The Malaysian Insider :: Bahasa |
Himpunan Bersih Sabtu tertakluk pada kelulusan permit, kata polis Posted: 06 Jul 2011 03:16 AM PDT
Bercakap pada sidang media di Bukit Aman di sini petang ini, Khalid berkata sehingga kini sekretariat Bersih 2.0 belum memaklumkan ataupun memberitahu pihak polis tentang rancangan perhimpunan mereka meskpin pentadbiran Najib bersedia untuk menyediakan stadium. "Tiada panggilan daripada mereka, tiada maklumat," kata beliau. Semalam, sekretariat Bersih 2.0 membatalkan perhimpunan di jalanan sebaliknya sanggup menerima tawaran agar ia diadakan di stadium. Apabila ditanya bahawa Bersih 2.0 sudah pun mendapat lampu hijau daripada kerajaan untuk mengadakan perhimpunan di stadium, Khalid berkata: "... (Pengerusi Bersih 2.0) Datuk Ambiga, bekas presiden Majlis Peguam. Beliau harus tahu undang-undang." Bagaimanapun beliau memberi jaminan bahawa urusan memproses permohonan permit akan dipercepatkan dengan mengambil kira keadaan semasa. "Kami akan mengutamakan permohonan mereka. Lazimnya, permit perlu dipohon sekurang-kurangnya seminggu sebelum majlis. Jadi, mengapa kami memberikan keutamaan? Sebab, kerajaan sudah pun membenarkan mereka mengadakan perhimpunan di stadium, kami akan bekerjasama dan kami akan," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Pakatan sokong himpunan Bersih di stadium, jangka 300,000 hadir Posted: 06 Jul 2011 02:34 AM PDT Oleh Melissa Chi dan Lisa J. Ariffin
"Pakatan Rakyat menyokong Bersih mengadakan perhimpunan mereka di Stadium Merdeka meskipun dalam laporan terakhir, perdana menteri khususnya menteri dalam negeri membuat pusingan dengan memberi pelbagai alasan tidak membolehkan stadium digunakan," kata Ketua Umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) kepada pemberita selepas mesyuarat Majlis Pimpinan PR di sini hari ini. Mengikut perkembangan setakat awal petang ini, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein menegaskan Bersih 2.0 masih kekal sebagai sebuah pertubuhan haram manakala pengurusan Stadium Merdeka pula memberikan pelbagai alasan dalam meluluskan permohonan tempahan lokasi itu. Kepimpinan Bersih 2.0 yang menghadap Yang di-Pertuan Agong semalam memutuskan untuk membatalkan perhimpunan jalanan, sebaliknya menerima tawaran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar ia diadakan di dalam stadium. MENYUSUL LAGI |
You are subscribed to email updates from The Malaysian Insider :: Bahasa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan