Jumaat, 15 Julai 2011

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


67,000 tiket Malaysia temu Liverpool sudah dijual

Posted: 15 Jul 2011 03:00 AM PDT

KUALA LUMPUR, 15 Julai — Jualan tiket bagi baki dua perlawanan persahabatan membabitkan dua kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan Malaysia, amat memberangsangkan, kata penganjur ProEvents International.

"Sambutan daripada peminat amat baik," kata Pengarah Urusan ProEvents San Boon Wah dipetik Bernama.

Laporan media memetik Bernama berkata San mendedahkan bagi perlawanan membabitkan Liverpool esok, kira-kira 67,000 tiket sudah dijual setakat ini.

"Jumlah itu lebih tinggi daripada perlawanan Manchester United (Jelajah Asia) pada 2009.

"Antara sebab utama kenapa perlawanan Liverpool mendapat sambutan hangat ialah kerana pasukan itu beraksi buat pertama kali di Malaysia," katanya.

Bagi perlawanan Chelsea pada 21 Julai di Stadium Nasional di Bukit Jalil, sebanyak 45,000 tiket sudah dijual setakat ini, katanya.

"Tiket bagi kedua-dua perlawanan masih ada," katanya dan menurutnya 83,000 keping tiket dicetak bagi setiap perlawanan.

Perlawanan antara Liverpool FC dan Harimau Malaya akan bermula pada 5.45 petang esok, manakala perlawanan Chelsea-Harimau Muda akan bermula pada 8.45 malam, 21 Julai.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Khalid Samad gesa Hisham dedah kos operasi himpunan 9 Julai

Posted: 15 Jul 2011 02:06 AM PDT

SHAH ALAM, 15 Julai — PAS Selangor mahu Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein mendedahkan perbelanjaan yang ditanggung kementerian itu dalam operasi membanteras perhimpunan yang diadakan pada 9 Julai lalu.

Timbalan Pesuruhjayanya Khalid Samad (gambar) berkata, beliau mendapat maklumat perbelanjaan itu mencecah jutaan ringgit.

"Hishammuddin perlu dedahkan berapa perbelanjaan yang digunakan Kementerian Dalam Negeri sepanjang operasi itu berjalan. Kita nak tahu sejak dari mula operasi sampai habis.

"Sebab kalau kita lihat berapa banyak anggota keselamatan digunakan sepanjang operasi itu termasuk pada 9 Julai, ia juga termasuk perbelanjaan makan dan minum kerana saya difahamkan perbelanjaan itu mencecah jutaan ringgit," katanya pada sidang media selepas memfailkan saman pemula terhadap empat individu termasuk Hishammuddin berhubung tangkapan yang dilakukan ke atas ahli parti Islam itu di Mahkamah Tinggi Shah Alam di sini.

Sebelum perhimpunan 9 Julai berlangsung - yang melibatkan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) dan Pemuda Umno, polis telah mengerahkan anggotanya untuk mengambil tindakan dan menahan sesiapa sahaja yang mempunyai kaitan dengan perhimpunan itu.

Sabtu lalu, ribuan rakyat Malaysia telah menyertai Himpunan Bersih 2.0 untuk menuntut pembaharuan sistem pilihan raya.

Pada perhimpunan itu lebih 1,600 peserta termasuk pimpinan Bersih 2.0, Pakatan Rakyat  dan Pemuda Umno ditahan.

Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam berkata, beliau berharap Kementerian Dalam Negeri menarik balik semua pengisytiharan pengharam terhadap Bersih 2.0 termasuk kemeja-T.

Semalam Ketua Polis Shah Alam ACP Ahmad Zahedi Ayob berkata pihaknya akan mengambil tindakan termasuk merampas barangan dan menangkap individu yang menjual barangan yang mempunyai logo perhimpunan haram pada Sabtu lalu kerana ia menyalahi undang-undang.

Beliau berkata sebarang penjualan barangan termasuk pakaian seperti kemeja-T atau tali leher yang mempunyai logo penganjur perhimpunan haram itu adalah tidak dibenarkan sama sekali.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved