The Malaysian Insider :: Bahasa |
Hishammuddin nafi bantu firma Australia, adiknya digunakan Posted: 06 Jun 2011 02:52 AM PDT
"Saya menafikan perkara itu, ia tidak benar," kata Menteri Dalam Negeri itu (gambar) pada sidang media di sini hari ini. Akhbar Australia, The Age melaporkan bahawa Securency International, yang separuhnya dimiliki oleh bank pusat negara itu telah menandatangani Liberal Technology sebagai ejennya pada 2009 atas harapan bahawa pemegang besarnya Datuk Haris Onn Hussein, akan "membolehkan akses, dan pengaruh ke atas ahli-ahli politik utama Malaysia." Haris, yang juga pengerusi Liberal Technology, merupakan sepupu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan adik kepada Hishammuddin, yang akan berada di Canberra untuk menandatangani perjanjian yang membolehkan Australia menghantar 800 pencari suaka ke Malaysia dan menerima 4,000 pelarian. "Adik saya? Pertama, saya memberitahu anda perkara yang benar, saya tidak tahu apa yang adik saya lakukan. Kedua, saya tidak melihat Australia akan berbuat demikian. Ketiga, tiada kaitan sama sekali dengan apa yang saya lakukan dengan Australia, sangat mudah," kata beliau yang juga Naib Presiden Umno. MENYUSUL LAGI Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Nazri: Dengan jadikan PAS kuat, impian Hadi maju jadi PM Posted: 06 Jun 2011 02:28 AM PDT
Berkongsi analisis beliau berhubung pemilihan PAS yang diadakan akhir minggu lalu, ahli Majlis Tertinggi itu berkata, trend baru muncul di parti Islam konservatif itu â nafsu baru untuk berkuasa. Kata Nazri (gambar), permainan politik baru kepimpinan PAS bertujuan mahu mengubahsuai imej Islamnya agar ia kelihatan dapat diterima oleh bukan Islam dan seterusnya menjadi parti yang kuat dalam Pakatan Rakyat, mengatasi kedudukan PKR dan DAP. Sehubungan itu, menteri di Jabatan Perdana Menteri ini berkata, kebangkitan PAS akan membawa kepada pergolakan kuasa dalam Pakatan Rakyat semasa pilihan raya umum akan datang kerana mereka akan cuba untuk mengatasi satu sama lain untuk mendapatkan perwakilan besar dalam Parlimen. "Sudah pasti, mereka akan bertelagah. Saya fikir Hadi sedar bahawa ada peluang bagi beliau untuk menjadi pemimpin Pakatan Rakyat," katanya lagi. "JIka beliau berfikir bahawa beliau boleh menawan Putrajaya, maka beliau mahu menjadi perdana menteri. Itu sebabnya beliau memaksa parti itu mengubah imej sebab beliau tahu bahawa Anwar berada dalam masalah dan PAS mahu menjadi parti yang kukuh dalam Pakatan Rakyat," kata Nazri pada sidang media di sini hari ini. MENYUSUL LAGI Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from The Malaysian Insider :: Bahasa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan