Jumaat, 24 Jun 2011

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


MP PKR tunjuk ‘dokumentari’ video seks buktikan Anwar bersih

Posted: 24 Jun 2011 01:04 AM PDT

PETALING JAYA, 24 Jun — Pemimpin PKR Datuk Johari Abdul petang ini mempertahankan ketuanya Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) bahawa beliau bukan si pelaku dalam rakaman video seks yang ditayangkan oleh 'Datuk T' tiga bulan lalu sambil berkata ada "seribu kemungkinan" mengenai identiti individu terbabit.

Menjawab hujah dikemukakan di mahkamah pagi tadi, wakil rakyat itu menunjukkan kepada pemberita satu "dokumentari" video seks buatan sendiri, di mana beliau merupakan "hosnya".

Tengah hari tadi, trio Datuk T menegaskan walaupun dijatuhkan hukuman kerana menayangkan bahan lucah, namun mereka menyifatkan ia "satu kejayaan" apabila dapat menyampaikan kepada rakyat identiti sebenar Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketiga-tiga Datuk T diijatuhkan didenda RM5,500 atas kesalahan menayangkan rakaman video seks yang si pelakunya didakwa mirip Anwar.

Ketika prosiding pagi tadi, kesemua mereka iaitu ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuib Lazim dan ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik mengaku bersalah atas tuduhan yang dibacakan.

Tegas beliau, pihaknya akur dengan keputusan yang dibuat Majistret Aizatul Akmal Maharani sambil menegaskan Anwar adalah pelaku dalam rakaman video seks itu.

"Anwar Ibrahim yang melakukan hipokrasi ini tidak layak untuk menjadi perdana menteri dan kami berharap selepas ini, rakyat dapat menghakimi perkara yang sebenar.

"Tiada lagi kenyataan mirip-mirip Anwar... yang ada hanya Anwar Ibrahim," katanya.

"Ada seribu kemungkinan berkenaan aktor dalam video (ditayangkan oleh Datuk T)... bagi kami, ia bukan Anwar, disebabkan banyak alasan," kata Johari dalam video itu.

Video itu menunjukkan Johari bercakap kepada kamera dengan bahagian belakangnya menghala kepada televisyen skrin mendatar yang mempertontonkan bahagian-bahagian yang sudah diedit dan beberapa segmen video seks asal.

Ketika ditanya sama ada beliau sedar yang beliau boleh dicaj kerana menayangkan bahagian-bahagian tertentu video seks asal, Johari berkata, "saya mengambil tanggungjawab penuh."

'Dokumentari' itu mengetengahkan 'bukti' dalam video yang menunjukkan lelaki dalam video seks itu bukan Anwar, dengan menekankan bahawa hidung individu terbabit berbeza daripada Ketua Pembangkang, keadaan fizikal yang berbeza dan lelaki dalam video mengenakan cermin mata.

"Semua kita tahu bahawa hidung Anwar mendatar... dan juga tidak lagi memakai cermin mata selepas pembedahan laser," kata Johari lagi.

Video terbaru ini menunjukkan Joahri di satu lokasi yang tidak didedahkan, didakwa di Thailand, di mana seorang jurusolek mengenakan solekan pada muka Ahli Parlimen itu untuk beliau kelihatan seakan-akan seniman agung Tan Sri P. Ramlee.

"Datuk Shazryl Eskay Abdullah ada memberitahu bekas pengawal Allahyarham Tan Sri Megat Junid bahawa dia mahu ke Thailand untuk melakukan sesuatu ke atas Anwar.

"Video seks ini datang dari Thailand," kata Johari dalam video dengan memberikan pos di sisi gambar P. Ramlee.

"Malah anda juga boleh kelihatan macam idola," katanya.

Ahli Parlimen Sungai Petani ini menekankan bahawa beliau bertanggungjawab terhadap penerbitan 'dokumentari' itu dan Anwar sendiri belum melihatnya lagi.

Johari berkata beliau mengambil masa kira-kira 34 hari untuk menghasilkan video itu dan melakukan sendiri segala "penyelidikan."

Kata beliau, 'dokumentari' itu dimuat naik ke dalam Youtube dalam waktu terdekat dan akan diedarkan ketika majlis ceramah kemudian.

"Ya, video ini akan diedarkan... tolong buat salinan. Kami berhutang kepada orang ramai satu penjelasan mengenai kebenaran (isu) ini," kata beliau lagi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Karikatur: PAS buat demo, gesa KDN gantung permit Utusan

Posted: 24 Jun 2011 12:41 AM PDT

KUALA LUMPUR, 24 Jun — PAS mengadakan demonstrasi di bandar-bandar utama hari ini sambil menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil tindakan tegas terhadap Utusan Malaysia berhubung penyiaran karikatur yang didakwa menghina agama Islam.

Selain itu, parti Islam itu juga mahu polis dan jabatan agama menyiasat karikatur yang disiarkan pada 15 Jun lalu.

Hari ini, demonstrasi diadakan di beberapa negeri termasuk Perak, Pulau Pinang, Melaka dan Terengganu ekoran keengganan Utusan Malaysia memohon maaf secara terbuka kerana menyiarkan karikatur itu.

Demonstrasi anjuran PAS di pekarangan Masjid Jamek, Kampung Baru, Kuala Lumpur membantah karikatur terbitan Utusan Malaysia. — Foto oleh Choo Choy May

"Kita sudah hantar memorandum supaya Utusan Malaysia meminta maaf tapi sehingga hari ini mereka tidak berbuat demikian... kita tidak boleh membiarkan akhbar yang menghina Islam.

"Sekali lagi kami mahu Utusan Malaysia meminta maaf kepada seluruh umat Islam, kita juga mahu polis, jabatan agama menyiasat kartunis dan editor-editor yang menghina Islam ini," kata Ketua Penerangan PAS Wilayah Persekutuan Nasaie Ismail ketika menyampaikan ucapan di pekarangan Masjid Jamek, Kampung Baru di sini selepas solat Jumaat.

Minggu lalu Dewan Pemuda PAS pusat memberi tempoh tujuh hari kepada Utusan Malaysia agar memohon maaf bermula dari tarikh karikatur itu disiarkan.

Selain itu, Dewan Pemuda PAS pusat juga mahu Utusan Malaysia mengambil tindakan ke atas pelukis karikatur itu yang hanya dikenali sebagai "Miki".

Utusan Malaysia telah menyiarkan karikatur bertajuk "Kekeliruan Kes Rogol" dan ia menurut Persatuan Ulama Malaysia (PUM) dan Dewan Pemuda PAS Kelantan menghina Islam.

Dalam demonstrasi aman yang disertai kira-kira 50 orang turut melaungkan slogan "Utusan Hina Islam", "Hancur Utusan Malaysia", Boikot Utusan Malaysa", "Hidup Umat Islam", "Jangan Hina Ajaran Islam" dan "Batalkan Permit Utusan Malaysia."

Peserta demonstrasi itu juga membakar Utusan Malaysia sebagai simbolik membantah tindakan akhbar milik Umno.

Sementara itu Timbalan Pesuruhjaya III PAS Wilayah Persekutuan Ahmad Sabki Yusof berkata KDN perlu mengambil tindakan segera dengan menggantung permit Utusan Malaysia.

"Ini menunjukkan satu kebiadapan mereka yang menghina Islam dan menghina ajaran Islam... mereka telah lakukan kesalahan besar kepada umat Islam.

"KDN perlu mengambil tindakan segera, kami gesa KDN menggantung permit Utusan Malaysia... kami juga mahu pihak berkuasa segera mengambil tindakan tegas ke atas akhbar itu yang jelas menghina Islam," katanya.

Pagi tadi, Dewan Muslimat PAS pusat telah membuat aduan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan menggesa agensi itu melakukan siasatan ke atas Utusan Malaysia.

Sayap PAS itu juga mahu Jawi menyiasat pembabitan biro politik Umno dalam pengeluaran dan penerbitan karikatur tersebut.

Sementara itu di Melaka, kira-kira 100 orang telah berkumpul di hadapan Masjid Bukit Katil bagi membantah dan mengecam penyiaran karikatur tersebut.

Menurut Pesuruhjaya PAS Melaka Adly Zahari, pihak kesal dengan tindakan dengan akhbar berbahasa Malaysia itu sambil menyifatkan "ia boleh diselesaikan" jika memohon maaf.

"Demonstrasi ini dianjurkan Pemuda PAS dalam isu karikatur yang disiarkan dalam Utusan Malaysia yang menghina hukum Islam, kita kecewa dengan sikap Utusan Malaysia dan sikap yang ditonjolkan mereka yang mengelirukan umat Islam, menghina hukum Islam, menghina institusi agama dan menggambarkan undang-undang Islam tidak mampu membela nasib mangsa rogol.

"Jadi dalam perkara ini KDN perlu mengambil tindakan tegas, Utusan Malaysia juga kalau sudah melakukan kesilapan mohon maaf sahaja, ia boleh diselesaikan," katanya kepada The Malaysian Insider.

Di Perak pula, Pesuruhjaya PAS negeri Abu Bakar Hussain telah mengetuai demonstrasi aman yang diadakan di Masjid Negeri, Ipoh.

Menurut Exco Pemuda PAS Perak Hafiz Sabri, pihaknya mencadangkan agar kerajaan membentuk satu panel penilai untuk memantau laporan dan karikatur yang disiarkan di media arus perdana.

"Pada demonstrasi tadi, kira-kira 300 orang telah berkumpul untuk menyatakan pendirian kami membantah karikatur yang disiarkan Utusan Malaysia pada 15 Jun lalu dan kami mahu Utusan Malaysia memohon maaf.

"Kami juga mahu agar rakyat memboikot Utusan Malaysia selain mahu KDN mengambil tindakan tegas," katanya.

Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang Afnan Hamimi Taib Azamudin berkata pihaknya menganjurkan demonstrasi di tiga buah masjid di negeri itu iaitu Masjid Jamek Permatang Janggus, Permatang Pauh, Masjid Jamek Hashim Yahya, Jelutong dan Masjid Kampung Padang Lalang di Bukit Mertajam.

"Hari ini kita telah mengadakan demonstrasi bantahan terhadap Utusan Malaysia di tiga masjid kerana tindakan Utusan Malaysia yang sehingga kini masih tidak memberikan sebarang respons terhadap memorandum bantahan yang kita hantar minggu lalu.

"Kami menyifatkan Utusan Malaysia tidak sensitif apabila bertindak berdiam diri dalam perkara ini dan kita mahu KDN mengambil tindakan tegas terhadap Utusan Malaysia," katanya.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved