Ahad, 24 Julai 2011

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


PRU-13: Tinggal beberapa bulan sahaja lagi, kata Muhyiddin

Posted: 24 Jul 2011 02:19 AM PDT

KUALA LUMPUR, 24 Julai — Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu semua parti komponen dan anggota gabungan Barisan Nasional (BN) merapatkan barisan menjadi satu pasukan BN mulai sekarang bagi menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-13 akan datang.

Timbalan Perdana Menteri (gambar), yang juga Timbalan Pengerusi BN, berkata perpaduan di kalangan parti komponen dan anggota gabungan ialah pra-syarat utama yang mesti diberi tumpuan utama ia boleh memberi kesan kepada PRU.

"Kita tidak mempunyai banyak masa. Hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi dan kita mesti menunjukkan kepada rakyat bahawa kita mempunyai pasukan yang mantap untuk berdepan pilihan raya umum.

"Kalau sebelum ini kita mempunyai Team 1, Team 2 dan sebagainya, saya mahu mulai sekarang, kita hanya mempunyai satu team sahaja iaitu Team BN," katanya ketika merasmikan perhimpunan agung tahunan ke-19 parti Barisan Kemajuan India SeMalaysia (IPF) ke-19 di Seri Kembangan di sini hari ini.

IPF yang diasaskan mendiang Tan Sri M.G Pandithan pada tahun 1991 telah diterima sebagai anggota gabungan BN pada awal tahun ini. Ini juga merupakan kali pertama persidangan tahunan parti itu dirasmikan oleh pemimpin tertinggi negara.

Dipetik Bernama Online, Muhyiddin berkata dasar kerajaan dalam mendahulukan kepentingan rakyat adalah pra-syarat kedua yang perlu diberi perhatian.

Sehubungan itu beliau menegaskan, semua anggota parti komponen BN harus terus mendukung perjuangan kerajaan dalam mendahulukan rakyat dalam setiap aspek sosial dan ekonomi.

Ini merupakan teras penubuhan parti-parti komponen BN yang mahu memperjuang dan membela nasib rakyat, kata Muhyiddin.

"Seperti juga IPF, perjuangannya bukan untuk mendiang Pandithan, tetapi untuk membela nasib rakyat jelata supaya menjadi lebih baik dan usaha ini perlu diteruskan," katanya.

Timbalan Perdana Menteri turut menegaskan bahawa perpaduan nasional negara ini perlu dipertahankan dan mana-mana anasir jahat harus ditentang.

Mengambil contoh serangan berkembar oleh pihak yang tidak bertanggungjawab di Oslo, Norway yang kini telah mengorbankan lebih 90 nyawa, Muhyiddin berkata perkara sedemikian tidak harus dibenarkan berlaku di sini.

"Kalau ada pihak yang mahu memporak-perandakan kita dengan politik sempit, kita harus menentang mereka," katanya.

Sementara itu, dalam ucapan perasmiannya kepada hampir 2,000 anggota IPF, Timbalan Perdana Menteri mengiktiraf sokongan dan peranan IPF kepada BN selama ini walaupun hasratnya untuk menjadi parti komponen BN belum tercapai.

Beliau mencadangkan supaya Presiden IPF M. Sambathan menyediakan dan mengemukakan kepada beliau projek yang mahu dilaksanakan oleh parti itu dalam membantu rakyat.

"Saya juga berjanji akan memberi peruntukan untuk pelaksanaan operasi...aktiviti-aktiviti boleh dijalankan dengan sebaik-baiknya," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

SPRM tubuh panel eksekutif transformasi susulan siasatan kes Teoh

Posted: 24 Jul 2011 01:39 AM PDT

PUTRAJAYA, 24 Julai — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malausia (SPRM) menubuhkan satu Jawatankuasa Eksekutif Transformasi susulan syor dalam laporan suruhanjaya diraja yang menyiasat kematian bekas setiausaha politik DAP Teoh Beng Hock yang diumumkan Khamis lalu.

Jawatankuasa itu, menurut SPRM, satu langkah proaktif akan bertanggungjawab dengan segera dalam meningkatkan prestasi kualiti, pentadbiran mekanisme penyeliaan, memantau dan melaksanakan reformasi struktur dan pengurusan SPRM, keberkesanan siasatan, memantapkan pencapaian fungsi operasi melalui pembangunan modal insan, memajukan keupayaan siasatan perakaunan forensik serta memperhalusi usaha-usaha yang sedia ada bagi mengesan sebarang kelemahan serta mengambil tindakan pemulihan segera bagi memacu ke arah peningkatan tahap kualiti operasi pihaknya.

"Selain itu, salah satu fungsi Jawatankuasa Eksekutif Transformasi ini adalah melihat, mengkaji semula dan melaksanakan penambahbaikan yang bersesuaian yang dicadangkan dalam laporan suruhanjaya diraja," kata SPRM.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan petang ini, SPRM berkata jawatankuasa tersebut juga akan melihat secara keseluruhan struktur dan mengkaji semula semua sistem dan prosedur operasi masa kini.

Ini kenyataan kedua dikeluarkan oleh SPRM ekoran pengumuman laporan suruhanjaya diraja.

Semalam, SPRM mengumumkan bahawa pihaknya telah memutuskan untuk melucutkan tiga pegawai yang dinamakan oleh suruhanjaya itu dalam laporannya.

Memperincikkan langkah susulan ini, SPRM berkata Jawatankuasa Eksekutif Transformasi ini terdiri daripada empat orang pengurusan tertinggi SPRM, empat ahli jawatankuasa dan panel suruhanjaya serta dua orang pakar undang-undang termasuk seorang dari jawatankuasa yang sedia ada.

Jawatankuasa ini diketuai oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Abu Kassim Mohamed.

Ia turut dianggotai oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya Operasi Datuk Mohd Shukri Abdull, Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengurusan dan Profesionalisme Datuk Zakaria Jaafar dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pencegahan Datuk Sutinah Sutan dan ahli Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah Tan Sri Rashpal Singh.

Datuk Zamani Abdul Ghani iaitu ahli Panel Penilaian Operasi, Datuk Seri Azman Ujang (ahli Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah) dan dua orang pakar perundangan iaitu Datuk Mohd Nor iaitu Pengerusi Jawatankuasa Aduan SPRM) serta Datuk Abdul Kadir Sulaiman yang merupakan bekas ahli Suruhanjaya Diraja yang menyiasat kes Teoh.

"Beberapa orang pakar dari dalam dan luar negara juga akan dibawa untuk membantu jawatankuasa ini menilai dan melaksanakan penambahbaikan yang dicadangkan," kata SPRM.

Selain itu menurut SPRM, pihak Pemandu juga akan membantu Jawatankuasa Eksekutif Transformasi ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved