The Malaysian Insider :: Bahasa |
Bukan Melayu hak dapat biasiswa juga, kata MCCBCHST Posted: 08 Jun 2011 03:10 AM PDT KUALA LUMPUR, 8 Jun – Majlis Perundingan Malaysia untuk agama Buddha, Kristian, Hindu Sikh, dan Taois (MCCBCHST) menegaskan orang bukan Melayu berhak mendapat biasiswa kerajaan memandangkan Perlembagaan Persekutuan tidak menghalangnya. MCCBCHST menegaskan Artikel 153 (2) Perlembagaan Persekutuan membenarkan satu "kadar munasabah" diberikan kepada orang Melayu dan Bumiputera. Ia turut menekankan "diperuntukkan 100 peratus biasiswa kepada orang Melayu. "Selepas kadar yang munasabah ini, bakinya sepatutnya diberikan kepada orang bukan Melayu dan mereka mempunyai hak dan kepentingan yang sah dalam mendapatkan biasiswa," kata Pengerusi MCCBCHST Dr Thomas Philips dalam satu kenyataan hari ini. Philips juga mengatakan Artikel 153 (1) Perlembagaan Persekutuan menyebut Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa menjaga kedudukan dan keistimewaan orang Melayu selain "menjaga kepentingan kaum lain." MCCBCHST berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) yang mendakwa hanya orang Melayu dan Bumiputera berhak menerima biasiswa kerajaan. GAPS berkata hujah mereka berdasarkan kepada Suruhanjaya Reid, lima anggota panel Komanwel yang menggubal perlembagaan negara pada tahun 1965. "Hujah GAPS ini tidak dapat diterima," kata Philips sambil menambah suruhanjaya itu telah meminta satu kajian untuk melaksanakan kuota itu selepas 15 tahun dilaksanakan. "Artikel 153 hanya membenarkan kadar munasabah kuota-kuota melalui tiga perkara – (i) jawatan-jawatan dalam perkhidmatan awam (ii) biasiswa-biasiswa dan (iii) mendapatkan permit atau lesen untuk operasi perdagangan atau perniagaan. "Maka tidak mungkin ada kuota-kuota lain," tambahnya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Kes Khir Toyo: Bekas MB Selangor dapat ‘diskaun’ hampir 50 peratus Posted: 08 Jun 2011 01:25 AM PDT
Pemaju hartanah Saiful Aznir Shahabudin memberitahu dia menjual hartanah itu kepada pengarah Ditamas Sdn Bhd Shamsuddin Hayroni pada Disember 2004. MENYUSUL LAGI Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from The Malaysian Insider :: Bahasa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan