The Malaysian Insider :: Bahasa |
Lawatan rasmi: Najib, Muhyiddin belanja RM25 juta sejak 2008 Posted: 27 Jun 2011 02:03 AM PDT KUALA LUMPUR, 27 Jun – Jabatan Perdana Menteri mendedahkan Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan pasangan mereka telah menghabiskan RM25.1 juta bagi tujuan lawatan rasmi ke luar negara sejak 2008 hingga Jun tahun ini. Dalam jawapan bertulis kepada Chua Tian Chang (PKR-Batu), daripada jumlah itu Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor menggunakan RM17,118,650.58 manakala Muhyiddin dan isterinya Puan Sri Norainee Abdul Rahman pula RM8,020,328.07. Chua telah meminta perdana menteri agar menyenaraikan jumlah kos lawatan rasmi beliau dan timbalannya mengikut tarikh, lokasi dan tujuan dari 2008 hingga 2011. Malah, beliau juga bertanya butiran perbelanjaan Rosmah sepanjang tempoh itu. Najib, yang merupakan timbalan perdana menteri pada 2008, menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi pada April 2009. Menurut respons Jabatan Perdana Menteri yang diperoleh hari ini, Najib dan Rosmah telah membelanjakan RM1.7 juta pada 2008, RM4.8 juta (2009), RM5.1 juta (2010) dan RM5.4 juta sehingga Jun tahun ini. Dalam pada itu, Muhyiddin dan Norainee telah membelanjakan RM2.7 juta pada 2008, RM609,185 (2009), RM1.38 juta (2010) dan RM3.27 juta sehingga Jun tahun ini. "Jabatan Perdana Menteri tidak menyediakan sebarang peruntukan khas bagi perbelanjaan isteri perdana menteri. Jabatan hanya membiayai perbelanjaan Jabatan Perdana Menteri," kata respons itu. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Ambiga: Himpunan Bersih 9 Julai diteruskan Posted: 27 Jun 2011 01:50 AM PDT
Bekas presiden Majlis Peguam itu (gambar) berkata pihaknya juga tidak akan memohon permit polis untuk mengadakan perhimpunan dan perarakan memandangkan Menteri Dalam Negeri dan polis berpendirian tegas bahawa tidak akan memberi kelulusan bagi tujuan itu. Ambiga juga mengecam pihak berkuasa kerana menahan anggota masyarakat madani yang berkempen menuntut pembaharuan sistem pilihan raya. "Daripada mengugut mereka, libatkan sama kami," kata beliau. Ambiga juga menyifatkan tindakan polis menahan aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) kelmarin sebagai mengarut sambil mengecam tindakan pelbagai pihak yang cuba mengaitkan kumpulan politik kecil yang menyokong Bersih sebagai komunis. "Saya tidak tahu apa yang berlaku... siapa yang bercakap mengenai komunis pada hari masa sekarang dan zaman ini?" katanya lagi. "Sesiapa yang hendak menyokong Bersih, terserah kepada mereka. Terpulang kepada rakyat," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from The Malaysian Insider :: Bahasa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan