Selasa, 21 Jun 2011

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Wanita PKR lancar WAJAH 2 Julai dekati kaum ibu

Posted: 21 Jun 2011 03:04 AM PDT

PETALING JAYA, 21 Jun – Wanita PKR pusat akan melancarkan Wanita Keadilan Jelajah Kampung (WAJAH) serentak di seluruh negara 2 Julai ini - sebahagian daripada strategi bagi menjelajah di setiap kampung untuk mendekati dan memberi maklumat kepada kaum wanita.

"WAJAH merupakan suatu strategi, inisiatif dan idea pimpinan Wanita PKR Selangor. Ia berasaskan kaedah jelajah yang akan merangkumi seluruh kelompok pengundi dan lokaliti dari luar bandar, felda, estet, ladang sehingga ke penempatan Orang Asal.

"Saya yakin bahawa sasaran WAJAH untuk penambahan pengundi baru, keahlian serta menyebarkan maklumat dan memberi penerangan akan mampu meningkatkan undi dan sokongan buat PKR bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13, terutama dari golongan wanita Melayu dan suri rumah," katanya dalam sidang media di ibu pejabat PKR hari ini.

Selain itu, Ahli Parlimen Ampang itu berkata, kebanyakan wanita di kawasan luar bandar seperti di Felda tidak mampu untuk menikmati capaian akses internet dan sekali gus membataskan pendedahan mereka kepada isu-isu semasa.

Justeru, jelajah WAJAH ke setiap kampung adalah perlu bagi memberi maklumat terus kepada masyarakat luar bandar dan menyekat berita yang tidak benar dari meracuni persepsi mereka.

Tambahnya, antara aktiviti yang akan dijalankan ialah seperti program tazkirah, gotong-royong, ceramah kelompok dan program sembang-sembang bersama masyarakat setempat.

"Kami akan beritahu wajah yang sebenar kepada mereka apakah usaha Pakatan Rakyat telah lakukan dan apa isu yang berlaku. Kami juga akan mendedahkan pembohongan yang dilakukan pihak lain.

"Kami juga akan memberi ilmu dan maklumat tentang bagaimana mereka (kaum wanita) dapat memainkan peranan sebagai rakyat di Malaysia," katanya.

Jelas Zuraida, pendekatan yang diambil Wanita PKR adalah berbeza dengan apa yang dibuat oleh Wanita Umno dan Barisan Nasional (BN) sebelum ini. Zuraida berkata, "Wanita PKR akan bergerak dengan lebih progresif bersama masyarakat. Berbeza dengan Wanita Umno yang lebih kepada memberi sumbangan yang menggunakan duit rakyat."

Selain itu, Zuraida turut memberi peringatan kepada wanita Umno dan pimpinan BN agar bersiap-sedia kerana konsep jelajah Skuad Sayang sudah tidak relevan selepas adanya WAJAH.

"Kini WAJAH sudah sedia untuk menjelajah ke setiap pelusuk kampung di seluruh negara dengan membawa agenda Demi Rakyat. Manifesto Buku Jingga juga akan disebar luas ke seluruh estet dan ladang.

"Insya-Allah, saya yakin dan percaya, demi rakyat, WAJAH akan mampu memimpin wanita Malaysia menuju kearah perubahan serta dapat memartabatkan kualiti hidup mereka agar terus terbela dan diiktiraf peranannya dalam sistem demokrasi tulen," ujarnya.

Zuraida memberitahu, antara kawasan kampung yang terlibat semasa pelancaran WAJAH 2 Julai ini ialah Kampung Taginabur (Sabah), Kampung Kudei (Sarawak), Kampung Tahang Rimau (Johor), Kampung Air Molek (Melaka), Kampung Gachong (Negeri Sembilan), Bandar Tun Razak (Kuala Lumpur), Kampung Telok Gong (Selangor), Kampung Sungai Itik (Perak), Kampung Permatang Bertam (Pulau Pinang), Taman Bunga Raya (Kedah), Kampung Patani (Perlis), Kampung Kubu (Terengganu), Kampung Rahmat (Kelantan) dan Felda Lurah Bilut (Pahang).

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Taib Mahmud dijangka jawab dakwaan rasuah esok

Posted: 21 Jun 2011 02:58 AM PDT

KUCHING, 21 Jun – Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata beliau akan membuat kenyataan rasmi esok mengenai dakwaan rasuah terhadapnya.

Bagaimanapun Taib tidak menyatakan bagaimana beliau respons terhadap dakwaan pembangkang dengan menggunakan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadapnya.

"Pembangkang akan terkejut esok," katanya dipetik Bernama Online hari ini.

Pada 9 Jun, Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Abu Kassim Mohamed menyatakan bahawa suruhanjaya itu sedang menyiasat Taib atas dakwaan rasuah balak.

Beliau menjawab pertanyaan sama ada SPRM akan mengambil tindakan seperti Agensi Anti-Rasuah Switzerland, di mana aset Taib dibekukan atas dakwaan rasuah balak.

Menurut laporan berita asing, Presiden Persekutuan Switzerland Micheline Calmy-Rey berkata bahawa beliau menyedari dakwaan itu dan mengemukakan maklumat mengenai aset Taib di Switzerland kepada badan kawalan, Lembaga Pengawasan Pasaran Kewangan Switzerland (Finma) untuk tujuan siasatan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved