Ahad, 17 Julai 2011

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


176 doktor Perak desak Putrajaya bebas MP Sg Siput, lima ahli PSM

Posted: 17 Jul 2011 02:32 AM PDT

KUALA LUMPUR, 17 Julai — Lebih 170 pakar perubatan yang mewakili pertubuhan perubatan Perak mendesak Putrajaya membebaskan Ahli Parlimen Sungai Siput Dr. Michael Jayakumar dan lima anggota Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang ditahan di bawah Ordinan Darurat.

Kesemua mereka telah ditahan lebih daripada tiga minggu kerana didakwa cuba memerangi Yang di-Pertuan Agong.

Dalam satu kenyataan yang ditandatangani 176 pakar perubatan, kesemua mereka menyifatkan penahanan keenam-enam individu tidak sah selain mendesak Putrajaya melalui Kementerian Dalam Negeri (KDN) membebaskan mereka dengan segera.

"Kami mengambil berat dan risau akan penahanan Dr Michael Jeyakumar (gambar) yang juga rakan sejawat kami dan kami bimbang kesihatan beliau akan terjejas ekoran penahanan itu.

"Ia satu perkara yang menyedihkan, menyakitkan dan mengecewakan apabila badan kehakiman (yang sepatutnya bebas) menangguhkan tarikh pendengaran permohonan habeas corpus ditangguhkan," katanya kenyataan itu.

Tambah kenyataan bersama itu, penahanan Jeyakumar dan lima ahli PSM itu tidak sah kerana tiada bukti sahih yang mengaitkan dengan tuduhan yang dikenakan terhadap mereka.

"Malaysia adalah anggota Majlis Hak Asasi Manusia, kerajaan Malaysia seharusnya memberi keadilan selaras dengan kedudukannya dalam majlis ini dengan mengiktiraf hak Michael Jeyakumar dan lima ahli PSM yang ditahan tanpa sah.

"Cara terbaik yang boleh dilakukan adalah berpegang kepada prinsip hak asasi manusia dan tidak melanggarnya.

"Dengan berpegang kepada prinsip ini adalah tidak adil sekiranya penahanan Michael dan lima yang lain dibuat tanpa mendapat pembelaan seadilnya di mahkamah," katanya.

Minggu lalu, ribuan rakyat Malaysia telah menyertai Himpunan Bersih 2.0 untuk menuntut pembaharuan sistem pilihan raya.

Pada perhimpunan itu lebih 1,600 peserta termasuk pimpinan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0), Pakatan Rakyat  dan Pemuda Umno ditahan.

Sementara itu, Angkatan Warga Aman Malaysia (Warga Aman) berkata pihaknya menyokong lapan tuntutan Bersih 2.0 yang perlu dilaksanakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Lapan tuntutan Bersih 2.0 adalah agar SPR membersihkan daftar undi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, akses media yang bebas dan adil, tempoh kempen minimum 21 hari, diperkukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.

Selain menyokong lapan tuntutan itu, menurut Setiausaha Agungnya Barathidasan Saminathan, pihaknye mengutuk sekeras-kerasnya kegagasan polis yang dilakukan semasa menghuraikan perhimpunan itu.

"Kami mengutuk, kecewa dan kesal dengan tindakan polis dan KDN yang bertindak kejam dengan menggunakan kekerasan terhadap peserta perhimpunan... banyak bukti polis menggunakan kekerasan," katanya.

Selain itu, beliau juga mendesak agar kesemua individu yang ditahan di bawah Ordinan Darurat dibebaskan selain menuntut keadilan untuk seorang peserta Himpunan Bersih 2.0 yang meninggal dunia semasa perhimpunan itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Semua negara demokrasi benarkan demonstrasi kecuali Malaysia, kata Hadi

Posted: 17 Jul 2011 02:11 AM PDT

AMPANG, 17 Julai — Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan semua negara demokrasi kecuali Malaysia sahaja yang tidak membenarkan demonstrasi diadakan walaupun ia termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Jelas Ahli Parlimen Marang (gambar) ini, mana-mana negara demokrasi membenarkan rakyat mengadakan demonstrasi untuk menyatakan hasrat dan rasa hati kepada pemimpin negara.

Tegas Hadi, hanya negara komunis tidak membenarkan rakyat meluahkan perasaan mereka.

"Semua negara demokrasi moden mengizinkan rakyat meluahkan perasaan bukan sahaja melalui ahli Parlimen, (malah) melalui demonstrasi yang dibenarkan oleh kerajaan.

"Di mana kerajaan membenarkan demonstrasi (diadakan) dan polis bertindak mengawal keselamatan, yang tidak benarkan untuk demonstrasi hanya negara komunis," katanya pada sidang media di sini.

Hadi berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa demonstrasi jalanan bukan jawapan bagi melahirkan rasa ketidakpuasan hati terhadap kerajaan kerana perbuatan itu boleh menjadi terkawal dan mungkin mengakibatkan kecederaan serta kerosakan harta benda.

"Sekiranya ada pihak yang masih tidak berpuas hati dengan kerajaan, marilah kita selesaikannya apabila tiba pilihan raya dan biar rakyat yang membuat keputusan.

"Kami akan bentangkan kes kami dan pembangkang akan kemukakan kes mereka. Biar rakyat yang menentukannya," kata Najib.

Kata Najib: "Kita tidak perlukan semua ini (demonstrasi).

Mengulas lanjut mengenai Himpunan Bersih 2.0 minggu lalu, Hadi berkata perhimpunan anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) mendapat respons yang menggalakkan daripada rakyat walaupun dihalang pihak keselamatan.

"Himpunan Bersih 2.0 yang kita sertai mendapat respons yang positif (daripada rakyat) dengan jumlah yang begitu besar yang datang," katanya yang terlebih dahulu mempengeruskan mesyuarat bulan parti Islam itu.

Minggu lalu ribuan rakyat Malaysia telah menyertai Himpunan Bersih 2.0 untuk menuntut pembaharuan sistem pilihan raya.

Lebih 1,600 orang ditahan kerana menyertai perhimpunan Bersih 2.0.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved