Ahad, 12 Jun 2011

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Hadi: Negara kebajikan boleh dibukti jika Pakatan diberi mandat teraju negara

Posted: 12 Jun 2011 02:33 AM PDT

Ucapan dasar Hadi pada Muktamar Tahunan PAS Ke-57 menekankan konsep membangun negara berkebajikan. — gambar fail

KUALA LUMPUR, 12 Jun — Sambil menyifatkan Barisan Nasional (BN) dalam keadaan "kepanasan", Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata konsep negara berkebajikan boleh dibuktikan sekiranya Pakatan Rakyat diberi mandat memerintah negara pada pilihan raya umum ke-13.

Hadi berkata kritikan yang dibuat BN terutamanya Umno terhadap konsep negara kebajikan disebabkan parti itu bimbang akan sokongan rakyat akan beralih.

"Mereka (BN) rasa kepanasan dengan konsep negara kebajikan kita ini, mereka tidak tahu apa itu negara kebajikan yang bercirikan Islam yang mana kita tidak menghalalkan apa yang haram.

"Kalau nak tahu apa itu negara kebajikan kita beri kita menang, dalam tempoh lima tahun kita akan tunjukkan, apa yang Umno lakukan selama ini mencabuli sistem sedia ada," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa kerja PAS pusat kali pertama selepas pemilihan parti itu minggu lalu.

Kelmarin, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata keputusan pemilihan PAS yang memihak kepada golongan profesional adalah kemenangan kepada DAP kerana parti itu berjaya "mempengaruhi" parti Islam itu mengubah dasar memperjuangkan negara Islam kepada negara berkebajikan.

Selain itu awal minggu ini, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga mendakwa pihak menang besar di sebalik pemilihan PAS adalah tokoh-tokoh yang tidak hadir dan bukan ahli PAS khususnya Pengerusi DAP kebangsaan Karpal Singh.

Terbaru, seorang lagi bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi menyifatkan tindakan PAS menggugurkan perjuangan negara Islam dan diganti negara kebajikan sebagai sekadar umpan untuk meraih undi bukan Islam.Hadi, Ahli Parlimen Marang, juga menegaskan konsep negara berkebajikan yang akan diperjuangkan parti Islam itu berbeza dengan apa yang diperjungkan BN.

Najib juga berkata barisan kepimpinan baru PAS kini memperjuangkan negara berkebajikan dan bukannya negara Islam sambil berkata, ia diambil daripada dasar pentadbiran BN.

"Itu kenyataan orang yang tidak membaca apa itu politik Islam, saya akan keluarkan sebuah buku tentang negara berkebajikan untuk jelaskan.

"Apa yang diperjuangkan PAS (melalui negara berkebajikan) ini perpandukan perlembagaan PAS iaitu dari al-Quran, sebahagian daripadanya kita telah realisasikan di negeri-negeri yang kita perintah.

"Negara berkebajikan kita adalah satu perubahan terutamanya kepada orang bukan Islam yang gagal dilakukan Umno, kita mahu wujudkan sebuah kerajaan yang bersih," tegas Hadi.

Ucapan dasar presiden Hadi pada Muktamar Tahunan PAS Ke-57 menekankan konsep membangun negara berkebajikan.

Dalam ucapan itu, Hadi berkata, PAS akan meneruskan gagasan negara berkebajikan yang disepakatinya bersama komponen Pakatan Rakyat kerana perkara yang lebih penting adalah pelaksanaan dan bukannya menumpukan jenama "negara Islam" itu semata-mata.

Jelas Hadi, konsep negara berkebajikan PAS meliputi segala aspek kehidupan termasuk pentadbiran bagi memastikan negara bersih dari aktiviti tidak sihat.

"Konsep negara berkebajikan ini adalah untuk rakyat, ia termasuk meninggalkan rasuah dan macam-macam, ini yang mahu kita bawa.

"Kita sudah amalkan negara kebajikan ini di Kelantan, Kedah, Perak, Terengganu malah di negeri-negeri Pakatan Rakyat lain iaitu Selangor dan Pulau Pinang," katanya.

Tambah bekas menteri besar Terengganu ini, konsep negara berkebajikan ini akan dibentangkan kepada pimpinan Pakatan Rakyat selain ia akan diperincikan lagi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Himpunan Bersih tetap diteruskan, kata Ambiga dan PAS

Posted: 12 Jun 2011 02:24 AM PDT

KUALA LUMPUR, 12 Jun — Datuk Ambiga Sreenavesan dan pemimpin PAS menegaskan Himpunan Bersih 2.0 bulan depan tetap diteruskan walaupun dibantah banyak pihak termasuk dari Barisan Nasional (BN).

Utusan Malaysia, akhbar milik Umno hari ini menggesa rakyat agar memboikot perhimpunan itu dan memetik Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein telah memberi amaran bahawa "boleh mengakibatkan huru-hara apabila berlaku pertembungan antara kumpulan penyokong dan penentang demonstrasi jalanan.

"Pembangkang adalah normal. Ini adalah negara demokratik," kata Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 2.0 Ambiga kepada The Malaysian Insider.

"Dalam pemerhatian saya ramai menuntut kami agar mengadakannya. Terdapat banyak rasa tidak puas hati... seperti ketika (pilihan raya) Sarawak, tidak gembira tentang rasuah dan tidak gembira mengenai institusi-institusi yang tidak bebas," katanya.

Ambiga, bekas presiden Majlis Peguam, menyifatkan perhimpunan itu sebagai "himpunan aman rakyat."

Ketika ditanya mengenai kemungkinan Bersih 2.0 akan dikenakan tindakan keras dari polis, Ambiga berkata "rancangan ini belum muktamad lagi . . . kami mahu mendesak pihak berkuasa mengubah pandangan terhadap himpunan."

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata rakyat akan menyokong himpunan Bersih selagi kerajaan tidak memenuhi tuntutan NGO itu semasa kali pertama pada 2007.

Himpunan Bersih pertama yang disertai parti-parti politik beberapa bulan sebelum pilihan raya umum 2008.

"Apabila pilihan raya diadakan dengan tidak adil, ia akan jadi seperti yang berlaku di Timur Tengah. Saya tidak mahu apa yang berlaku di Timur Tengah terjadi di sini," kata Mohamad.

Protes besar-besaran berlaku di negara-negara Timur Tengah yang telah berjaya menjatuhkan kerajaan autokratik di Mesir dan Tunisia yang dituduh mengamalkan rasuah.

"Perubahan berlaku di Singamura . . . mereka (pembangkang) dapat akses dengan media," kata Mohamad atau lebih dikenali sebagai "Mat Sabu" merujuk pilihan raya Singapura baru-baru ini.

Pakatan Rakyat dan aktivis-aktivis parti bersedia menggerakkan himpunan itu pada bulan depan, kali pertama diadakan pada 2007 difahamkan kira-kira 50,000 orang telah berkumpul di ibu negara, bagaimanapun disuraikan dengan gas pemedih mata dan meriam air oleh polis.

Menurut Mohamad, PAS akan menggerakkan ratusan ribu orang pada himpunan kali ini sebelum pilihan raya diadakan dijangkakan dalam tempoh terdekat.

Pada himpunan Bersih 2007, rekod perubahan berlaku apabila Pakatan Rakyat berjaya menawan lima negeri dan memenangi 82 kerusi Parlimen pada pilihan raya umum 2008.

Sementara itu, Naib Presiden PAS Datuk Paduka Husam Musa berkata laporan muka depan Utusan Malaysia itu adalah "liputan terbaik", menunjukkan lebih ramai rakyat akan menyokong himpunan itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved