Rabu, 20 Julai 2011

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Kes Sarbaini: Peguam mahu buat laporan polis, dakwa tulisan Raja Petra ada asas

Posted: 20 Jul 2011 03:34 AM PDT

KUALA LUMPUR, 20 Julai – Peguam keluarga Allahyarham Ahmad Sarbaini Mohamed menegaskan pihaknya akan membuat satu laporan polis dalam masa terdekat ekoran pendedahan baru dibuat editor portal Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin berhubung kematian penolong pengarah Kastam Diraja Malaysia itu 6 April lalu.

Ketika dihubungi The Malaysian Insider, Awtar Singh berkata, pendedahan yang dibuat Raja Petra itu ada asasnya kerana mustahil untuk Sarbaini (gambar) membunuh diri seperti yang didakwa.

Selain itu, jelas Awtar, pada inkues yang akan bersambung 2 Ogos ini, beliau akan meminta agar mahkamah koroner sekali lagi melawat tempat kejadian di kompleks Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan, Jalan Cochrane di sini.

Mahkamah koroner yang diketuai  Aizatul Akmal Maharani ada melawat tempat kejadian pada 5 Julai lalu.

"Kita akan buat satu laporan polis yang baru berhubung pendedahan dalam blog Raja Petra Kamaruddin, mana mungkin Ahmad Sarbaini bunuh diri... mungkin dia ditolak dari tingkap.

"Mungkin pada inkues nanti kita akan minta untuk sekali lagi ke bangunan (SPRM) untuk kaji dan lakukan semula tentang apa yang berlaku... kita memang sudah jangka Ahmad Sarbaini tidak mungkin bunuh diri.

"Kita akan buat laporan polis dengan segera, kita mahu polis siasat semula perkara ini sebab mustahil Ahmad Sarbaini boleh jatuh sendiri, saya tidak kata dia dibunuh tapi mungkin berlaku kecuaian," kata Awtar.

Inkues Sarbaini telah bermula pada 4 Julai lalu dan ramai saksi termasuk ahli keluarga Sarbaini telah dipanggil untuk memberikan keterangan.

Sarbaini, penolong pengarah Kastam yang disiasat dalam Operasi 3B, ditemui mati di pejabat SPRM Kuala Lumpur di Jalan Cochrane pada 6 April lalu ketika datang secara sukarela bagi menukar pengakuannya.

Sebanyak 27 saksi telah selesai memberi keterangan di hadapan Aizatul Akmal sehingga 15 Julai lalu.

Tegas Awtar, pihaknya telah mengesyaki dua individu yang didakwa beliau terlibat dalam kematian Sarbaini..

"Kita juga sejak dari awal sudah mengesyaki dua suspek yang terlibat dalam perkara ini (kematian Sarbaini).

"Sebab, kalau dari segi kecederaan yang dialami (Sarbaini) seperti ada sesuatu yang berlaku, apa sahaja boleh berlaku," tambah Awtar.

Raja Petra dalam entri terbaru dalam blognya berkata Penolong Penguasa SPRM Sheikh Niza Khairy Sheikh Mohamad telah membawa Sarbaini ke pejabat Ketua Unit Siasatan SPRM Kuala Lumpur Mohd Fauzi Husin yang terletak di sebelah bilik pantri di aras tiga bangunan SPRM itu.

"Di sana, Sarbaini telah 'didera' secara lisan (kerana mahu mengubah keterangan). Secara tiba-tiba mereka membawa Sarbaini ke bilik pantri dan telah menghukum Sarbaini dengan mengarahkan dia berdiri di atas kaki lima tingkap (bilik pantri).

"Mohd Fauzi juga mengatakan 'orang macam kau ni lebih baik mati dari hidup menyusahkan orang lain', terkejut dengan itu Sarbaini memanjat tingkap dengan terus dihina Mohd Fauzi.

"Sheikh Niza hanya melihat sahaja, dan secara tiba-tiba tali pinggang Sarbini tersangkut di kaki lima tingkap, hilang pertimbangan dan jatuh lalu meninggal dunia," dakwa beliau.

Sarbaini sebelum ini dilaporkan membuat pengakuan menerima rasuah, namun bertindak mengubah keterangan yang diberikan itu.

Pada 15 Julai lalu, DSP Sharul Othman Mansur berkata, Sarbaini tidak membunuh diri ataupun dibunuh.

Sharul Othman, yang merupakan pegawai forensik berkata penelitiannya di kawasan kejadian, Sarbaini cuba untuk melompat ke arah gelanggang badminton tetapi terjatuh menyebabkan kematiannya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Bersih: PKR dakwa polis cuba bunuh Anwar

Posted: 20 Jul 2011 02:23 AM PDT

KUALA LUMPUR, 20 Julai – PKR menuduh polis cuba membunuh Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa Himpunan Bersih 2.0 di ibu negara pada 9 Julai lalu.

Pemimpin parti itu berkata anggota pasukan keselamatan telah melepaskan gas pemedih mata ke arah sebuah terowong di mana ketua pembangkang dan peserta Himpunan Bersih 2.0 berkumpul.

Mereka mendakwa polis telah menyasarkan tembakan gas pemedih mata untuk membunuh Anwar yang mana beliau dilindungi pegawai peribadinya sehingga mengalami kecederaan teruk di muka dan menghancurkan tulang pipi.

"Mereka (polis) menyasarkan tembakan itu ke arah kepala dan ia jika terkena boleh terbunuh. Kami mahu perkara ini diklasifikasikan sebagai cubaan membunuh," kata naib presiden N. Surendran yang menemani pengawal peribadi Anwar, Fayyadh Afiq Albakqry membuat laporan polis di Balas Polis Dang Wangi di sini.

Selain Surendran, turut menemani Fayyadh ialah Ahli Parlimen Subang R. Sivarasa dan beberapa peguam PKR selepas dibenarkan keluar daripada hospital.

Beliau berkata lima plat besi dimasukkan di tulang pipi selepas kejadian itu di mana hampir 12 kanister gas pemedih mata dilepaskan di dalam terowong dan tiga terkena di mukanya dan Ahli Parlimen Shah Alam yang cedera di kepala.

"Dengan jumlah gas pemedih mata yang dilepaskan ia boleh menyebabkan mereka yang berada dalam terowong itu tidak boleh bernafas dan boleh membawa maut jika tidak mampu melarikan diri," tambah Surendran.

Pemimpin Pakatan Rakyat juga mendakwa polis telah "bertindak ganas" ke atas peserta perhimpunan aman menuntut pilihan raya bersih dan adil, kata laporan Majlis Peguam yang mendakwa polis telah bertindak secara "rambang, sembarangan dan melampau" dengan menggunakan meriam air dan gas pemedih mata dalam jarak yang dekat serta di bawah aras mata terhadap peserta.

Bagaimanapun semalam polis mengatakan pihaknya hampir melengkapkan siasatan berhubung dakwaan mengenai pendekatan keras pihaknya ketika menangani perhimpunan Bersih 2.0 dan penemuan akan diumumkan kepada orang ramai.

Himpunan Bersih 2.0 anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) diteruskan walaupun tidak mendapat kebenaran daripada polis dan ribuan rakyat telah menyertai perhimpunan itu yang menyaksikan lebih 1,600 ditahan, malah ramai yang cedera dan berlaku satu kematian.

Bersih 2.0, gabungan 62 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sebelum ini setuju dengan cadangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar ia diadakan di stadium tetapi permohonan itu ditolak selepas meminta Stadium Merdeka.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved