suasana di pekarangan tanah perkuburan diselubungi perasaan pilu dan hiba. Selain ahli keluarga terdekat, turut memenuhi tanah perkuburan adalah penduduk tempatan dan pemimpin parti politik. Mereka yang dikebumikan bersama ialah Dzahir Haziq M. Muin, 17, Mohd Hazim Sapri, Mohd Azrel Azahari, 8; Wan Ahmad Hasril Hazim, 19; Mohd Mustakim Mamat, 12, Mohd Zaim Azahawi, 14, dan Mohd Imal Fahad, 9. Sembilan lagi mangsa yang terbunuh sudah dituntut keluarga untuk dikebumikan di kampung halaman masing-masing. Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 petang semalam, seramai 25 orang yang terdiri daripada penghuni, warden dan kakitangan rumah anak yatim tertimbus. Laporan semalam menyebut ada 49 orang di lokasi kejadian. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Mahfuz pertahankan kerusi naib presiden Posted: 22 May 2011 12:40 AM PDT Mahfuz berkata ingin "meneruskan khidmat kepada parti." â gambar fail Ahli Parlimen Pokok Sena itu memberitahu wartawan bahawa beliau menerima pencalonan dan akan "meneruskan khidmat kepada parti." Bagaimanapun beliau menegaskan tidak "mempertahankan jawatan itu, sebab ia bukan miliknya, sebaliknya milik parti dan hanya menerima pencalonan." "Saya harap perwakilan akan menilai saya berdasarkan kebolehan saya," kata beliau. Seramai 10 pemimpin telah dicalonkan untuk tiga kerusi naib presiden termasuk penyandangnya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Salahuddin Ayub. Mahfuz berkata beliau menerima untuk mempertahankan jawatan itu kerana mahu membantu Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Beliau berkata PAS perlu bergerak dengan lebih agresif, jujur, telus, bebas dan adil dalam arena politik baru. Mereka yang turut layak bertanding jawatan itu adalah Menteri Kedah Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak and bekas menteri besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin. Sementara itu, Abdul Hadi dan Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan at-Tantawi menang tanpa bertanding bagi jawatan masing-masing. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from The Malaysian Insider :: Bahasa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan