Jumaat, 5 Ogos 2011

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


PAS Selangor dakwa pernah tangkap ‘sindiket’ agih warga asing MyKad

Posted: 05 Aug 2011 02:48 AM PDT

SHAH ALAM, 5 Ogos — Isu warga asing diberi MyKad untuk dijadikan pengundi sah terus hangat diperkatakan dengan yang terbaru hari ini, PAS Selangor mendakwa pihaknya pernah menangkap "sindiket" mengeluarkan kad pengenalan, namun belum ada hasil siasatan daripada polis.

Setiausaha PAS Selangor Mohd Khairuddin Othman berkata, dalam dua kejadian berasingan di Paya Jaras, Subang antara Januari dan Februari lalu, pihaknya berjaya menahan kumpulan "sindiket" dipercayai dari luar Selangor yang mengagihkan MyKad kepada rakyat asing, dipercayai Indonesia dan Kemboja.

"Ya, kita telah berjaya membuat dua tangkapan awal tahun ini di Paya Jaras dan ketika itu 'tuan rumah' sedang mengagihkan kad pengenalan dan borang kad pengenalan kepada warga asing.

"Kita sudah membuat laporan polis tetapi sehingga kini masih tiada jawapan," katanya pada sidang media di pusat khidmat Ahli Parlimen Shah Alam di sini pagi ini.

Tambah beliau, pihaknya sendiri telah menyerahkan kumpulan "sindiket" itu kepada polis untuk tindakan susulan.

Jelas Khairuddin, butiran MyKad itu boleh dibaca melalui pembaca kad memori, namun semakan di sistem Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menunjukkan mereka pemastautin tetap.

"Kita tidak pertikai ada yang layak dapat IC (kad pengenalan). Tetapi bila jumpa dalam web JPN (berbeza), itu yang timbul persoalan besar," katanya.

Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor Khalid Samad pula berkata, kes tersebut mengingatkannya kepada kes di Sabah apabila Barisan Nasional (BN) berjaya menguasai negeri itu.

"Semua yang terlibat mengaku ceritakan apa dilakukan BN. Jadi, ia bukan mustahil (di Semenanjung) lebih-lebih lagi pemberian IC memang tidak telus," katanya yang menyifatkan insiden tersebut seperti "retak kecil atas seketul bongkah ais."

Ahli Parlimen Shah Alam itu berkata pihaknya telah berjaya mengesan seramai 1,108 pemilik pemastautin tetap yang telah didaftarkan sebagai pengundi.

Malah tegas Khalid, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak menafikan perkara itu.

"Sudah jelas daftar pemilih SPR bercelaru, sebab itu kita telah dedahkan mengenai pengundi yang mempunyai dua kad pengenalan sama dan kita telah menemui SPR pada 22 Julai lalu dan perkara ini tidak dinafikan (SPR), yang mana mereka kata ia dalam proses membersihkan daftar pemilih.

"Kemudian kita juga telah dedahkan bagaimana pemilik kad pengenalan merah (pemastautin tetap) boleh berada dalam senarai daftar pemilih, kita di Selangor ada 1,108 nama yang telah kita kesan yang mana pemilik kad pengenalan merah terdapat dalam daftar pemilih," katanya.

Justeru beliau mempersoalkan bagaimana pemilik pemastautin tetap boleh didaftarkan sebagai pengundi sedangkan JPN belum lagi mengemas kini data agensi itu.

"SPR kata data SPR dihubungkan dengan data JPN, SPR kata data mereka belum dikemas kini, tapi kalau belum dikemas kini macam mana kad pengenalan merah berada dalam daftar pemilih.

"SPR dan JPN jangan berdolak-dalik, sekarang telah berlaku banyak percanggahan, keraguan dalam soal daftar pemilih," katanya.

Tambah Khalid, dalam semakan terbaru semalam, beliau pelik bagaimana nama dalam daftar pemilih tiada rekod dalam sistem data JPN.

"Selain kita juga telah kenal pasti bagaimana satu kad pengenalan kosong berada dalam data JPN tetapi dalam data SPR sudah lengkap dengan nama, dalam kad pengenalan kosong itu hanya ada nombor . . . tiada nama tapi dalam data SPR ia sudah lengkap," katanya.

Isu daftar pemilih menjadi hangat baru-baru ini ekoran pendedahan mengenai pertukaran status kewarganeraan pemastautin tetap menjadi warganegara dalam tempoh yang singkat dan ia mendapat bantahan hebat daripada kepimpinan Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun perkara itu dinafikan oleh JPN dan SPR.

Berikutan pendedahan itu, Pakatan Rakyat mahu sidang tergempar Parlimen bagi membahaskan isu kewujudan pengundi kalangan rakyat asing yang diberikan taraf kewarganegaraan Malaysia.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

MP PAS bimbang isu Jais akan burukkan lagi hubungan kaum

Posted: 05 Aug 2011 02:36 AM PDT

KUALA LUMPUR, 5 Ogos — Seorang pemimpin pusat PAS bimbang kontroversi terbaru melibatkan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ekoran serbuan ke atas gereja akan memburukkan lagi hubungan antara kaum dan agama di negara ini yang sudah pun agak "dingin".

Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS pusat Dr Mujahid Yusuf Rawa (gambar) berkata, semua pihak wajar mengelak daripada membuat kenyataan provokatif mengenai isu terbaru Jais menyerbu majlis makan malam muhibah Gereja Methodist Damansara Utama yang didakwa kononnya bertujuan memurtadkan orang Melayu.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar berkata, ia perlu bagi menghormati bulan Ramadan daripada bercakap bohong dan menimbulkan fitnah.

Dalam satu kenyataan hari ini, Muhajid berkata, "kegagalan kerajaan menangani isu kalimah Allah tempoh hari berpotensi menimbulkan satu polemik baru pula."

"Semua pihak turut bimbang dengan adanya pulak pihak yang ingin ambil kesempatan untuk kepentingan politik sempit mereka. Memburukkan lagi situasi ialah apabila media diperalatkan untuk menimbulkan provokasi dari kenyataan puak rasis dan fanatik agama," kata ahli jawatankuasa kerja PAS pusat ini.

Malam kelmarin, kira-kira 30 anggota pihak berkuasa Jais dan polis memasuki premis Gereja Methodist Damansara Utama dekat Petaling Jaya pada pukul 10 malam semasa satu majlis makan malan muhibbah diadakan.

Majlis itu dihadiri antara 100 hingga 120 orang dari pelbagai kaum yang turut dihadiri 15 orang Melayu Islam.

Setelah menerima kritikan hebat, Exco Kerajaan Negeri Selangor Datuk Dr Hasan Ali menjelaskan bahawa serbuan itu dibuat kerana pihak Jais menerima maklumat ada usaha mahu memurtadkan umat Islam.

Namun sehingga kini, tidak dapat disahihkan apa bukti yang diterima pihak berkuasa terbabit.

Ekoran itu, Mujahid yang juga Pengerusi Jaringan Antara Agama Asia Tenggara turut menyeru Jais untuk memberikan penjelasan secara jujur motif tindakan mereka kerana ini melibatkan premis ibadat agama Kristian yang mesti dihormati.

"Ada beberapa isu yang perlu diberi penjelasan. Atas alasan apakah serbuan dibuat? Adakah waran dikeluarkan? Apakah sebenarnya berlaku dalam gereja tersebut?

"Kekaburan tindakan dan penjelasan yang tidak memuaskan hanya akan memberi ruang hubungan antara agama semakin meruncing dan sekali gus menimbulkan ketegangan kaum," tambah beliau.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved