The Malaysian Insider :: Bahasa |
Hata Wahari letak jawatan presiden NUJ Posted: 31 May 2011 02:19 AM PDT
Perkara itu diumumkan oleh Setiausaha Agung NUJ V. Anbalagan dalams satu kenyataan hari ini. Sehubungan itu kata Anbalagan, Majlis Eksekutif telah melantik Naib Presiden NUJ Chin Sung Chew untuk jawatan nombor satu itu. "Majlis Eksekutif mengucapkan ribuan terima kasih kepada Hata atas sumbangan kepada kesatuan," katanya. Hata (gambar) telah dipecat dari Kumpulan Utusan kerana didapati bersalah mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang dikatakan mencemari imej syarikat milik Umno itu. Syarikat itu memaklumkan keputusannya dalam satu surat bertarikh 21 April 2011, yang ditandatangani oleh Pengurus Besar Sumber Manusia Mohd Nazlan Osman. Pada 14 April lalu, panel siasatan dalaman Kumpulan Utusan mendapati Hata bersalah atas tuduhan memburuk-burukkan nama syarikat itu melalui laporan yang disiarkan beberapa media tempatan. Hata sebelum ini sering mengutarakan pandangan yang lantang berhubung isu pemilikan akhbar Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia, kejatuhan edaran akhbar dan 'kelemahan' dalam kepengarangan akhbar berkenaan. Dia telah digantung kerja sejak 11 Januari lalu oleh Kumpulan Utusan. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Posted: 30 May 2011 11:54 PM PDT KUALA LUMPUR, 31 Mei — Bonda Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mangkat di Hospital Pakar Ampang Puteri di sini pagi ini. Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Munir Bani berkata Raja Saidatul Ihsan Tengku Badar Shah, 88, mangkat pada kira-kira pukul 9 pagi. Laporan Bernama Online menyebut, Munir ketika dihubungi berkata jenazah Almarhum akan dibawa ke Istana Alam Shah Klang, sebelum dikebumikan di Makam Diraja Shah Alam selepas solat Asar. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from The Malaysian Insider :: Bahasa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan