The Malaysian Insider :: Bahasa |
Ambiga, Ibrahim Ali dan Khairy antara 91 dilarang masuk KL Sabtu ini Posted: 07 Jul 2011 01:42 AM PDT Ambiga coming out of Bukit Aman speaking to reporters. — Picture by Jack Ooi Selain itu, perintah juga diperoleh untuk menutup sebanyak jalan yang mungkin — langkah yang dillihat akan melumpuhkan usaha mengadakan perhimpunan pada hari berkenaan. Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh berkata orang ramai "sangat tidak digalakkan" ke ibu negara Sabtu ini. Antara nama disenaraikan ialah Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasen, Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dan anggota jawatankuasa pemandu Bersih Maria Chin Abdullah. Amar berkata individu berkenaan telah diserahkan perintah itu hari ini. Seramai 66 orang adalah dari Bersih, 14 melibatkan Perkasa dan 11 dari Pemuda Umno. MENYUSUL LAGI Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
IGP: Polis minta Bersih adakan himpunan di luar KL Posted: 07 Jul 2011 01:07 AM PDT
Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar (gambar, depan) berkata langkah ini perlu demi kepentingan orang ramai yang tidak terlibat dalam pergerakan tuntutan pembaharuan pilihan raya. "Saya mengesyorkan mereka agar mengadakan di luar Kuala Lumpur. Jangan menyebabkan kesesakan di Stadium Merdeka yang dekat dengan pusat bandar raya dan menyebabkan gangguan," kata beliau selepas mengadakan pertemuan dengan wakil Bersih 2.0 termasuk ketuanya Datuk Ambiga Sreenevasan petang ini. Bagaimanapun Ambiga memberitahu pemberita bahawa Bersih 2.0 akan meneruskan usaha mereka memohon kebenaran untuk menggunakan Stadium Merdeka. "Dia degil," kata Ismail apabila ditanya mengenai pendirian tegas Ambiga. Ismail juga menolak tanggapan bahawa Stadium Merdeka merupakan lokasi yang paling stadium atas alasan ia mudah dihubungkan dengan pengangkutan awam. "Ia (alasan) itu tidak munasabah," katanya. "Mengapa perlu ambil risiki dengan di kawasan yang berisiko sedangkan anda boleh mendapatkan tempat yang lebih selesa di kawasan lain," katanya. Menurut Ismail, lokasi bukan tempat, tetapi mesej yang hendak disampaikan."Meskipun mereka mengadakan di Stadium Darul Aman (di Kedah), orang ramai akan menerima mesej (yang hendak disampaikan)," katanya lagi. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from The Malaysian Insider :: Bahasa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan