Khamis, 23 Jun 2011

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Jamil Khir nafi guna wang zakat bayar yuran peguam

Posted: 23 Jun 2011 02:33 AM PDT

PUTRAJAYA, 23 Jun – Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini menafikan laporan Harakahdaily yang kononnya wang zakat digunakan untuk membiayai yuran guaman beliau dan Ketua Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Ali.

Beliau berkata setiap kementerian mempunyai peruntukan bagi yuran guaman untuk kes-kes tertentu.

"Tidak timbul isu kononnya wang berjumlah RM32,000 yang didakwa wang zakat digunakan untuk membiayai yuran guaman bagi kes Qazaf membabitkan Jawi dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya dipetik Bernama Online.

Semalam, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution mempersoal salah guna wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan sebanyak RM32,000.

Jumlah itu dikatakan dikeluarkan bagi membiayai yuran guaman Jamil Khir dan Che Mat.

Suara Keadilan Online pula melaporkan perkara itu didedahkan sendiri Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim mengakui yuran guaman Jamil Khir dan Che Mat dibayar dengan wang peruntukan berkenaan.

Kedua individu itu sebelum ini diambil tindakan mahkamah kerana tidak memulakan pendakwaan terhadap Saiful Bukhari Mohd Azlan dalam kes qazaf membabitkan kes liwat kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menyifatkannya sebagai pengkhianatan kepada amanah rakyat, Saifuddin berkata, Che Mat Ali yang juga merangkap Setiusaha Jawi telah memohon dan meluluskan sendiri penggunaan wang zakat berkenaan.

Justeru, beliau menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) dan Ketua Audit Negara menyiasat salahguna wang itu kerana individu yang sama memohon dan meluluskan peruntukan wang itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

NIAT terus gesa Putrajaya batal guna Interlok, dakwa rakyat hilang yakin

Posted: 23 Jun 2011 02:23 AM PDT

KUALA LUMPUR, 23 Jun – Pasukan Tindakan Interlok Nasional (NIAT) mengulangi gesaannya agar Putrajaya menarik balik penggunaan novel Interlok sebagai buku teks sastera di sekolah ekoran kemelut yang berpanjangan termasuk isu terbaru penggunaan pelekat khas.

Isu ini muncul semula dengan dakwaan bahawa Kementerian Pelajaran telah memutuskan untuk menggunakan pelekat khas bagi menutup perkataan-perkataan yang sensitif berbanding persetujuan awal agar novel itu dicetak semula.

"Kami di NIAT, bermula dari hari pertama (isu ini) kami telah meminta kerajaan agar menarik balik novel Interlok daripada digunakan dalam sukatan sekolah dan digantikan dengan novel dari zon-zon lain," kata penyelaras media NIAT Barathidasan Saminathan dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Novel Interlok yang kontroversial hanya digunakan di sekolah-sekolah di Zon II iaitu Selangor dan Wilayah Persekutuan.

Zon I yang terdiri daripada Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak menggunakan novel Kembara Amira tulisan Amer Hamzah L. Kadir, Zon III melibatkan Pahang, Terengganu dan Kelantan novel Sutrea Dalam Lukisan karya Abd. Talib Hassan dan Zon IV Johor, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan menggunakan novel Kabus Di Perbukitan tulisan Mohamad Kholid Hamzah.

Barathidasan berkata, pihaknya secara total tidak bersetuju dengan pendirian MIC bahawa novel itu yang kini melibatkan pindaan perlu dicetak semula.

"Mencetak semula edisi yang sama atau guru-guru yang perlu menampal pindaan secara manual tidak boleh diterima," katanya lagi.

Kata Barathidasan, tiga bulan yang lalu Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran bersetuju bahawa pindaan membabitkan 106 perkara yang dilakukan sebelum ia diedarkan semula kepada sekolah.

"Ini bermakna bukan hanya sembilan muka surat, ada lebih banyak lagi sebenarnya.

"Kenyataan kerajaan yang muncul dalam media bercanggah dengan apa yang diputuskan oleh Kementerian Pelajaran sebelum ini. Keadaan ini sudah pasti dan sudah tentu akan menyebabkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan terhakis," kata beliau.

Sehubungan itu kata beliau, NIAT kekal dengan pendiriannya bahawa novel Interlok perlu ditarik balik daripada penggunaan dalam sukatan pelajaran SPM kerana ia akan menjejaskan integrasi kaum dan agama, bertentangan dengan gagasan 1 Malaysia yang dibawa Datuk Seri Najib Razak, bertentangan dengan hak asasi manusia dan mengganggu gugat persefahaman yang sedia terjalin di kalangan kaum Melayu, India dan Cina.

Kelmarin, MIC berkata pihaknya kecewa dengan tindakan menggunakan pelekat – yang wakil panel khas kaum India menyifatkannya sebagai "pelekat ajaib" bagi menutup perkataan-perkataan sensitif dalam buku teks sastera Interlok.

"Apa yang berlaku sekarang adalah sesuatu yang mengecewakan," kata Presiden MIC Datuk G Palanivel.

Justeru, kata Palanivel, jika tiada jaminan bahawa buku teks itu akan diedit dan dicetak semula, MIC akan membuat satu pendirian tegas termasuk meminta agar ia ditarik balik daripada digunakan di sekolah.

Kementerian Pelajaran telah menyerahkan tanggungjawab menyunting dan mencetak semula kepada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan seterusnya dibekalkan untuk kegunaan pelajar tingkatan lima di zon dua.

Isu kontroversi Interlok yang dilihat sudah reda dengan keputusan tiga bulan lalu muncul semula dengan laporan media hari ini bahawa pendekatan pelekat khas akan digunakan untuk menyelesaikan sama sekali perkara tersebut.

Palanivel berkata sememangnya sudah ada persetujuan bahawa novel Interlok akan diedit secara total dan dicetak semula ekoran keputusan yang dicapai berkaitan pindaan tiga bulan lalu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved