Sabtu, 4 Jun 2011

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Perkasa dakwa barisan baru PAS ‘suara’ Anwar

Posted: 04 Jun 2011 02:39 AM PDT

GOMBAK, 4 Jun – Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali mendakwa suara Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam PAS ekoran keputusan pemilihan 2011-2013 ditentukan dan dicerminkan oleh pengaruh Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Suara Anwar dalam PAS ditentukan oleh (Mursyidul Am PAS) Datuk Nik Aziz dan (Presiden PAS) Haji Hadi (yang) jadi pak turut... yang lain tidak releven... memang ada yang Erdogan, ulama dan macam-macam lagi.

"Tetapi semua tidak beri apa-apa kesan kecuali Datuk Nik Aziz dan pak turut Haji Hadi," kata Ahli Parlimen Bebas (gamber) dari Pasir Mas, Kelantan ini dalam satu kenyataan SMS mengulas keputusan pemilihan pusat PAS yang diumumkan pagi tadi.

Pada pilihan raya umum 2008 Ibrahim bertanding di kerusi Parlimen Pasir Mas menggunakan lambang PAS.

Mohamad Sabu dipilih sebagai timbalan presiden menewaskan penyandang Nasharudin Mat Isa dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Kerusi naib presiden dimenangi oleh Salahuddin Ayub, Datuk Paduka Husam Musa dan Datuk Mahfuz Omar.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali pula berkata kemenangan Mohamad atau dikenali sebagai "Mat Sabu" pasti akan mengecewakan Nik Aziz, Hadi dan puak ulama dan puak Erdogan.

"Mat Sabu hanya belajar di ITM dan tidak tamat, bukan lulusan pengajian agama Timur Tengah. Ianya memalukan gulongon ulama PAS kerana Mat Sabu tiada kelulusan akademik manakala puak Erdogan juga lagi kecewa kerana Mat Sabu tidak sokong Anwar," katanya dalam kenyataan berasingan.

"Malah Mat Sabu yang mengelar Anwar Al-Juburi... kehebatan Mat Sabu, namanya Muhamad sama nama Rasullulah, tapi nama bapa Sabu.. tiga naib presiden pula adalah tokoh duniawi iaitu dua ada ijazah dan satu lagi dikatakan hanya SPM saja.

"Pada pendapat saya barisan pimpinan PAS baru ini semakin menyukarkan usaha ke arah perpaduan Melayu," kata beliau lagi.

Kata Syed Hassan, lebih dikesali Hadi terus mengajak ahlinya PAS menjauhi Umno sedangkan terus menegaskan akan setia bersama DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat.

"Tidak satu ayat pun semasa ucapannya pada majlis perasmian Muktamar PAS semalam boleh diertikan PAS sedia ke arah persefahaman seluruh umat Melayu dan Islam.

"Serangan Hadi terhadap Umno dalam ucapannya itu tidak menghairankan sebab pemimpin Umno juga kerap menyerang PAS di setiap kali perhimpunan Umno," katanya sambil menambah, namun PAS dengan imej Islam sepatutnya memulakan langkah perpaduan kerana Islam menuntut umatnya mengikat dengan kukuh perpaduan semasa Islam.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Hadi: ‘Perubahan pimpinan PAS biasa, macam alih perabot rumah’

Posted: 04 Jun 2011 01:36 AM PDT

Ahli-ahli PAS mengambil kesempatan memohon kad keanggotaan parti pada hari kedua Muktamar Tahunan Ke-57 di Taman Melewar dekat Kuala Lumpur hari ini. – Foto oleh Choo Choy May

GOMBAK, 4 Jun – PAS tidak akan mengalami perubahan dasar sebaliknya hanya akan mengubahsuai strategi sesuai dengan keputusan pemilihan kali ini yang menyaksikan kemenangan besar calon barisan profesional, kata Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Sekali lagi, dasar tidak berubah tetapi strategi yang kita ubah," kata Presiden PAS pada sidang media hari kedua Muktamar Tahunan PAS Ke-57 di sini hari ini.

Hasil pemilihan semalam, PAS menerima timbalan presiden yang baru iaitu Mohamad Sabu manakala Datuk Paduka Husam Musa pula kembali sebagai naib presiden manakala Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar mengekalkan kerusi naib presiden masing-masing.

Selain Mohamad Sabu, Salahuddin, Mahfuz dan Husam, seramai 12 daripada 18 ahli jawatankuasa kerja pusat PAS yang baru dilihat daripada kalangan kumpulan profesional.

Hadi menambah, walaupun ada beza pandangan dalam penentuan calon, tetapi tetap menghormati keputusan perwakilan kali ini.

"(Saya) terima apa sahaja keputusan dan hadapi untuk pilihan nanti, kepimpinan kali ini terdiri daripda pelbagai latar belakang, AJK pusat wakili semua pihak," kata beliau yang telah mempertahankan jawatannya tanpa saingan.

Mengenai komposisi barisan yang memihak kepada kumpulan profesional, Hadi menjelaskan, ia bukan benda baru dan "PAS memimpin secara kolektif."

Hadi juga berkata, keputusan yang diumumkan pagi tadi menunjukkan kematangan ahli-ahli dan perwakilan dalam memilih pemimpin-pemimpin untuk berada di saf hadapan menghadapi pilihan raya umum ke-13.

"PAS adalah parti berpengalaman, parti tertua. PAS juga pernah jadi kerajaan di peringkat pusat, negeri dan menghadapi cabaran di peringkat negeri," katanya.

Sehubungan itu Hadi juga berkata, bukan pemimpin-pemimpin politik yang membuat perubahan tetapi para perwakilan manakala "matlamat, acuan tetap sama dan tidak akan berubah."

"Perubahan pucuk pimpinan, biasalah... sama macam alih perabot rumah," katanya lagi.

Menjawab soalan timbalannya bukan seorang ulama, Hadi memberitahu, ia bukan satu masalah kerana kerajaan Uthmaniyah juga bukan daripada kalangan ulama.

"Ulama ini sebenarnya bermaksud orang berilmu termasuk dalam pelbagai bidang... contoh Ibn Khaldun, beliau seorang yang berilmu dalam bidang agama dan sosiologi. Sekarang ini susah nak cari pemimpin yang tahu dalam semua bidang, jadi PAS buat pimpinan secara kolektif," katanya.

Berkenaan dakwaan bahawa calon-calon yang pro-Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim menang kali ini, Hadi juga mengetepikan tanggapan sedemikian.

"Tidak, pemimpin dipilih untuk, kerana kita mahu pemimpin yang rapat dengan NGO, rapat dengan semua pihak," katanya yang turut menolak tanggapan bahawa pemimpin-pemimpin pusat kali ini dilihat sebagai golongan agresif.

"Kita ikut suasana," kata Hadi yang turut memberi jaminan bahawa calon yang tidak terpilih, tetap sama membantu pimpinan yang lain.

"Saya akan melantik AJK baru, enam orang tapi itu semua kena tunggu dahulu.

"Saya tidak guna kuasa mutlak, dulu bila Mat Sabu (Mohamad) kalah, dia tetap jadi AJK pusat," katanya lagi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved