Rabu, 22 Jun 2011

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Video seks: Anwar jangka Datuk T akan bebas dengan hukuman paling ringan

Posted: 22 Jun 2011 02:44 AM PDT

KUALA LUMPUR, 22 Jun – Datuk Seri Anwar Ibrahim meramalkan "Datuk T" yang akan didakwa Jumaat ini berhubung tuduhan penyebaran rakaman video seks tiga bulan lalu mungkin akan bebas dengan "hukuman ringan."

Ketua Umum Pakatan Rakyat itu (gambar) berkata, beliau tidak terkejut apabila diberitahu ketiga-tiga individu yang menggelarkan diri mereka sebagai "Datuk T" akan didakwa di mahkamah, Jumaat ini.

"Mengetahui Peguam Negara dan rekod prestasinya, saya pasti ia akan didakwa dengan hukuman yang paling minimum, seperti semua hukuman yang melibatkan politik kecuali ia melibatkan pemimpin pembangkang," katanya pada sidang media di Parlimen.

Anwar menambah beliau "tidak yakin" Putrajaya serius untuk mengambil tindakan terhadap "Datuk T" dan beliau percaya ia hanya untuk mengembalikan kepercayaan rakyat.

The Malaysian Insider tengah hari tadi melaporkan, ketiga-tiga "Datuk T" – ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuib Lazim akan didakwa di Mahkamah Tinggi, Jalan Duta Jumaat ini.

"Shazryl ... dia nampak macam Umno punya orang... membantu kepimpinan Umno. Dan, siapa penjenayah lain yang terlibat? Rahim dan Shuib Lazim.Seorang pemimpin moral terbaik dan seorang pemimpin Perkasa.

"Anda mahu kata Umno serius mahu mengambil tindakan terhadap mereka? Saya tidak yakin," kata Anwar.

Beliau menegaskan satu alasan mengapa rakaman video seks berdurasi 21 minit itu boleh diedarkan dengan meluas kerana ia disokong parti pemerintah.

"Kes yang mudah macam ini ditangguhkan terlalu lama dan ia tetap diedarkan secara meluas.

"Dengan galakan kerajaan, tolak ansur Kementerian Dalam Negeri dan polis. Dengan berdasarkan ini, agak mustahil untuk sebabkan bahan lucah jika tidak dilindungi pihak berkuasa," katanya.

Anwar juga tidak menolak kemungkinan bahawa dakwaan terhadap "Datuk T" di mahkamah akan digunakan untuk membuktikan beliau adalah pelaku dalam rakaman video seks itu.

"Mereka boleh ... walau apa jua yang mereka ingin lakukan, ia tiada masalah. Saya akan berdepan dengannya apabila ia tiba," katanya.

Polis juga telah mengesahkan rakaman video seks itu adalah tulen dan sahih dengan meminta bantuan pakar luar negara.

Pada 21 Mac lalu, "Datuk T" mempertontokan rakaman video seks itu kepada wakil media terpilih di hotel Carcosa Seri Negara, 21 Mac lalu.

Rakaman video itu menyaksikan seorang lelaki yang mirip dengan Anwar sedang melakukan hubungan seks dengan seorang wanita yang tidak dikenali.

Rahim, Shazryl dan Shuib akhirnya mengakui mereka akan bertanggungjawab atas pendedahan yang dibuat dengan mengatakan rakaman video seks itu menunjukkan "lelaki yang mahu menjadi perdana menteri itu tidak layak."

Rakaman video seks itu juga telah disebarkan secara meluas di Internet.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Taib Mahmud: Saya tiada akaun rahsia di Bank Swiss

Posted: 22 Jun 2011 01:41 AM PDT

KUCHING, 22 Jun – Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata beliau akan memberi sepenuh kerjasama kepada Persekutuan Switzerland untuk membersihkan nama beliau dan kerajaan Sarawak berhubung dakwaan rasuah balak oleh Bruno Manser Foundation (BMF).

Taib (gambar) berkata perhatian beliau terarah kepada dakwaan BMF baru-baru ini kononnya Agensi Pencegahan Rasuah Switzerland berkemungkinan menyiasat beliau dan membekukan aset kepunyaannya di Switzerland.

"Biarlah saya nyatakan dengan tegas bahawa saya tidak mempunyai akaun rahsia di Bank Swiss mahupun aset atau pelaburan dalam apa jua bentuk di Switzerland. Tidak ada sama sekali," kata beliau ketika memberi penjelasan peribadi pada sidang Dewan Undangan Negeri di Petra Jaya di sini hari ini.

Dipetik Bernama Online, Taib, yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, memberi penjelasan itu berhubung siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap dakwaan itu berikutan keputusan yang dikatakan dibuat oleh Agensi Anti Pencegahan Rasuah Switzerland untuk membekukan aset beliau baru-baru ini.

Beliau berkata dakwaan itu kemudiannya digunakan oleh ahli politik setempat untuk menjayakan agenda politik peribadi mereka terhadap beliau dan kerajaan negeri, yang sekali lagi memperoleh mandat besar daripada rakyat menerusi pilihan raya negeri pada April lepas.

Selaku ketua kerajaan negeri dan anggota badan penggubal undang-undang sejajar dengan amalan dan tradisi parlimen, Taib berkata beliau memikul tanggungjawab terhadap Dewan yang mulia untuk membuat kenyataan peribadi selaras dengan Seksyen 22 Perintah Tetap.

"Sememangnya saya telah menyatakan dalam kaedah yang terang dan jelas menerusi sepucuk surat yang saya utuskan kepada Presiden Persekutuan Switzerland Micheline Calmy-Rey untuk mendapat pengesahan sama ada beliau dikatakan telah mengarahkan siasatan terhadap saya berhubung dakwaan oleh BMF," katanya, sambil menambah BMF merupakan badan bukan kerajaan dari luar negara yang sama sekali tidak memikul tanggungjawab kepada rakyat Sarawak.

Taib turut meminta Lembaga Penyelia Pasaran Kewangan Switzerland (Finma) untuk memberi kepada beliau salinan dakwaan itu bagi membolehkan beliau melaksanakan hak untuk mengambil tindakan perundangan yang sewajarnya.

Sambil mengikrarkan sepenuh kerjasama kepada Persekutuan Switzerland "untuk segera menyerlahkan kebenaran dan membenamkan segala yang palsu," beliau mengulangi bahawa dakwaan oleh BMF adalah palsu dan jelas bermotifkan politik.

"BMF mempunyai rekod dakwaan yang biadab dan bersifat skandal terhadap kerajaan Sarawak selama bertahun-tahun, termasuk dakwaan penebangan 90 peratus hutan hujan kita sungguhpun pakar hutan tempatan dan antarabangsa telah mengesahkan bahawa 70 peratus daripada hutan kita masih dipelihara dan diuruskan secara mampan.

"Sehubungan itu, dakwaan palsu BMF mengenai aset saya yang disimpan di Switzerland adalah kesinambungan usaha berniat jahat untuk mencemarkan nama baik kerajaan negeri dan pemimpinnya," katanya.

Pada 9 Jun, Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Abu Kassim Mohamed mengesahkan bahawa SPRM sedang menyiasat Taib berhubung dakwaan rasuah balak, manakala Calmy-Rey pula dilaporkan menyedari tentang dakwaan itu dan telah mengemukakan maklumat mengenai aset Taib di Switzerland kepada badan kawal selianya, Finma, untuk siasatan lanjut.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved