Khamis, 2 Jun 2011

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


PRU-13: Pemuda PAS tuntut kerusi MP, Adun lompat parti

Posted: 02 Jun 2011 02:32 AM PDT

SHAH ALAM, 2 Jun – Dewan Pemuda PAS mahu rakan komponennya dalam Pakatan Rakyat (PR) menyerahkan kerusi-kerusi yang wakil rakyat mereka telah melompat parti agar rakyat terus yakin dengan perikatan itu pada pilihan raya umum ke-13.

Wakil dari Negeri Sembilan Mohd Fairuz Mohd Isa berkata, jika keyakinan rakyat merosot, dikhuatiri ia akan menyebabkan PR goyah semasa menghadapi pilihan raya umum.

"Kerusi-kerusi seperti Changkat Jering (di Perak), Kulim-Bandar Baru (di Kedah) perlu diberikan kepada PAS untuk bertanding, jika tidak kita khuatir keyakinan akan merosot, jangan sampai Pakatan Rakyat goyah," kata beliau ketika membahaskan ucapan dasar ketua Pemuda PAS pusat pada muktamarnya hari ini.

Selain PAS, PR dianggotai oleh DAP dan PKR.

Sejak pilihan raya umum 2008, PKR dan DAP kehilangan sejumlah kerusi Dewan Undangan Negeri dan Parlimen.

Kerusi-kerusi itu membabitkan negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor.

Pada pilihan raya umum 2008, PR menafikan majoriti dua pertiga di Parlimen dan menawan empat negeri tambahan iaitu Selangor, Perak, Kedah dan Pulau Pinang.

Negeri Kelantan kekal ditadbir sejak ia dikuasai pada 1990.

Ekoran tindakan tiga Adun masing-masing dua dari PKR dan satu melibatkan DAP keluar parti, Perak diambil alih oleh Barisan Nasional (BN).

Tahun lalu, DAP juga kehilangan satu lagi kerusi Dewan Undangan Negeri di Perak.

Dalam pada itu, perwakilan dari Sarawak Wan Husni Wan Osman mengkritik partinya kerana tidak sanggup untuk meminta lebih banyak kerusi ketika pilihan raya negeri Sarawak April lalu.

"Kita terlalu lemah sehingga terpaksa menunggu sehingga dua hari sebelum hari penamaan calon untuk membuat persiapan dan memutuskan calon-calon kita," katanya.

PKR meletakkan 49 calon pada pilihan raya negeri Sarawak tetapi hanya memenangi tiga kerusi manakala DAP yang bertanding di 15 kawasan menang sebanyak 12 kerusi.

PAS tidak memperoleh kemenangan di kesemua lima kerusi yang ditandingi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Polis syor inkues siasat kematian Sarbaini, Peguam Negara setuju

Posted: 02 Jun 2011 01:43 AM PDT

KUALA LUMPUR, 2 Jun – Polis akan mengesyorkan agar satu inkues diadakan bagi menyiasat punca kematian penolong pengarah Kastam Diraja Malaysia, Ahmad Sarbaini Mohamad, kata ketua Jabatan Siasatan Polis Kuala Lumpur hari ini.

Laporan The Star Online memetik Asisten Komisioner Datuk Ku Chin Wah berkata Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail juga telah bersetuju dengan cadangan itu.

Baru-baru ini, keluarga Allahyarham Ahmad Sarbaini (gambar) mahu polis mendedahkan perkembangan terbaru hasil siasatan kematiannya dua bulan lalu di pejabat SPRM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Ini kerana, menurut sumber yang rapat dengan keluarga Ahmad Sarbaini, sehingga kini masih tiada perkembangan, menyebabkan keluarga itu tertanya-tanya status sebenar hasil siasatan tersebut.

Tambah sumber itu, perkembangan terakhir yang diketahui pada 4 Mei lalu di mana kertas siasatan kematian Ahmad Sarbaini akan dihantar semula ke Jabatan Peguam Negara.

"Kami nak tahu apa status terkini sekarang, kami tertanya-tanya apa yang berlaku dan perkembangan kes ini.

"Saya sendiri tertanya-tanya apa status kes ini sekarang, sebab saya lihat macam tidak ada apa-apa yang berlaku... senyap begitu sahaja," katanya kepada The Malaysian Insider.

Semalam, pemimpin-pemimpin PKR menyerahkan memorandum kepada Ketua Polis Negara menggesa diadakan siasatan lanjut ekoran dakwaan wujud bukti baru, yang dikemukakan oleh balu Allahyarham Ahmad Sarbaini bulan lalu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved