The Malaysian Insider :: Bahasa |
KDN: Tiada keperluan guna tentera, Internet tidak dihalang Posted: 08 Jul 2011 03:13 AM PDT
"Kita tidak tahu apa yang akan berlaku esok atau sehari selepas itu. Tetapi di bawah undang-undang ada peruntukan. "Buat masa sekarang, kami merasakan polis sudah cukup dan tidak ada keperluan untuk gunakan khidmat tentera," katanya. Menteri Dalam Negeri (gambar) itu berkata kepada pemberita di Bukit Aman bahawa Putrajaya perlu bertindak terhadap perhimpunan esok yang dijangka akan turut disertai Pemuda Umno sementara Perkasa telah membatalkan niat untuk berhimpun. Bersih, gabungan 62 pertubuhan bukan kerajaan (NGO), memutuskan untuk mengadakan perhimpunan di Stadium Merdeka esok dengan menegaskan sudah terlalu lewat untuk mengubah rancangan mereka. Gerakan itu juga menuntut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang mencadangkan kepada Bersih 2.0 mengadakan perhimpunan di stadium dengan menegaskan Stadium Merdeka perlu diberikan kepada gabungan itu. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Ambiga derhaka titah Agong, dakwa Perkasa Posted: 08 Jul 2011 03:06 AM PDT
"Saya kesal dan dukacita Ambiga selaku Pengerusi Bersih 2.0 yang menghadap Yang di-Pertuan Agong dan sampai peringkat Agong bertitah, namun masih mahu buat di stadium. "Bersih 2.0 boleh buat di Stadium Melawati, boleh buat perarakan di Jambatan Pulau Pinang... kenapa tak buat di sana? Apa tujuan dia (nak buat di Stadium Merdeka)? Nak tunjuk kepada dunia? Kenapa nak buat di Stadium Merdeka, ini jelas Ambiga tidak hormat dan taat kepada Agong, beliau penderhaka," katanya pada sidang media di sini. Kata Ibrahim (gambar), Ambiga tidak menggunakan peluang menemui Yang di-Pertuan Agong sebaliknya membelakangkan titah baginda. "Semalam kita menghadap Yang di-Pertuan Agong yang mana kita tahu selama ini Perkasa yang mempertahankan institusi diraja, Ambiga diberi peluang tapi tidak menghormati Agong, beliau perempuan paling biadap. "Beliau tidak erti budaya orang Asia dan orang Melayu," katanya. Himpunan Bersih 2.0 yang turut disokong Pakatan Rakyat dijangka akan meneruskan perhimpunan di Stadium Merdeka esok walaupun polis telah mengeluarkan arahan larangan semalam. Malah polis juga telah menyenaraikan nama 91 individu yang tidak dibenarkan memasuki Kuala Lumpur esok termasuk Ibrahim, Ambiga dan Ketua Pemuda Umno Khary Jamaluddin. Mereka dilarang memasuki Kuala Lumpur antara pukul 8 pagi dan 6 petang Sabtu ini sama ada berjalan kaki atau menaiki mana-mana kenderaaan termasuk bas dan kereta api.â Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from The Malaysian Insider :: Bahasa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan