Rabu, 25 Mei 2011

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Tanah runtuh: Kerajaan negeri Selangor cari tapak gantian sesuai

Posted: 25 May 2011 01:59 AM PDT

KUALA LUMPUR, 25 Mei – Kerajaan Selangor sedang mengenal pasti sebidang tanah sesuai untuk membina premis baru bagi menempatkan kanak-kanak dari Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-Anak Kebajikan Madrasah Al-Taqwa, Hulu Langat kerana bangunan lama disahkan tidak selamat diduduki.

Tapak bangunan itu berhadapan dengan tragedi tanah runtuh Sabtu lalu, menyebabkan 16 orang terbunuh dan kawasan itu disyorkan tidak selamat.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengarahkan Pegawai Daerah Hulu Langat supaya mencari tapak baru yang lebih selamat di sekitar kawasan berkenaan untuk didirikan premis atau bangunan untuk kemudahan anak-anak yatim dan kanak-kanak lain yang mahu mendalami ilmu agama.

Kata beliau, kerajaan negeri akan menawarkan tapak baru yang akan dikenal pasti itu kepada Persatuan Anak-Anak Yatim Malaysia untuk dibina premis baru.

"Kita akan wartakan tapak ini sebagai tapak untuk rumah kebajikan anak-anak yatim dan Madrasah Al-Taqwa bolehlah memohon tapak berkenaan untuk membina bangunan baru dengan bayaran premium paling rendah," kata Menteri Besar dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Khalid mengulangi komitmen kerajaan negeri dalam membantu badan bukan kerajaan (NGO) yang memerlukan tapak untuk membina bangunan bagi melaksanakan program-program kebajikan dengan hanya mengenakan bayaran premium tanah sebanyak RM1.

"Bagaimanapun, NGO ini perlu mematuhi semua peraturan dan menjalin kerjasama dengan pihak berkuasa dalam melaksanakan program-program kebajikan bagi mengelak berlaku kejadian tidak diingini," kata Menteri Besar.

Mengenai anak-anak yatim di Madrasah al-Taqwa, Menteri Besar berkata, usaha sedang dijalankan untuk menempatkan mereka di sekolah di bawah seliaan Jabatan Agama Islam Selangor.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Jangan masuk campur urusan JPA, Perkasa beri MCA dan MIC amaran

Posted: 25 May 2011 01:35 AM PDT

KUALA LUMPUR, 25 Mei – Perkasa hari ini memberi amaran kepada MCA dan MIC agar tidak campur tangan dalam isu pemberian biasiswa kepada kesemua pelajar yang mencatatkan keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM untuk belajar di luar negara.

Justeru tegas Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali (gambar), pihaknya mendesak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) agar tidak tunduk kepada tekanan yang dibuat parti-parti politik termasuk dari Barisan Nasional (BN).

"Perkasa mendesak agar JPA tidak tunduk kepada tekanan mana-mana parti politik dalam soal urusan pemberian biasiswa.

"Ia urusan kerajaan dan MCA atau MIC jangan ganggu urusan JPA, Umno dan Pemuda Umno tidak ganggu JPA walaupun ramai Bumiputera tidak dapat biasiswa JPA dan pelajar Bumiputera yang tidak diberi biasiswa belajar di luar negara," katanya dalam satu kenyataan.

Kata Ahli Parlimen Masir Mas itu, sepatutnya semua pihak tidak memperbesarkan isu pembahagian biasiswa.

Beliau berkata pelajar-pelajar terbabit  boleh meneruskan pengajian masing-masing dalam negara memandangkan semua kursus ada ditawarkan di pusat-pusat pengajian tinggi.

"Sepatutnya semua pihak bersyukur, belajar di mana-mana tidak menjadi soal apatah lagi belajar dalam negara sendiri, di mana-mana sudah banyak IPTA dan semua kursus ada ditawarkan.

"Ia juga menyelamatkan aliran wang keluar negara malah kosnya lebih tinggi. Membiayai seorang pelajar keluar negara boleh menampung dua hingga tiga pelajar belajar dalam negara," katanya.

Kata Ibrahim, kuota pembahagian biasiswa yang dilaksanakan kerajaan sekarang menyebabkan Bumiputera terjejas.

"Biasiswa untuk keluar negara hanya pascasiswazah dalam disiplin yang tidak ada dalam negara, oleh itu Perkasa cadangkan biasiswa ijazah pertama keluar negara di mansuhkan dan hanya biasiswa untuk belajar dalam negara.

"Bumiputera amat terjejas dengan kuota 55-45 peratus antara Bumiputera dan bukan Bumiputera yang dibiayai oleh JPA," katanya.

Semalam Datuk Seri Nazri Aziz menegaskan Putrajaya tidak pernah menjanjikan biasiswa kepada kesemua pelajar yang mencatatkan keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM untuk belajar di luar negara.

Sebaliknya kata beliau, kerajaan hanya komited untuk memastikan setiap pelajar cemerlang diberi jaminan tempat di institusi tempatan dan luar negara dengan biasiswa.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved