Khamis, 14 Julai 2011

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Penerbit filem Raja Azmi ditahan gagal hadir mahkamah

Posted: 14 Jul 2011 02:01 AM PDT

SHAH ALAM, 14 Julai — Penerbit filem kontroversi, Raja Azmi Raja Sulaiman ditahan di rumahnya 12 tengah hari tadi dan dibawa ke Mahkamah Tinggi Shah Alam atas perintah waran tangkap terhadapnya kerana gagal hadir perbicaraan kes saman sivil.

Ini adalah kali ketiga Raja Azmi, 52, isteri pemain badminton negara Jalani Mohd Sidek, dikenakan waran tangkap bagi kes yang sama kerana gagal hadir ke mahkamah.

Laporan Berita Harian menyebit dalam prosiding hari ini, Hakim Datuk Lim Yee Lan membenarkan Raja Azmi diikat jamin RM30,000 dengan dua penjamin sebagai syarat supaya dia hadir dalam perbicaraan kes akan datang pada 22 Julai ini.

Pada Ogos tahun lalu, Raja Azmi ditahan kerana kegagalannya hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi memberi keterangan sebagai saksi dalam kes saman sivil berhubung penjualan tanah berharga RM5.9 juta.

Hakim Datuk Lim Yee Lan mengeluarkan waran tangkap terhadap penerbit filem "Dalam Botol" itu kerana kegagalannya hadir pada 12 Julai 2010 yang menyebabkan prosiding mahkamah terganggu sekali gus mengakibatkan kelewatan perbicaraan kes tersebut.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Selangor PAS mahu Pakatan anjur kempen kekal momentum Bersih

Posted: 14 Jul 2011 01:26 AM PDT

SHAH ALAM, 14 Julai — PAS Selangor percaya bahawa satu ceramah besar-besaran di stadium di sini akan membolehkan semangat Bersih 2.0 dikekalkan dan oleh itu, mahu Pakatan Rakyat menganjurkannya dalam waktu terdekat.

Malah PAS Selangor juga mahu tokoh agama dipanggil memberi penjelasan bahawa perhimpunan Sabtu lalu adalah halal dan tidak bertentangan dengan agama.

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad (gambar) tindakan itu penting bagi pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat menjelaskan apa yang berlaku pada 9 Julai dan menjawab maklumat tidak tepat disiarkan media arus perdana.

"Satu program besar macam ini perlu diadakan secepat yang mungkin, kami mahu Pakatan Selangor menganjurkannya di Stadium Melawati di Shah Alam.

"Untuk menunjukkan sokongan PAS kepada perhimpunan Bersih. Kempen bagi pilihan raya yang bebas dan adil tidak berakhir pada 9 Julai, ia perjuangan berterusan," katanya yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor.

Khalid yang juga Yang Dipertua PAS Shah Alam berkata, kepimpinan Pakatan Rakyat boleh menjemput personaliti seperti Datin Paduka Marina Mahathir yang menghadiri perhimpunan tempoh hari.

"Seorang ustaz seharusnya memperjelaskan mengapa perhimpunan Bersih adalah halal dan mengapa Muslim harus menyokongnya," kata Khalid.

Bersih 2.0 telah mengadakan perhimpunan di ibu negara Sabtu lalu walaupun berhadapan dengan siri tekanan dan halangan pihak berkuasa sejak sebulan lalu.

Ia mendakwa berjaya menarik 50,000 tetapi dinafikan oleh pihak polis yang mengatakan bahawa hanya 6,000 orang hadir.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved