Selasa, 24 Mei 2011

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Husam sah tanding semula jawatan naib presiden PAS

Posted: 24 May 2011 03:15 AM PDT

KUALA LUMPUR, 24 Mei – Ahli jawatankuasa kerjas PAS pusat Datuk Husam Musa mengumumkan akan kembali bertanding jawatan naib presiden parti pada pemilihan bulan depan.

Bulan lepas beliau membuat pendirian bahawa tidak akan bertanding mana-mana jawatan tertinggi kecuali kerusi ahli jawatankuasa kerja PAS pusat.

Husam (gambar) pernah memegang jawatan naib presiden selama satu penggal iaitu daripada 2007 hingga 2009.

Pada 2009, beliau bertanding jawatan timbalan presiden tetapi gagal.

Exco Kerajaan Negeri Kelantan itu berkata, beliau membuat keputusan untuk menimbang semula pendirian selepas salah seorang penyandang jawatan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man memutuskan untuk menyertai persaingan kerusi timbalan presiden.

"Pada mulanya saya hanya bercadang bertanding jawatan ahli jawatankuasa kerja PAS pusat, namun dengan perkembangan terbaru di mana Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyatakan sikap (pendirian) mutakhirnya menawarkan diri untuk bertanding jawatan lebih tinggi, maka saya terpaksa menimbang semula pendirian saya.

"Oleh itu, di atas perkembangan dalam dan luar parti, saya dengan penuh rasa rendah diri dengan ini mengumumkan untuk menerima pencalonan jawatan naib presiden pada pemilihan kepimpinan parti awal bulan depan," kata Husam dalam satu kenyataan petang ini.

Pagi tadi, Tuan Ibrahim secara rasmi mengumumkan mahu bertanding jawatan timbalan presiden walaupun sebelum ini menegaskan tidak berminat turun gelanggang kerusi nombor dua parti itu.

Selain Tuan Ibrahim, penyandang jawatan itu Nasharudin Mat Isa dan ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Mohamad Sabu telah mengesahkan pendirian masing-masing.

Husam juga berkata, keputusan itu dibuat ekoran mendapat pencalonan yang memberangsangkan bagi jawatan nombor tiga itu.

"Saya berpandukan pandangan PAS kawasan-kawasan yang mencalonkan saya, terutamanya di atas pandangan perlunya seorang wakil dari Kelantan untuk menduduki peringkat jawatan yang lebih tinggi dalam parti.

"Hal ini bertepatan dengan kedudukan Kelantan sebagai tapak utama PAS pada waktu ini dan juga secara keseluruhannya," katanya.

Jelas Husam, gabungan antara golongan ulama dan profesional dalam PAS akan dapat diperkukuhkan dengan pendirian terbaru beliau itu.

"Saya percaya polisi PAS untuk menjalin gabungan kepimpinan ulama dan profesional melalui konsep memprofesionalkan ulama dan mengulamakan profesional, yang telah terjalin selama ini, perlu terus diperkukuhkan.

"Dalam hal ini, kepimpinan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebagai Presiden PAS, diharap dapat diperkukuhkan dengan gabungan tersebut," katanya.

Sebelum ini, penyandang jawatan itu Datuk Mahfuz Omar dan Ketua Penerangan PAS Idris Ahmad mengesahkan mahu bertanding jawatan itu.

Seramai 14 orang layak untuk bertanding kerusi naib presiden. Bagaimanapun Ketua Penerangan PAS Nik Zawawi Nik Salleh dan dua ahli jawatankuasa kerja Dr Mujahid Yusof Rawa dan Mazlan Aliman memutuskan untuk menarik diri.

Ketika ditemui pada sidang media tengah hari tadi, Mazlan mengumumkan tidak akan bertanding jawatan naib presiden parti itu.

Beliau berkata tidak mahu bertanding jawatan itu kerana masih belum bersedia untuk memikul "tanggungjawab" itu walaupun mendapat pencalonan yang memberangsangkan.

Beliau sebaliknya memutuskan hanya akan mempertahankan jawatan yang disandang sekarang yang disandang sejak dua penggal lalu.

"Saya pada hari ini mengumumkan tidak akan bertanding jawatan naib presiden PAS, sebaliknya saya bersedia untuk mempertahankan jawatan ahli jawatankuasa kerja.

"Saya akan terus tumpukan komitmen dalam menyelesaikan isu tanah rakyat kerana ada banyak aduan dan  salah laku yang dalam Felda dan Felcra termasuk di Sabah dan Sarawak," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Khairy jawab Saifuddin: Saya konsisten dalam isu subsidi, usah serang saya

Posted: 24 May 2011 02:58 AM PDT

KUALA LUMPUR, 24 Mei – Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menolak dakwaan Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail sambil menegaskan pendirian beliau dalam isu berkaitan subsidi adalah konsisten.

Oleh itu tegas Khairy (gambar), Saifuddin tidak sewajarnya menyerang beliau kononnya telah berubah pendirian berbanding tiga tahun lalu, sebaliknya patut menyokong usaha membantah pengurangan subsidi RON95.

Semalam, Saifuddin mendakwa Khairy bersandiwara dalam isu subsidi dan harga barangan berbanding dengan pendiriannya tiga tahun lalu.

Saifuddin berkata Ketua Pemuda Barisan Nasional itu memperlihatkan pendirian menyokong kenaikan harga barang ketika Tun Abdullah Ahmad Badawi memegang jawatan perdana menteri.

Abdullah meletakkan jawatan pada April 2009 dan digantikan oleh Datuk Seri Najib Razak.

"Pendirian saya adalah jelas dan konsisten, di mana subsidi adalah satu perbelanjaan yang semestinya distrukturkan semula oleh kerajaan memandangkan ia bukannya satu perbelanjaan produktif," kata Khairy dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Ahli Parlimen Rembau ini berkata, pada masa sekarang hanya tiga peratus daripada penerima subsidi yang sebenarnya tergolong di kalangan rakyat miskin.

"Mesej ini adalah suatu yang konsisten dan jelas saya utarakan semasa saya masih menjadi naib ketua Pemuda Umno, sehingga kini, termasuklah di medan Dewan Rakyat, dan yang mutakhir adalah dalam akhbar The Edge cetakan minggu ini – mungkin beliau tidak membaca penerbitan sedemikian kerana ia bersifat fakta dan bukannya fatamorgana," kata Khairy lagi.

Namun kata beliau, usaha ke arah itu harus mengikut turutan dan keutamaan terutama sekali apabila rakyat sedang bergelut dengan kos sara hidup dengan kenaikan harga barang makanan yang mencecah 11 peratus.

"Gesaan saya supaya subsidi RON95 tidak dikurangkan buat masa ini langsung tidak bercanggah dengan pendirian saya bahawa subsidi akhirnya perlu distrukturkan semula supaya lebih tepat sasarannya kepada mereka yang layak menerima dan mengurangkan beban defisit kepada perbelanjaan kerajaan.

"Cuma, berdasarkan pengalaman lepas dan mengambil kira beban yang dihadapi rakyat hari ini, saya bantah kenaikan harga RON95 dalam masa yang terdekat," katanya lagi.

Sehubungan itu soal Khairy, adakah salah bagi mana-mana ahli politik mengubah pendirian atau pendekatannya sekiranya itu yang dianggap terbaik untuk rakyat.

Khairy menambah, Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Machang patut menyokong pendiriannya membantah pengurangan subsidi RON95, bukannya menyerang beliau secara peribadi.

"Apakah  beliau khuatir dengan peranan yang dimainkan oleh Pemuda Umno dalam menyuarakan pandangan rakyat jelata?" kata Khairy lagi.

Khairy juga menambah, Saifuddin barangkali tergolong di kalangan orang Melayu yang mudah lupa, ahli-ahli politik yang mengubah pendirian dan pendekatan mereka tanpa segan silu. 

"Saifuddin juga tidak terkecuali.  Beliau satu masa dahulu pernah dengan lagak sombong dan samseng, mengetuai gerombolan pemuda yang telah merusuh untuk menghentikan persidangan mengenai Timor Timur (kini Timor Leste) sewaktu beliau masih bersama Umno.

"Namun, selepas menyertai PKR, beliau memutar pendirian 180 darjah dalam isu ini, menjadi hero kepada kebebasan bersuara dan menuding jari kepada pihak lain yang kononnya mengarahkan beliau menyerang peserta-peserta persidangan tersebut," katanya merujuk kepada insiden awal 1990-an.

Pokoknya di sini, jelas Khairy, terdapat perbezaan ketara antara pendirian beliau dengan Saifuddin atas alasan tidak pernah menggadai prinsip dan persoalan pokok.

"Saya bersuara demi kesejahteraan rakyat walaupun masih komited terhadap usaha jangka masa panjang untuk memperbaiki sistem subsidi yang sedia ada.

"Sekiranya, Saifuddin masih bersikap ego dan menyerang saya, saya cuma minta rakyat nilai. Apa salahnya sekiranya pendekatan saya berubah sedikit setelah mendapat pengalaman dari sejarah?" kata Khairy.

Oleh itu tegasnya, "apa gunanya semalam jika bukan untuk sandaran dan petunjuk hari in?"

"Bukankah Saifuddin juga belajar daripada pengalaman beliau atau adakah beliau juga mengambil kesempatan politik untuk menjadi hero kebebasan bersuara sekiranya kita mengguna logik yang sama?" kata Khairy  sambil menambah, "tampak jelas, pembangkang umpama ayam yang terkecundang."

Maka, katanya, oleh kerana tiada saingan idea atau pendapat bernas yang dapat ditawarkan, maka "bertempiklah Saifuddin bagi menempa nama sebagai hero pembangkang dengan suara dan lagu sumbang di pentas yang sudah roboh."

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved