Selasa, 19 Julai 2011

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Bersih: IGP kata siasatan hampir siap, akan tunjuk rakaman video

Posted: 19 Jul 2011 02:42 AM PDT

KUALA LUMPUR, 19 Julai — Tan Sri Ismail Omar mengumumkan polis hampir melengkapkan siasatan berhubung dakwaan mengenai pendekatan keras pihaknya ketika menangani perhimpunan Bersih 2.0 dan penemuan akan diumumkan kepada orang ramai.

Sehubungan itu, Ketua Polis Negara (gambar) mahu orang ramai tidak membuat spekulasi ataupun tanggapan mengenai insiden-insiden yang dilaporkan ketika perhimpunan tempoh hari di ibu negara.

"Saya sangat yakin laporan akan lengkap tidak lama lagi dan saya akan memanggil anda (organisasi media) ke sidang video. Kami akan menunjukkan video di sini bagi anda melihat," katanya.

"Kami tidak mahu menyembunyikan apa-apa sebab orang ramai ada hak untuk mengetahui," kata beliau pada sidang media di ibu pejabat polis di Bukit Aman petang ini.

Awalnya, Ismail tidak mahu kenyataan beliau direkodkan tetapi kemudian bercakap kepada pemberita atas permintaan mereka mengenai perkara tersebut.

Ismail memberi jaminan bahawa polis akan cuba sedaya upaya mereka untuk memastikan tiada aspek yang  disembunyikan ketika siasatan.

Malah Ismail juga berkata, enam jawatankuasa yang telah ditubuhkan akan menyiasat kesemua aspek mengenai perhimpunan 9 Julai termasuk temu bual dengan pegawai-pegawai polis yang bertugas pada hari tersebut, menemu bual orang ramai dan saksi, penelitian secara mendalam berkenaan kesemua gambar dan video yang diambil.

Sehubungan itu, Ismail menggesa orang ramai tampil dengan maklumat jika ada untuk membantu siasatan.

"Saya menggesa orang ramai, jika mereka ada gambar, video daripada kamera atau telefon bimbit... serahkan kepada polis, jadi kita boleh kaji dan menilai setiap yang berlaku untuk membuat rumusan kami," katanya.

Menurut Ismail, pihaknya telah memulakan siasatan minggu lalu dan bekerja sepanjang masa untuk melengkapkan hasil siasatan.

Mereka yang mempunyai maklumat termasuk gambar dan video tentang perhimpunan Bersih 2.0 boleh die-mel ke alamat pusatmediapdrm@rmp.gov.my atau menghubungi polis menerusi talian 03-22668321 atau 03-22668320.

Selain polis, Kementerian Kesihatan juga menyiasat dakwaan bahawa pihak polis menyasarkan pekarangan Hospital Tung Shin ketika melepaskan gas pemedih mata dan air berasid dalam menyuraikan perhimpunan 9 Julai.

Seorang peserta juga meninggal dunia selepas pengsan ketika melarikan diri daripada tindakan polis di kawasan KLCC. Baharuddin Ahmad meninggal dunia di hospital.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Hadi: Pihak bantah PAS sokong Ambiga buta sejarah Islam

Posted: 19 Jul 2011 12:41 AM PDT

KUALA LUMPUR, 19 Julai — PAS menyifatkan pihak-pihak yang membantah PAS menyokong perhimpunan Bersih 2.0 dengan alasan ia dipimpin oleh bukan Islam, Datuk S Ambiga sebagai buta sejarah Islam.

"Nabi Muhamad S.A.W. menyertai perjanjian Al Fudul di Mekah untuk membantu mereka yang dizalimi ketika Nabi belum menyebarkan Islam. Dan Baginda berkata dalam satu hadisnya, sekiranya ia berlaku lagi (semasa sudah menyebarkan Islam), aku akan menyertainya.

"Jadi berdasarkan sejarah ini, orang yang kata kat PAS itu tidak tahu sejarah Islam sebenarnya," kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar) dalam wawancara khasnya dengan Harakahdaily dan Harakah.

Beliau mengulas kenyataan ramai pemimpin BN khasnya di kalangan pemblog Umno yang mempertikaikan  PAS yang menyokong perjuangan Bersih 2.0 yang dipimpin oleh Datuk S Ambiga.

Mereka membuat pelbagai dakwaan buruk terhadap Ambiga dan mengecam PAS yang menyokong dan menyertai perhimpunan Bersih 2.0 9 Julai lalu.

Turut menyertai perhimpunan itu dan ditangkap polis adalah Hadi sendiri yang terpaksa naik 'black maria' polis dan dibawa ke balai polis Jinjang.

Selain beliau turut ditahan ialah timbalannya Mohamad Sabu dan dua naib presiden PAS, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar.

Menurut Hadi, semasa Nabi belum menyebarkan Islam, bapa saudara beliau telah mengajaknya bertemu dengan para pemimpin Arab ketika itu di rumah Abdullah Al Judaan di kota Mekah.

Ia turut disertai sama oleh Abu Jahal dan Abu Lahab iaitu dua pembesar Quraisy ketika itu yang banyak menentang perjuangan Islam yang dibawa baginda.

Perjanjian yang dinamakan Al Fudul itu adalah bertujuan untuk mengikat janji bagi mempertahankan mereka yang dizalimi.

Selepas sudah menyebarkan Islam, Baginda menceritakan peristiwa ini kepada para Sahabat Baginda dan berkata, jika perjanjian sebegitu berlaku lagi, Baginda akan menyertainya.

"Saya yakin, Datuk Ambiga adalah profesional yang adil. Begitu juga Datuk Samad Said. Takkan mereka sama dengan Abu Jahal dan Abu Lahab. Jadi apa salahnya kita bersama-sama memperjuangkan kebaikan yang ingin dibawa oleh Bersih 2.0 pimpinan mereka," kata Hadi lagi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved