Sabtu, 23 Julai 2011

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Kes Teoh: SPRM tubuh pasukan khas siasat tohmahan atas tiga pegawai

Posted: 23 Jul 2011 02:17 AM PDT

KUALA LUMPUR, 23 Julai – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menubuhkan pasukan khas siasatan berhubung tohmahan ke atas tiga pegawainya termasuk seorang bertaraf pengarah ekoran hasil laporan suruhanjaya diraja yang menyiasat kematian bekas setiausaha politik DAP, Teoh Beng Hock dua tahun lalu.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan petang ini, SPRM juga berkata, sementara hasil laporan susulan tersebut diperolehi, tiga pegawai yang dinamakan dalam laporan suruhanjaya diraja itu akan dilucutkan atau dikecualikan daripada sebarang tugas operasi siasatan.

Malah kata SPRM, pihaknya tidak akan bertolak ansur atau melindungi mana-mana  pegawai yang didapati bersalah melakukan apa-apa kesalahan jenayah atau tatakelakuan.

"(SPRM) akan menubuhkan  satu pasukan khas siasatan berhubung tohmahan ke atas ketiga-tiga pegawai tersebut. Pasukan ini diketuai oleh Datuk Zakaria Jaffar, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) yang akan menjalankan siasatan susulan dalaman yang menyeluruh serta menyediakan laporan yang komprehensif," kata kenyataan itu.

Suruhanjaya diraja siasatan berkata Teoh 'terganggu' ekoran sikap tiga pegawai SPRM yang dilabel sebagai "Arman yang membuli, Ashraf salah guna (kuasa) dan HH pemimpin yang angkuh."

Malah, ia juga memutuskan bahawa pegawai-pegawai SPRM di Selangor sebagai terbuka kepada pembohongan.

Ketiga-tiga mereka yang dinamakan ialah bekas pengarah SPRM Selangor Hishammuddin Hashim, dua pegawainya Arman Alies dan Mohd Ashraf Mohd Yunus.

Hishammuddin kini bertugas sebagai pengarah SPRM Negeri Sembilan.

Ketiga-tiga mereka dinamakan sebagai pegawai soal siasat kes Teoh dalam laporan suruhanjaya itu, sebagai pihak yang 'menundukkan' Teoh ketika sesi soal siasat empat peringkat, yang bermula 15 Julai sehingga keesokan pagi.

Dalam kenyataannya SPRM memberi jaminan hasil laporan yang disediakan kelak akan dibentangkan kepada Jawatankuasa Aduan yang  terdiri daripada empat orang  individu bebas, yang dipengerusikan oleh bekas hakim Mahkamah Rayuan.

Malah jelas SPRM, merujuk kepada kenyataan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazi Aziz yang meminta pihak polis menjalankan siasatan mengenai salah laku tiga pegawai terbabit, pihaknya akan menyerahkan dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa itu dalam menjalankan siasatan berkaitan secara bebas dan telus.

"SPRM tidak akan melindungi mana-mana pegawai yang melanggar peruntukkan undang-undang atau melakukan sebarang perlakuan yang bertentangan dengan undang-undang," kata SPRM lagi.

Kenyataan ini dikeluarkan tiga hari selepas pengumuman kandungan laporan suruhanjaya diraja kepada umum oleh Nazri.

SPRM menambah, ia menerima dan memandang serius terhadap cadangan-cadangan penambahbaikan yang dinyatakan dalam laporan suruhanjaya siasatan yang telah dikeluarkan Khamis lalu.

Katanya, beberapa cadangan dalam suruhanjaya tersebut telah dan sedang diambil tindakan seperti pemasangan kamera litar, mewujudkan 'video  interview room', semua pelanggan dilayan di aras bawah bagi bangunan milik SPRM dan pelanggan sentiasa diiringi semasa  berada dalam premis SPRM.

"Cadangan lain akan terus diteliti dan diambil tindakan penambahbaikan yang sewajarnya," katanya lagi.

Suruhanjaya diraja yang memutuskan Teoh membunuh diri mendapati bekas setiausaha politik itu mengalami perubahan pada mindanya berikutan keraguan, konflik dan emosi keterlaluan yang disumbangkan oleh beberapa faktor.

Dalam kenyataannya kelmarin, Nazri berkata kerajaan memberi jaminan bahawa tindakan sewajarnya akan diambil terhadap pegawai yang melanggar prosedur SPRM berdasarkan peraturan dan undang-undang sedia ada.

Nazri berkata hasil siasatan suruhanjaya itu juga mendapati bahawa tiga pegawai penyiasat yang terbabit dalam kes ini telah menggunakan taktik soal siasat yang berterusan, agresif dan keterlaluan ke atas Teoh yang didapati melanggar prosedur sedia ada.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Ambiga hadiahkan ‘hero’ Bersih 2.0 ijazah Doktor Kehormat

Posted: 23 Jul 2011 01:45 AM PDT

KUALA LUMPUR, 23 Julai – Pengerusi Bersih 2.0 Datuk S Ambiga mendedikasikan ijazah Doktor Kehormat Undang-undang yang diterimanya daripada University of Exeter kepada Baharuddin Ahmad yang terbunuh ketika perhimpunan 9 Julai lalu dan enam pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang masih ditahan di bawah Ordinan Darurat.

Selain mereka, beliau turut melahirkan penghargaan kepada rakyat Malaysia yang berani tampil di sebalik tekanan dan halangan pihak berkuasa dalam mempertahankan hak fundamental mereka.

"Ada sesetengah pihak di kerajaan yang menentang kaedah yang digunakan untuk menghalang kami. Malah, doktor-doktor juga keluar dari zon selesa mereka untuk bercakap menentang ketidakadilan," kata Ambiga (gambar) dalam ucapan menerima ijazahnya.

Ambiga merupakan bekas penuntut University of Exeter dan menerima ijazah undang-undang beliau tiga dekad lalu.

Teks ucapannya dikeluarkan di sini.

"Dan, sudah pasti ada peguam-peguam dan media bebas yang berdiri di pihak yang benar dan keadilan.

"Bagaimanapun, hero yang sebenar ialah rakan dan penyokong kami Allahyarham Baharuddin Ahmad yang membayar harga bernilainya dalam perjuangan murni kami, enam ahli Parti Sosialis Malaysia, ketika sedang kita bercakap (di sini), berada dalam tahanan di bawah undang-undang pencegahan dan rakyat Malaysia yang berani keluar daripada tindakan (pihak berkuasa) menakut-nakutkan dan menghina demi mempertahankan hak asasi mereka," kata beliau lagi.

Justeru kata Ambiga, beliau menghadiahkan anugerah itu kepada "kesemua mereka."

Bersih 2.0 mengadakan perhimpunan pada 9 Julai lalu berkaitan lapan tuntutan pembaharuan sistem pilihan raya.

Walaupun dihalang dan disekat pihak berkuasa termasuk memutuskan Bersih 2.0 sebagai sebuah pertubuhan haram, penganjur mendakwa telah berjaya menghimpunkan 50,000 orang. Tetapi polis menafikan jumlah itu.

Baharuddin didakwa mati selepas melarikan daripada tembakan gas pemedih mata oleh polis di kawasan KLCC tetapi polis pula mempertahankan ahli PAS itu meninggal dunia kerana komplikasi jantung.

Bekas presiden Majlis Peguam itu berkata, perkembangan sepanjang enam minggu lalu dalam menggerakkan sokongan bagi menuntut pilihan raya yang bebas dan adil telah mengajar beliau lebih daripada apa yang dialami sepanjang tiga dekad lalu sebagai seorang peguam profesional.

"Pasukan saya dan saya berhadapan dengan tekanan sepenuhnya daripada kerajaan yang berkuasa, dan kemudian saya sedar tentang kepentingan kebebasan institusi-institusi kerajaan, khususnya kehakiman, untuk menangani salah guna kuasa," katanya.

Justeru kata Ambiga, beliau juga sedar tentang kedaulatan undang-undang yang sebenar dan bagaimana ia juga tidak boleh wujud.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved