Khamis, 21 Julai 2011

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Bersih 2.0: Polis nafi semua tohmahan kecuali kes Hospital Tung Shin

Posted: 21 Jul 2011 02:22 AM PDT

KUALA LUMPUR, 21 Julai — Polis menolak semua dakwaan dan tohmahan yang dilemparkan pihak tertentu yang mendakwa pasukan keselamatan itu melakukan kekerasan semasa menghuraikan perhimpunan Bersih 2.0 di ibu negara, 9 Julai lalu kecuali melepaskan tembakan gas pemedih mata dan meriam air ke arah Hospital Tung Shin.

Bagaimanapun menurut Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Datuk Salleh Mat Rashid, siasatan berhubung tembakan gas pemedih mata dan meriam air ke arah Hospital Tung Shin masih berjalan.

Pada sidang media yang diadakan di Bukit Aman di sini petang ini, beliau juga menegaskan tembakan gas pemedih mata dan meriam air itu hanya dilepaskan di kawasan berhampiran dan bukan dalam premis Hospital Tung Shin.

"(Memang) meriam air ada buat semburan di kawasan laluan masuk ke Hospital Tung Shin tetapi gas pemedih mata berlaku di kawasan berhampiran (laluan sebelah Hospital Tung Shin).

"Kejadian di Hospital Tung Shin kata polis menggunakan meriam air dan gas pemedih mata memang tidak boleh dinafikan sebenarnya, mungkin angin yang tiup masuk," katanya.

Bagaimanapun tegas Salleh, siasatan berhubung perkara itu masih dijalankan dan jika didapati ada anggota melepaskan tembakan gas pemedih mata ke kawasan Hospital Tung Shin tindakan akan diambil.

"Apa sahaja tindakan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan sekiranya berlaku pelanggaran kita akan ambil tindakan," katanya.

Salleh turut menayangkan rakaman video yang diperoleh daripada polis dan orang persendirian berhubung insiden-insiden yang berlaku.

Ia termasuk kes kematian Allahyarham Baharuddin Ahmad, kes "pelanggaran" Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan kekerasan polis.

MENYUSUL LAGI

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kes Beng Hock: SPRM akan teliti segera hasil siasatan suruhanjaya

Posted: 21 Jul 2011 02:11 AM PDT

KUALA LUMPUR, 21 Julai — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata pihaknya akan segera meneliti secara keseluruhan laporan suruhanjaya diraja siasatan mengenai kematian Teoh Beng Hock dan mengambil tindakan sewajarnya ke atas sebarang cadangan atau syor diketengahkan.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan, SPRM berkata ia juga komited dan telah memberi kerjasama yang penuh kepada suruhanjaya diraja sepanjang perjalanan penyiasatan tersebut dan akan menerima Ini adalah kenyataan media keputusan yang dibuat secara terbuka.

Bagaimanapun katanya, ia masih belum mendapat laporan suruhanjaya diraja.

"SPRM ingin memaklumkan bahawa sehingga hari ini belum menerima sebarang laporan yang dibuat oleh suruhanjaya siasatan diraja menyiasat kematian Teoh Beng Hock.

"SPRM akan berusaha untuk mendapatkan laporan penuh suruhanjaya berkenaan apabila laporan tersebut dijual kepada umum pada hari Jumaat (esok) sebagaimana yang dinyatakan oleh YB Menteri (Datuk Seri Nazri Aziz) dalam sidang media petang tadi," katanya.

SPRM berkata ia akan terus menggalas tanggungjawab yang diamanahkan dalam membanteras jenayah rasuah dan memastikan teras NKRA dapat direalisasikan demi kepentingan rakyat.

Suruhanjaya diraja mendapati kematian Teoh, pembantu khas seorang anggota Exco kerajaan negeri Selangor itu pada Julai 2009, adalah akibat membunuh diri.

Keputusan itu terkandung dalam laporan setebal 124 muka surat suruhanjaya tersebut yang terdiri daripada lima anggota panel dipengerusikan Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri James Foong.

Teoh, 30, setiausaha politik kepada Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah ditemui mati di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor pada 16 Julai 2009 selepas memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor yang terletak di tingkat 14, plaza berkenaan.

Suruhanjaya itu dalam laporannya mendapati Teoh membunuh diri berikutan sesi soal siasat yang agresif, berlarutan, menindas dan keterlaluan.

Suruhanjaya itu juga mendapati pegawai-pegawai SPRM tiada niat dan tiada sebab untuk membunuh Teoh, sebaliknya menjalankan soal siasat untuk mendapatkan pengakuan mendiang sebagai bukti agar Teoh boleh menjadi saksi kes penyelewangan membabitkan Yong.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved