Ahad, 26 Jun 2011

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Presiden PSM: Guna Seksyen 122 bukti tadbiran Najib makin terdesak

Posted: 26 Jun 2011 02:59 AM PDT

KUALA LUMPUR, 26 Jun — Pihak berkuasa akan menggunakan apa sahaja ruang dan segala bentuk undang-undang untuk menyekat perhimpunan aman Bersih 2.0 termasuk menggunakan nama Yang di-Pertuan Agong, kata Presiden Parti Sosialis Malaysia (PSM), Dr Nasir Hashim.

Menurut Nasir (gambar), senario seperti itu memang berlaku di Malaysia apabila suara rakyat mengatasi suara kerajaan.

Adun Kota Damasara berkata, penahanan 30 anggota parti itu yang disiasat di bawah Seksyen 122 Kanun Keseksaan kerana didakwa melakukan kesalahan jenayah memerangi Yang di-Pertuan Agong, jelas membuktikan usaha terdesak pemerintah untuk menghalang rakyat menyuarakan hak mereka.

"Dalam hal ini senang sahaja. Kalau kerajaan beri arahan, kita tidak ikut, dan Agong restu ikut Perlembagaan seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri atau apa sahaja.

"Jadi mereka boleh katakan begitu. Semua undang-undang, kalau anda pertikai, mereka boleh kata anda melanggar perintah Yang di-Pertuan Agong," kata beliau dipetik TV Selangor.

Menurut Nasir, beliau menjangkakan keadaan akan menjadi lebih tegang dan tidak mustahil provokasi polis akan menjadi lebih keras demi menakutkan rakyat dari menyertai himpunan aman ini.

Bagaimanapun katanya, apa jua cara yang digunakan kerajaan, ia tidak akan mampu menghalang kuasa dan kehendak rakyat yang mahukan sebuah pilihan raya adil dan bersih dilaksanakan di negara ini.

"Memang cukup terdesak mereka ini. Tak makan akal. Tapi ini yang mereka lakukan sekarang ini. Kita jangkakan akan ada perkara yang lebih teruk akan berlaku tetapi rakyat mereka tidak dapat lawan," kata beliau.

Tindakan menahan 30 aktivis PSM termasuk Ahli Parlimen Sungai Siput Dr Michael Jayakumar Devaraj dan dihadapkan di Mahkamah Majistret petang ini adalah yang terbaru sejak kelmarin.

Mereka akan disiasat di bawah Seksyen 122 Kanun Keseksaan kerana dikatakan melakukan kesalahan jenayah memerangi Yang di-Pertuan Agong.

Kesemuanya aktivis PSM ini ditahan semalam di plaza Tol Sungai Dua ketika dalam perjalanan untuk menghadiri satu majlis berkaitan Bersih 2.0 di Pulau Pinang.

Kelmarin, beberapa anggota Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan PAS juga turut ditahan kerana memakai pakaian berwarna kuning di beberapa tempat seperti Kapar dan Ampang.

Sementara itu, laporan Bernama Online Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, siasatan polis mendapati sekumpulan aktivis PSM yang ditahan di Plaza Tol Sungai Dua di sini petang semalam cuba menghidupkan semula fahaman komunis.

Abdul Rahim berkata, ini berdasarkan pelbagai barangan yang dirampas polis daripada aktivis berkenaan mempunyai kaitan dengan fahaman Parti Komunis Malaya (PKM).

"Antaranya risalah dan kemeja-T yang tertulis nama Chin Peng, Rashid Maidin dan Suriani Abdullah, semua mereka ini mempunyai kaitan dengan PKM," katanya di George Town.

Abdul Rahim berkata, mereka dilihat cuba menghidupkan balik fahaman komunis dengan menyebarkan risalah berkenaan kepada rakyat di beberapa kawasan di Pulau Pinang.

"Polis terpaksa menahan semua mereka kerana membawa unsur menghasut rakyat untuk membenci kerajaan dan ini adalah sesuatu yang serius serta boleh mengancam keselamatan negara," katanya.

Kumpulan berkenaan yang menaiki sebuah bas persiaran dipercayai dalam rangka kempen mengedarkan risalah berkaitan perhimpunan haram yang dijadualkan 9 Julai ini.

Kempen PSM bertemakan "Udahlah tu... Bersaralah" itu dikatakan tertumpu ke bandar kecil di Semenanjung Malaysia sejak 24 Jun lalu.

Semalam 14 wanita dan 17 lelaki yang ditahan itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) di sini untuk dirakam percakapan.

Abdul Rahim berkata, seorang daripada aktivis berkenaan dibebaskan kerana masih di bawah umur manakala 30 yang lain kini direman bagi membantu siasatan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiga pelajar maut, tiga parah kereta-lori ais tembung

Posted: 26 Jun 2011 02:53 AM PDT

PASIR MAS, 26 Jun — Tiga maut manakala tiga lagi cedera parah apabila sebuah kenderaan bertembung dengan sebuah lori ais di Jalan Kota Baharu-Pasir Mas, dekat sini, Sabtu malam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 malam itu, tiga yang maut merupakan pelajar Kolej Islam Sains dan Teknologi (KIST), sementara tiga lagi yang parah ialah seorang lagi pelajar kolej berkenaan dan pemandu berserta kelindan lori ais itu.

Laporan Bernama Online menyebut, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Darulnaim, Mohd Nasir Mamat berkata yang maut dikenali sebagai Saiful Jawahil Razali, 19, yang merupakan pemandu kenderaan; Mohd Alif Mohd Suhaimi, 19; dan Sheikh Mohd Farhan, 19.

"Saiful dan Mohd Alif berasal dari Tanah Merah manakala Sheikh Mohd Farhan dari Georgetown, Pulau Pinang.

Mangsa yang cedera parah ialah pelajar KIST, Azmi Ariffin, 19; pemandu lori, Zabri Husin, 29; dan kelindannya Mohd Azeri Mat Nawi, 24, katanya.

Beliau berkata, menurut seorang saksi yang enggan mendedahkan identitinya, kemalangan itu berlaku apabila kenderaan Proton Iswara yang dinaiki empat pelajar KIST itu cuba memotong sebuah lori sebelum hilang kawalan lalu bertembung dengan sebuah lori ais dari arah bertentangan.

Mohd Nasir berkata dua jentera bersama sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Mas dan Kota Baharu terlibat dalam operasi mengeluarkan kesemua mangsa yang tersepit.

Kesemua mangsa yang maut dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di Kota Baharu untuk dibedah siasat.

Pelajar KIST yang cedera parah kini dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, manakala pemandu dan kelindan lori kini dirawat di HRPZ II.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved