Rabu, 3 Ogos 2011

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Isu Dawama: Panel Parlimen pandang serius, mahu Ketua Audit siasat

Posted: 03 Aug 2011 02:03 AM PDT

KUALA LUMPUR, 3 Ogos – Jawatankuasa Kira-Kira Wang Parlimen memandang serius krisis membabitkan Dawama Sdn Bhd, syarikat konsesi percetakan dan pemasaran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), yang diberi konsesi 12 tahun tetapi kini berhadapan dengan masalah kewangan dan didakwa gagal memenuhi perjanjian.

Syarikat itu mempunyai konsesi sehingga September 2014.

Justeru timbalan pengerusi panel itu, Dr Tan Seng Giaw juga mahu Ketua Audit Negara menyiasat perkara tersebut.

Selain itu beliau juga mahu Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan jumlah wang telah dibayar kepada Dawama sejak 2002.

Konsesi dengan syarikat akan berakhir pada 2014.

"Apakah sebenarnya berlaku dengan syarikat itu?" kata Ahli Parlimen Kepong ini sambil berkata, "syarikat yang mencetak dan memasar buku-buku teks merupakan satu misteri kepada saya."

"Tiba-tiba (seramai) 400 kakitangan Dawama diberi cuti tanpa gaji. Berita yang dikeluarkan mengenai buku teks, Dewama dan DBP adalah termasuk kerajaan membayar RM100 juta kepada syarikat itu untuk tujuh tahun, syarikat itu terhutang banyak, Kementerian Pelajaran hendak mencari syarikat lain dan buku-buku teks untuk 2012 mungkin menimbulkan masalah," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Sehubungan itu, Dr Tan menambah, rakyat mengharapkan semua pihak mempunyai integriti dan oleh syarikat konsesi mestilah benar-benar mampu mencetak dan memasarkan buku-buku cocok dengan amalan antarabangsa.

"Kita tidak mengetahui hakikatnya. Kementerian Pelajaran melantik Dawama, membayar beratus juta ringgit kepadanya serta memantau prestasinya.

"Mengapa tujuh tahun kemudian barulah hendak memberhentikan kontrak perjanjian dan melantik syarikat yang lain," katanya yang mendesak Muhyiddin mengumumkan hakikat mengenai kedudukan Dawama.

Selain mencetak  dan memasarkan buku dan buku teks, Dawama juga diberi tanggungjawab pencetakan dan pemasaran majalah bulanan DBP.

Ekoran krisis DBP-Dawam, agensi itu gagal menggagalkan 10 majalan edisi Julai.

Bagaimanapun DBP memberi jaminan buku teks akan dapat dibekalkan kepada sekolah sebelum sesi persekolahan 2012 bermula.

Ia didakwa berkait rapat dengan masalah kewangan dialami oleh Dawama.

Dawama mengarahkan sekitar 400 pekerjanya bercuti tanpa gaji bermula kelmarin.

Semalam, Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong berkata Dawama harus bertanggungjawab ke atas segala masalah dihadapi syarikat itu termasuk isu kewangan sehingga terpaksa mengarahkan pekerjanya bercuti tanpa gaji.

Sehubungan itu, Kementerian Pelajaran juga menegaskan kerajaan ada membayar sejumlah  wang kepada Dawama, dipercayai berjuta-juta ringgit dan kini tiada sebarang bayaran tertunggak.

"Dawama harus bertanggungjawab (atas apa yang berlaku sekarang)," kata Wee.

"Dawama mencetak buku teks dan Kementerian Pelajaran bayar, jualan terjamin tetapi masih tidak dapat membuat duit (untung). Siapa yang harus dipersalahkan?" kata beliau.

Dalam laporan semalam, The Malaysian Insider membawa laporan memetik Gerakan Darurat Bahasa (GDB) yang menggesa agar kerajaan membatalkan penswastaan kerja-kerja mencetak dan memasarkan bahan terbitan DBP dan mengembalikan fungsi asal agensi Kementerian Pelajaran itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Khairy nafi pernah jadi ‘orang tengah’ antara Pak Lah-Anwar

Posted: 03 Aug 2011 01:19 AM PDT

KUALA LUMPUR, 3 Ogos – Khairy Jamaluddin menafikan beliau pernah mengadakan pertemuan dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendapatkan sokongan ke atas legasi pembaharuan dibawa Tun Abdullah Ahmad Badawi sebelum bekas perdana menteri itu meletakkan jawatan.

Ahli Parlimen Rembau (gambar) memberitahu The Malaysian Insider, beliau tidak pernah bertemu dengan Anwar bagi pihak bapa mertuanya sebagaimana didedahkan oleh kabel diplomatik Amerika Syarikat.

"Abdullah mahukan sokongan tidak belah bahagi ke atas rang undang-undang (yang dibawa beliau). Ia adalah penting bagi beliau dan Umno, undang-undang itu diluluskan," kata Ketua Pemuda Umno ini.

Portal berita Malaysia Today hari ini menerbitkan maklumat kabel itu, yang memetik Sivarasa Rasiah, Naib Presiden ketika itu dan penggantinya Chua Tian Chang berkata Khairy ada mendampingi Anwar berhubung sokongan ke atas pembaharuan kehakiman sebagai "sebahagian daripada legasi Abdullah."

Khairy juga menafikan pakej pembaharuan terbabit termasuk Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah dan Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan merupakan strategi-strategi politik untuk mengetepikan sebarang usaha menggantikan Abdullah sebagai perdana menteri.

"Saya (masih) ingat Abdullah ada meminta Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz agar memberi taklimat kepada semua ahli Parlimen termasuk pembangkang mengenai rang undang-undang itu," kata Khairy tetapi menegaskan, beliau tidak memainkan sebarang peranan sebagai orang tengah bagi Abdullah dan Anwar ketika itu.

Dalam maklumat kabel diplomat yang didedahkan itu, Duta Amerika Syarikat James R. Keith memberitahu kerajaannya bahawa Abdullah mengekalkan kontak dengan Anwar menerusi Khairy sebelum menyerahkan tampuk kepimpinan kepada Datuk Seri Najib Razak pada April 2009.

Chua dan Sivarasa didakwa mengesahkan perkara ini ketika mengadakan pertemuan dengan setiausaha-setiausaha politik secara berasingan pada 3 dan 5 November 2008.

Keith juga menulis bahawa pemimpin veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah juga membuat tanggapan bahawa Khairy bertindak sebagai orang tengah bagi Anwar dan Abdullah untuk bekerjasama.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved