Selasa, 28 Jun 2011

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


NIEI: Tangkapan penuntut Korea tiada kaitan dengan Bersih 2.0

Posted: 28 Jun 2011 01:57 AM PDT

KUALA LUMPUR, 28 Jun – Institut Kebangsaan Integriti Pilihan Raya (NIEI) menafikan tangkapan warga Korea, Song Min Young oleh polis semalam ada kaitan dengan Himpunan Bersih 2.0, sebaliknya berada di tempatb kejadian kerana urusan kajian akademik.

Setiausaha Agung NIEI Amin Iskandar berkata, Song, 24, merupakan seorang penuntut Universiti Chonnam, Korea Selatan dan berada di negara ini bagi membuat penyelidikan mengenai pilihan raya.

"Song Min Young merupakan pelajar universiti. Beliau datang ke sini kerana terlibat dengan kerja sukarelawan yang mana beliau membantu NIEI untuk membuat kerja-kerja penyelidikan dan bukan sebahagian daripada Bersih 2.0," kata beliau pada sidang media di pekaranagn Balai Polis Bukit Jalil selepas melawat Song.

Jelasnya, penglibatan Song dalam siri jelajah Bersih 2.0 termasuk di Johor hujung minggu lalu adalah atas arahan NIEI dan sebahagian daripada tuntutan penyelidikannya.

Katanya, penyelidikan yang dilakukan Song menjurus pada soal pilihan raya di Malaysia – perbezaan antara Malaysia dan Korea Selatan.

"Semasa Song ditangkap di Johor, dia telah dibebaskan keesokkan harinya. Tetapi semalam, dia ditangkap semula di Bangsar kerana pihak polis mendakwa Song memiliki dokumen perjalanan diri (pasport) palsu dan ditahan di bawah Akta Imigresen," katanya.

Beliau berkata, pihaknya kini sedang menunggu keputusan Kedutaan Korea untuk mengetahui sama ada pasport dimiliki Song palsu atau sebaliknya.

"Saya harap keputusan dari kedutaan akan keluar secepat mungkin kerana jika pasport itu tidak palsu, Song akan dibebaskan dan akan dihantar pulang ke Korea," katanya.

Dalam pada itu, Amin juga menyelar kenyataan laporan Utusan Malaysia sebelum ini yang mendakwa National Democratic Institute (NDI) merupakan salah sebuah organisasi di bawah National Endowment of Democracy (NED).

Katanya, NDI sememangnya tidak ada kaitan dengan NED dan segala maklumat yang dilaporkan adalah salah.

"Saya meminta agar pihak Utusan Malaysia membuat permohonan maaf secara terbuka kerana maklumat yang mereka laporkan itu salah. Jika mereka tidak minta maaf. Dengan nasihat dari peguam, jika perlu kita akan saman mereka (Utusan Malaysia)," katanya.

Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan Song yang memasuki Malaysia 19 Mac lalu hadir atas tajaan NDI yang berpangkalan di Amerika Syarikat.

Akhbar itu turut mendakwa NED yang dinaungi bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Madeline Albright juga merupakan sekutu Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika zaman reformasi.

Selain itu, Utusan turut mendakwa,  warga asing itu memasuki negara ini atas pembiayaan pertubuhan bukan kerajaan asing, yang berpangkalan di luar negara bagi memastikan Malaysia huru-hara.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tunjuk bukti saya minta RM1 juta, Johari cabar trio Datuk T

Posted: 28 Jun 2011 12:40 AM PDT

KUALA LUMPUR, 28 Jun — Datuk Johari Abdul menuntut trio Datuk T menunjukkan bukti bahawa beliau pernah meminta 'ganjaran' RM1 juta sebagai bayaran untuk meninggalkan PKR selepas menonton rakaman video seks yang didakwa mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim Mac lalu.

Justeru wakil rakyat dari Kedah ini mempertahankan beliau tidak pernah meminta sejumlah wang itu dan apa yang dikatakan trio Datuk T adalah tidak berasas sama sekali.

Ahli Parlimen Sungai Petani itu (gambar) memberitahu beliau telah memberitahu ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari Perkasa Datuk Shuaib Abdul Lazim bahawa si pelaku dalam rakaman didedahkan 21 Mac lalu bukan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Satu klip video terbaru muncul di Internet hari ini menyerang kewibawaan Johari dengan mendakwa beliau ada meminta RM1 juta untuk dirinya dan juga lima Ahli Parlimen lain jika mahu mereka keluar PKR.

"Buktikan saya mengambil duit, di akaun bank yang mana? Adakah ia (dibayar) secara tunai atau cek? Saya tidak boleh menyimpan jumlah yang banyak itu di rumah.

"Saya tidak pernah menerima apa-apa atau saya pernah ditawar untuk meninggalkan parti untuk bayaran... saya tidak memerlukan wang," kata Johari kepada The Malaysian Insider.

Kata beliau, trio Datuk T boleh mengatakan apa yang mereka mahukan.

"Tidak sesiapa pun yang boleh memberi keterangan apa yang saya kata di bilik (hotel) pada hari itu... saya tidak mahu membuang masa (dengan mereka," kata Johari lagi.

Sejurus selepas rakaman video seks ditayangkan kepada pemberita pada 21 Mac lalu, trio Datuk iaitu ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari Perkasa Datuk Shuaib Lazim, Johari mendedahkan beliau menonton video itu bersama mereka di sebuah hotel di sini.

Wakil rakyat itu berulang kali menafikan bahawa beliau ada bersetuju yang lelaki dalam video seks itu ialah Anwar.

Bagaimanapun satu video yang disiarkan oleh blogger pro-Umno blogger "Papagomo" (http://www.papagomo.com) hari ini mendakwa sebaliknya.

Video yang panjangnya 1.59 minit itu, bersama dengan tulisan blog memetik Shazryl mendakwa Ahli Parlimen Sungai Petani itu yakin yang Anwar adalah lelaki dalam klip video itu dan Johari minta RM1 juta bagi diri beliau dan RM1 juta bagi setiap lima Ahli Parlimen yang bersedia untuk meninggalkan PKR selepas menonton video berkenaan.

Klip video itu tiada bukti yang dapat menunjukkan bahawa beliau ada meminta wang dalam jumlah itu.

Johari dilihat memasuki sebuah bilik hotel dengan diiringi trio Datuk T dan kemudian duduk di depan televisyen.

Satu kamera terselindung dilihat diletakkan di depan televisyen, oleh itu memberi gambaran mengenai reaksi Johari. dan suara trio Datuk T.

Berbanding naratif-naratif Johari sebelum ini tentang apa yang berlaku pada hari video itu ditonton, MP PKR itu kelihatan gelak ketawa dan mesra bersama ketiga-tiga Datuk T, dan berjenaka beberapa minit sebelum video seks ditayangkan.

"Sudah pasti saya mesra dengan mereka. Saya kena mereka secara peribadi. Shuaib pak cik saya, Rahim bekas anggota Majlis Tertinggi Umno dan Eskay dari Sungai Petani... saya tidak tahu pada hari itu mereka hendak menunjukkan video seks kepada saya.

"Saya menghormati pak cik saya, meskipun saya tidak setuju dengan apa yang dia lakukan. Jika saya bertemu Shuaib lagi, saya cium tangan dia, dia lebih tua daripada saya," kata pemimpin PKR ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved