The Malaysian Insider :: Bahasa |
PAS kecam Pemuda Umno, Himpunan Bersih 2.0 bukan subversif Posted: 30 Jun 2011 02:44 AM PDT
"Saya selaku Ketua Dewan Pemuda PAS mencabar Pemuda Umno khususnya Reezal Merican untuk membuktikan apakah peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang mengharamkan rakyat berhimpun secara aman dan tanpa senjata? "Sedangkan saya mahu Reezal Merican melihat apakah tindakan provokasi ratusan Pemuda Umno Malaysia yang berhimpun untuk mengecam dan mencabar untuk membakar bangunan Parti Keadilan Rakyat beberapa malam yang lalu adalah perbuatan sopan dan baik?" kata Nasrudin Hasan dalam satu kenyataan hari ini. Nasrudin menambah, "adakah Reezal Merican sedar bahawa Perkasa yang melancarkan Gerak Aman dan Pahlawan Keamanan sambil melontarkan beberapa kenyataan berbaur pertembungan fizikal bukan sesuatu yang mengancam keamanan negara?" Reezal Merican dipetik berkata oleh akhbar harian tempatan hari ini bahawa komponen Pakatan Rakyat itu dan Bersih menjalankan kenyataan subversif dan anarki. Malah, soal beliau, adakah Reezal Merican tahu terdapat pertubuhan silat di negara ini yang bersedia untuk menghalang peserta himpunan aman Bersih 2.0 pada 9 Julai dengan tanpa jaminan bahawa anak-anak buah pertubuhan silat itu akan melakukan tindak balas yang agresif. "Sejak Sekretariat Bersih 2.0 mengumumkan Himpunan Aman Bersih 2.0, tidak ada satu pun kenyataan kami yang menggambarkan akan berlaku kekacauan dan huru hara pada hari tersebut," kata beliau lagi. Bagaimanapun kata beliau, "sebenarnya, reaksi emosional Umno termasuk rangkaian dan media miliknya yang cuba menanamkan rasa takut kepada jiwa rakyat sehingga pelbagai ancaman dilemparkan penganjur Bersih." "Siapakah sebenarnya yang cuba bersikap subversif?" katanya. Oleh itu kata Nasrudin belia tetap menyeru kepada rakyat khususnya anak muda yang cintakan keadilan di Malaysia dan menginginkan kehidupan yang lebih baik di negara ini agar dapat turun menyatakan sokongan tanpa rasa takut kerana perhimpunan ini dijamin di sisi Perlembagaan Persekutuan dan ia akan dilakukan secara aman tanpa sebarang perancangan dan agenda sulit. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
PM: Himpunan Bersih 2.0 tidak pengaruh tarikh PRU-13 Posted: 30 Jun 2011 02:29 AM PDT
"(Persoalan) pilihan raya, bila akan diadakan tidak tertakluk kepada (tuntutan penganjur perhimpunan) Bersih," katanya dipetik Bernama Online. Bercakap pada sidang media di sini hari ini, Perdana Menteri (gambar) berkata sebenarnya perhimpunan itu bermotif politik dan tuntutan itu boleh diselesaikan tanpa mengheret rakyat untuk menyertai demonstrasi jalanan yang boleh menggugat ketenteraman awam. Katanya tuntutan yang dikemukakan sepatutnya boleh dikemukakan untuk dipertimbangkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Penganjur Himpunan Bersih 2.0 antara lain menyenaraikan tuntutan pembersihan senarai undi, mereformasi undi pos, penggunaan dakwat kekal dan pengukuhan institusi awam. Perdana Menteri berkata usaha untuk memperkenalkan sistem biometrik sedang dilakukan bagi menolak dakwaan tentang kewujudan pengundi hantu sementara rakyat perlu diberikan penjelasan sepenuhnya tentang proses undi pos yang sebenarnya turut disaksikan sendiri oleh wakil-wakil daripada parti pembangkang. Najib menyifatkan rancangan mengadakan Himpunan Bersih 2.0 itu sebenarnya bertujuan mengalih tumpuan rakyat terutama momentum sokongan rakyat terhadap usaha transformasi oleh kerajaan Barisan Nasional. "Mereka melihat satu dua hari ini momentum (sokongan) semakin meningkat kepada Barisan Nasional. Mereka nak buat (seolah-olah) Barisan Nasional kurang mendapat sokongan rakyat dengan menuduh kita sebagai kerajaan zalim dan kuku besi," katanya. Beliau turut mempersoalkan sikap kumpulan penganjur perhimpunan ini yang berdiam diri apabila pembangkang berjaya memenangi beberapa pilihan raya kecil dan menawan empat buah negeri dalam pilihan raya umum ke-12 sebelum ini. Katanya, kerajaan telah diberi mandat oleh rakyat untuk memastikan keselamatan dan ketenteraman di negara ini terjamin dan mengambil sebarang tindakan perlu untuk mengekang sebarang kegiatan yang boleh membawa kepada keadaan huru-hara. Najib berkata tindakan mengadakan demonstrasi jalanan ini merupakan 'psikologi rusuhan' yang bertujuan merangsang pengikutnya bertindak ganas dan tindakan ini tidak boleh dibenarkan berlaku di negara ini. "Perkara ini tidak boleh dipandang ringan kerana sekiranya dibenarkan, ia sukar dikawal dan menjejaskan rakyat," katanya. Pengerusi BN ini menambah, sebarang keputusan sama ada untuk menguatkuasakan undang-undang darurat bagi mengekang kegiatan ini terserah kepada budi-bicara polis. Katanya sebarang tindakan yang diambil terhadap kumpulan ini akan dilakukan dengan mengutamakan kepentingan dan ketenteraman rakyat. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from The Malaysian Insider :: Bahasa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan