Jumaat, 29 Julai 2011

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Enam pemimpin PSM ditahan bawah Ordinan Darurat bebas

Posted: 29 Jul 2011 02:57 AM PDT

KUALA LUMPUR, 29 Julai — Kesemua enam pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) termasuk Ahli Parlimen Sungai Siput yang ditahan sejak awal bulan di bawah Ordinan Darurat telah dibebaskan petang ini.

Peguam N Surendran mengesahkan perkara itu dan kertas berkaitan sedang diproses di Balai Polis Jinjang di sini.

"Ya, maklumat yang saya terima menunjukkan mereka sudah dibebaskan," kata peguam itu.

Keenam-enam mereka dibebaskan sekitar pukul 5.30 petang tadi.

Ketika dihubungi The Malaysian Insider, perkara itu turut disahkan oleh adiknya Ahli Parlimen Dr Michael Jeyakumar, Xavier Jeyakumar yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor.

"Ya, isterinya ada bercakap dengan saya. Kami sedang cuba mengesahkan butiran sekarang," kata beliau.

Laporan The Star memetik Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata mereka telah dibebaskan dan tindakan susulan akan ditentukan oleh Peguam Negara.

Semalam, Ismail berkata mereka masih disiasat di bawah Ordinan Darurat. Awalnya mereka disiasat atas alasan cuba mengadakan peperangan ke atas Yang di-Pertuan Agong selepas ditahan di Seberang Perai akhir bulan lalu.

"Kita akan membuat keputusan sewajarnya. Apa yang kita buat adalah sebahagian daripada prosedur dan proses mengikut undang-undang kita," katanya.

Selain Dr Jeyakumar yang merupakan Ahli Parlimen Sungai Siput, lima lain yang ditahan ialah setiausaha bahagian PSM Sungai Siput, A P Letchumanan, 49, anggota jawatankuasa pusat, Choo Chon Kai, 33, M Sukumaran 50, timbalan pengerusi PSM, M Sarasvathy, 58, dan pemimpin pemuda, R Sarat Babu, 25.

Mereka ditahan dua minggu sebelum perhimpunan anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) di ibu negara pada 9 Julai lalu.

Mengikut Seksyen 3 (1) Ordinan Darurat, polis boleh menahan suspek sehingga 60 hari tanpa perbicaraan.

Pelbagai pihak termasuk beberapa pemimpin dalam Barisan Nasional mengenakan tekanan agar pentadbiran Najib membebaskan mereka.

Gesaan itu juga dikemukakan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam.

MENYUSUL LAGI

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Norman, Memey bebas tuduhan khalwat

Posted: 29 Jul 2011 02:25 AM PDT

Norman dan Memey. — Foto ihsan muraidotcom

KUALA LUMPUR, 29 Julai — Pasangan pelakon, Norman Hakim dan Memey, dilepas dan dibebas oleh Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur daripada pertuduhan khalwat hari ini.

Mereka ditangkap khalwat tiga tahun lalu.

Keputusan itu yang dibuat oleh Hakim Syarie Salehan Yatim turut dikongsi pasangan itu sebagai hadiah perkahwinan mereka yang bakal berlangsung September ini.

"Tiada perasaan yang boleh digambarkan melainkan syukur kepada Allah kerana perkara ini berlaku terlalu lama iaitu sejak tiga tahun lalu.

"Sesungguhnya kepada mereka yang berada di dalam situasi kami, akan dapat memahaminya," kata Norman ketika ditemui pemberita di luar mahkamah.

Laporan Bernama Online menyebut, seperti Memey yang berada di sisinya, kedua-duanya mengesat air mata tanda gembira.

Norman atau nama sebenarnya Mohamed Norhakim Zaidon, 35, dan Memey atau nama sebenarnya, Suhaizah Suhaimi, 23, didakwa berkhalwat di sebuah premis pejabat di Jalan UP 1/2, Taman Ukay Perdana, Hulu Klang, pada 3 pagi 30 Oktober 2008.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 29(1)(a) dan Seksyen 29(1)(b) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda sehingga RM3,000 atau kedua-duanya, jika disabitkan kesalahan.

Hakim Salehan berkata, pihak pendakwaan yang diwakili pendakwa syarie Siti Fatimah Maulana, gagal membutikan kes prima facie.

Beliau berkata mahkamah mendapati pendakwaan hanya berjaya membuktikan satu daripada empat elemen iaitu mengenal pasti individu lelaki dan wanita dalam kes itu berdasarkan kad pengenalan mereka.

Katanya, pihak pendakwaan gagal membutikan pasangan itu ada bersama ketika tangkapan dibuat di mana tertuduh lelaki berada di sebuah bilik di atas manakala tertuduh wanita berada di tempat kaunter pertanyaan dengan berpakaian sempurna.

Salehan berkata seramai enam saksi pegawai penguatkuasa dipanggil memberi keterangan bagaimanapun dilihat bercanggah sesama sendiri mengenai sama ada melihat kedua-dua tertuduh bersama-sama di tempat kejadian.

"Hanya saksi keenam (pengadu) memberitahu bahawa beliau melihat Norman dan Memey bersama-sama dan melihat Norman lari dengan memanjat ke bahagian ruangan atas," katanya.

Beliau berkata mahkamah menerima pertikaian yang dibuat oleh pihak pembelaan mengenai saksi itu yang telah membuat kenyataan dalam rancangan televisyen "Melodi" kerana ia boleh menimbulkan subjudis dan tohmahan terhadap kedua-dua tertuduh.

Hakim Salehan berkata pihak pendakwaan bukan sahaja didapati tidak membuat pemeriksaan secara profesional untuk menunjukkan bagaimana tertuduh melarikan diri dan tiada pemeriksaan cap jari pada jeriji di pintu premis itu malah pegawai penguatkuasa tidak mengambil gambar di tempat itu secara profesional.

"Saksi pendakwaan hanya menggunakan kamera isterinya untuk mengambil gambar. Apa yang menghairankan mahkamah, saksi hanya mengambil gambar-gambar di premis itu antara dua atau tiga hari selepas kejadian berlaku sedangkan apa-apa perubahan (bahan bukti) boleh berlaku," katanya.

Pasangan itu, yang diwakili peguam syarie Mohd Fakhrul Abu Hassan dan hadir bersama ke mahkamah pada pukul 9.30 pagi, kemudian dilihat mengambil borang nikah sebelum beredar dari situ.

Laporan media Jumaat lalu menyebut, Memey dan Norman bakal bernikah pada 24 September ini di Felda Tenggaroh Selatan 1, Kota Tinggi, Johor.

Norman adalah bekas suami pelakon Abby Abadi dan mereka mempunyai tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim, Marissa Dania Hakim dan Maria Danish Hakim. Mereka bernikah pada 8 Januari 2002.

Menurut laporan itu lagi, Memey akan memakai gaun bertatah mutiara lengkap dengan set barang kemas dan kasut — yang kesemuanya bernilai RM7.2 juta — pada majlis persandingan di Crowne Plaza Mutiara di sini, 28 September ini.

Memey akan memakai dua persalinan iaitu setiap satu bernilai RM500,000 tajaan Rafflesia untuk majlis persandingan dan acara memotong kek.

Norman merupakan pelakon siri Gerak Khas.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved