The Malaysian Insider :: Bahasa |
Najib sedia temu Bersih bincang lokasi stadium himpunan 9 Julai Posted: 05 Jul 2011 03:01 AM PDT PUTRAJAYA, 5 Julai — Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan bersedia untuk mengadakan pertemuan dengan Bersih 2.0 bagi membincangkan lokasi yang sesuai — sebuah stadium — bagi perhimpunan Sabtu ini tetapi menegaskan tawaran itu adalah bersyarat. "Mereka mesti pergi dengan aman dan meninggalkan (lokasi) dengan aman. "Jika ada kejadian yang tidak diingini, penganjur akan dipertanggungjawabkan," kata beliau (gambar). Najib bercakap pada sidang media di pejabatnya, yang diadakan untuk menjawab perkembangan terbaru berkaitan dengan isu Himpunan Bersih. Bagaimanapun Najib enggan menyatakan sama ada beliau ada menghadap Yang di-Pertuan Agong pagi ini meskipun wujud spekulasi sedemikian, tetapi mengucapkan terima kasih kepada Seri Paduka Baginda atas campur tangan. "Bila saya jumpa Agong adalah hak saya dan sebagai perdana menteri, saya ketua penasihat kepada Agong," katanya. Najib berkata disebabkan campur tangan Agong kesemua tiga penganjur perhimpunan telah memutuskan untuk membatalkan perhimpunan jalanan mereka. "Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada kesemua pihak yang memutuskan untuk akur dengan kehendak baginda dan dengan ini tidak akan ada demonstrasi jalanan pada 9 Julai," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Polis temui senjata didakwa ada kaitan himpunan Bersih Posted: 05 Jul 2011 01:12 AM PDT Pegawai polis menunjukkan beberapa senjata dipercayai untuk digunakan ketika Himpunan Bersih Sabtu ini.
Antara senjata itu ialah tiga parang, lapan Molotov koktail, 41 mercun, lapan topeng perlindungan pernafasan dan kemeja-T. Polis menemui barang-barang itu kira-kira 6.30 pagi semalam. MENYUSUL LAGI Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from The Malaysian Insider :: Bahasa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan