Selasa, 14 Jun 2011

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Status Tian Chua: BBCBN serah kepada Speaker, Nazri

Posted: 14 Jun 2011 01:18 AM PDT

KUALA LUMPUR, 14 Jun — Barisan Nasional (BN) menyerahkan kepada Tan Sri Pandikar Amin Mulia (gambar) dan Datuk Seri Nazri Aziz sama ada mahu membenarkan usul membahaskan status wakil rakyat Batu Chua Tian Chang yang telah disabitkan oleh mahkamah berhubung kesalahan menggigit anggota polis.

Terdahulu, ahli-ahli Parlimen BN memutuskan untuk menggerakkan usul berkaitan status Chua di Parlimen dengan menegaskan wakil rakyat PKR itu sudah tidak layak menjadi wakil rakyat.

Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong-penyokong Kerajaan BN (BBCBN) Datuk Bung Moktar Radin memberitahu The Malaysian Insider, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat bersama pemimpin BN semalam.

Bagaimanapun Bung Moktar berkata Ahli Parlimen BN tidak akan terus "menekan" isu itu selepas bertemu dengan Pandikar.

"Kami memutuskan bahawa Speaker Dewan Rakyat dan Nazri selaku menteri yang bertanggungjawab di Parlimen untuk membuat keputusan.

"Jadi kami akan biarkan Nazri uruskan perkara ini, apa yang beliau katakan atau lakukan adalah pendirian kami," kata Ahli Parlimen Kinabatangan ini kepada The Malaysian Insider.

Nazri sebelum itu menegaskan beliau membantah cadangan membahaskan usul status Chua di Parlimen sambil menambah akan berusaha untuk menggunakan apa sahaja cara menghentikan usaha itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, tiada wakil rakyat yang layak untuk menentukan perkara itu dan menegaskan hanya Speaker boleh buat keputusan.

Pertengahan Jun tahun lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Hakim Datuk Ghazali Cha mengetepikan hukuman penjara enam bulan dan denda RM3,000 terhadap Chua, yang dikenakan oleh Mahkamah Majistret berhubung tuduhan mencederakan anggota polis pada 2007 dan mengantikannya denda RM2,000 atau dua bulan penjara.

Mengikut Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan seseorang Ahli Parlimen hilang kelayakan jika beliau disabitkan oleh mahkamah dan dihukum penjara tidak kurang setahun atau denda tidak kurang daripada RM2,000 dan beliau tidak mendapat pengampunan.

Nazri menambah keputusan Mahkamah Tinggi perlu mengambil kira dalam perkara itu.

"Jika anda mengambil kira keputusan mahkamah, denda Tian Chua dikurangkan kerana tidak mahu beliau hilang kelayakan.

"Juga selepas tiga tahun, sudah tidak ada lagi pilihan raya kecil. Jika kami gugurkan kelayakan beliau, anda akan menafikan hak penduduk Batu untuk diwakili... sebab itu saya membantah sebarang cadangan menafikan hak Tian Chua," katanya.

MENYUSUL LAGI

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Daftar pemilih: PKR dakwa SPR bias, mahu sekat Pakatan kesan pengundi

Posted: 14 Jun 2011 01:08 AM PDT

PETALING JAYA, 14 Jun — Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengamalkan "double standard" kerana tidak memberikan maklumat lengkap mengenai pengundi dalam senarai daftar pemilih.

Menurut timbalan presidennya Azmin Ali, dalam senarai daftar pemilih yang dibeli daripada SPR tidak dinyatakan alamat para pengundi.

Jelas beliau, lebih 90 peratus daftar pemilih yang berharga RM48,000 itu tidak mempunyai alamat pengundi dan ia menyukarkan pihaknya untuk mengenal pasti identiti mereka.

"Keadaan lebih buruk apabila SPR diperkudakan Umno-BN (Barisan Nasional) untuk terus laksanakan pilihan raya kotor dan tidak adil.

"Dalam senarai daftar pemilih sehingga penghujung 2010, SPR telah bekalkan daftar pemilih tanpa alamat pengundi... ini double standard, kita tahu ia hanya untuk Pakatan Rakyat.

"Ini amat mengejutkan, kita diminta dibayar untuk dapatkan daftar pemilih induk tapi ia tidak mempunyai alamat yang lengkap," kata Azmin pada sidang media di sini.

Tegas beliau, ia satu cara Umno-BN untuk menyekat PKR mendekati pengundi kerana bimbang akan tewas pada pilihan raya umum ke-13.

"Ada beberapa nama diberikan alamat tapi lebih 90 peratus tiada alamat (dalam daftar pemilih) yang dibekalkan SPR yang perlu dibeli parti-parti politik.

"Kita dapat hidu ini usaha Umno-BN untuk bawa pengundi hantu, saya percaya daftar pemilih ini hanya untuk Pakatan Rakyat sebab seorang pegawai SPR memberitahu ia adalah arahan baru agar daftar pemilih tidak dibekalkan dengan alamat," katanya.

Azmin, Ahli Parlimen Gombak juga kesal dengan sikap SPR yang menjalankan "perniagaan" dengan menjual daftar pemilih kepada parti-parti politik.

"Kita sentiasa diminta untuk membayar dengan jumlah yang besar untuk dapatkan daftar pemilih, mengapa SPR jalankan perniagaan ini, sepatutnya ia adalah tanggungjawab dan ia sepatutnya diberikan secara percuma.

"Kita beli daftar pemilih dengan harga yang tinggi, beli ikut negeri... apa yang kita dapat tidak lengkap dan saya tidak puas hati apabila SPR menjalankan perniagaan ini," katanya.

Pada sidang media itu juga Azmin mengumumkan parti itu akan mengadakan satu konvensyen pilihan raya kebangsaan PKR 19 Jun ini di Pusat Konvensyen Shah Alam sebagai langkah persediaan untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13, yang dijangka tahun depan.

Selain itu, kata Azmin, tema "Demi Rakyat" akan menjadi kempen pilihan raya parti itu.

"Kita jangkakan 2.000 perwakilan dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak akan menyertai konvensyen yang julung kali diadakan parti politik.

"Kita juga telah melancarkan laman web untuk rakyat di www.demirakyat.org yang bermula hari ini," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved