Sabtu, 6 Ogos 2011

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Krisis hutang AS: Putrajaya optimis, Bursa dijangka susut lagi

Posted: 06 Aug 2011 12:56 AM PDT

KUALA LUMPUR, 6 Ogos ─ Penurunan harga di Bursa Malaysia mungkin berlanjutan hingga minggu depan ekoran jualan besar-besaran baru-baru ini disebabkan kebimbangan yang semakin memuncak tentang kelembapan ekonomi global, kata peniaga.

Ini juga disebabkan oleh data-data lemah dari Amerika Syarikat (AS) dan jangkaan tentang pasaran kerja AS yanvg tidak memberangsangkan pada masa ini yang menunjukkan tanda-tanda kemungkinan berlaku kemelesetan teruk.

Laporan Bernama Online memetik ketua penyelidikan runcit Affin Investment Bank, Dr Nazri Khan berkata, FBM KLCI akan terus susut dan menguji paras sokongan psikologi pada 1,500, berikutan isyarat-isyarat ekonomi yang negatif dan jangkaan kemelesetan berganda dalam pasaran-pasaran Barat.

Beliau berkata kejatuhan minggu ini merupakan prestasi lemah minggu keempat berturut-turut bagi FBM KLCI yang menyaksikan indeks itu jatuh 76 mata atau 4.7 peratus sejak paras puncaknya pada pertengahan Julai setelah melepasi paras sokongan psikologi 1,550 Isnin lalu.

"Kami percaya pelabur-pelabur bimbang terhadap kemungkinan ekonomi global menuju ke arah kemelesetan dengan jualan besar-besaran di seluruh dunia," katanya.

Nazri berkata pelabur-pelabur semakin bimbang yang percubaan oleh pemerintah untuk mengatasi krisis hutang tidak akan menyelesaikan masalah, sebaliknya memburukkan lagi kelembapan ekonomi.

Khamis lalu, saham-saham AS mengalami penjualan besar-besaran terburuk dalam masa dua tahun dan menurut laporan berita asing, penganalisis menjangkakan pembetulan selanjutnya dalam minggu akan datang.

Krisis hutang Eropah yang berlarutan juga terus mengganggu pasaran-pasaran global.

Dalam minggu ini, bursa tempatan menyaksikan dagangan tidak menentu, ketika pasaran mulai pulih daripada kejatuhan dalam tiga hari dagangan pada Isnin, seiringan dengan prestasi bursa-bursa serantau yang lebih teguh.

Ini adalah susulan berita bahawa pemimpin-pemimpin kongres AS telah bersetuju untuk menaikkan had hutang dan mengurangkan perbelanjaan kerajaan untuk mengelakkan berlakunya kemungkiran yang membahayakan.

Bagaimanapun, bursa tempatan hilang momentumnya Selasa lalu, berikutan prestasi lemah yang berterusan dalam pasaran-pasaran serantau yang dihantui kebimbangan tentang kelembapan kegiatan perkilangan global berikutan laporan ekonomi AS yang lemah.

Semalam, Bursa Malaysia mengakhiri dagangan dengan penyusutan mendadak, sejajar dengan kejatuhan besar-besaran dalam pasaran-pasaran serantau menyebabkan indeks asas FBM KLCI menjunam 22.46 mata kepada 1,524.43, paras terendah sejak 10 Mei tahun ini.

Berdasarkan Jumaat ke Jumaat, FBM KLCI merosot 24.38 mata kepada 1,524.43 daripada 1,548.81 sebelumnya.

Indeks Kewangan jatuh 138.46 mata kepada 14,489.15 daripada 14,627.61 Jumaat lepas.

Indeks Perusahaan susut 69.50 mata kepada 2,758.24 daripada 2,827.74 sebelumnya manakala Indeks Perladangan turun 143.26 mata kepada 7,592.94 daripada 7,736.2.

Indeks FBM Emas kehilangan 204.49 mata kepada 10,478.30 daripada 10,682.79 Jumaat lepas.

Jumlah dagangan mingguan meningkat kepada 6.020 bilion saham bernilai RM9.858 bilion daripada 5.13 bilion saham bernilai RM8.07 bilion minggu lalu.

Pasaran Utama mencatatkan peningkatan jumlah dagangan kepada 4.089 bilion saham bernilai RM9.53 bilion daripada 3.6 bilion saham bernilai RM7.84 bilion.

Pasaran ACE menyaksikan jumlah dagangannya bertambah kepada 1.38 bilion saham bernilai RM236.207 juta daripada 999.5 juta bernilai RM277.46 juta minggu lepas.

Waran mengecil jumlahnya kepada 481.029 juta saham bernilai RM71.227 juta daripada 494.04 juta saham bernilai RM96.7 juta Jumaat lalu.

Dalam pada itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop yakin ekonomi Malaysia tidak akan terjejas dengan krisis hutang Eropah dan kelembapan ekonomi AS.

Beliau berkata Malaysia masih mampu mempertahankan kedudukan ekonominya ekoran kebergantungan kepada ekonomi Asia seperti China dan India.

Katanya negara juga dijangka mampu berhadapan dengan situasi semasa itu kerana tidak mempunyai pendedahan terus.

"Kekukuhan asas ekonomi Malaysia yang didorong oleh permintaan domestik akan menjadi penampan bagi mengurangkan kesan ketidaktentuan ekonomi global.

"Kita juga bernasib baik kerana mempunyai perdagangan dengan China dan India yang merupakan gergasi ekonomi dunia," kata beliau di Parlimen Tasek Gelugor.

Nor Mohamed yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kejatuhan pasaran saham Asia berikutan kebimbangan keadaan ekonomi di AS dan Eropah.

Menteri itu berkata, beliau percaya masalah yang berlaku di negara-negara maju itu tidak akan menyebabkan dunia terjebak dalam kemelesetan ekonomi secara berganda.

"Eropah sedang bertungkus-lumus menyelesaikan krisis hutang dan AS pula masih mampu mencatatkan pertumbuhan tetapi pada kadar yang cukup perlahan," katanya.

Beliau berkata pertumbuhan perlahan di AS disebabkan oleh kadar pengangguran yang cukup tinggi iaitu 17 peratus.

Katanya AS kini berhadapan dengan situasi yang amat mencabar dan masalah pengangguran menjadi ancaman kepada kuasa besar ekonomi itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Ceroboh rumah ibadat tak dibenar tanpa ‘kuasa dan hak’, kata anak Nik Aziz

Posted: 06 Aug 2011 12:40 AM PDT

KUALA LUMPUR, 6 Ogos — Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS pusat Nik Abduh Nik Abdul Aziz menegaskan semua rumah ibadat tidak boleh diceroboh dan sebarang bentuk pencabulan tidak dibenarkan melainkan dengan "kuasa dan hak."

Lebih selesa bercakap dari sudut ajaran Islam, Nik Abduh berkata setiap rumah ibadat perlu sentiasa dijaga dan dihormati.

Bagaimanapun tegas beliau sekiranya ada bukti mengaitkan dalam usaha untuk memurtadkan orang Islam tindakan boleh dilakukan tapi mengikut peruntukan undang-undang yang ditetapkan.

"Dari sudut Islam semua rumah ibadat termasuk gereja tidak boleh ada apa-apa pencabulan kecuali dengan kuasa dan hak yang dibenarkan selain mempunyai bukti yang kukuh, baru ia (serbuan) boleh dilakukan.

"Kita tidak boleh membunuh kecuali dengan hak, kita tidak boleh mencuri kecuali dengan hak, sama seperti rumah ibadat... rumah ibadat ini perlu dijaga, kalau nak buat serbuan perlu ada bukti yang kukuh," katanya kepada The Malaysian Insider.

Nik Abdul berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang menyerbu satu majlis makan malam muhibah di Gereja Methodist Damansara Utama dekat Petaling Jaya, Rabu lalu.

Pada kejadian malam Rabu itu, kira-kira 30 anggota polis dan pihak berkuasa Jais memasuki premis Gereja Methodist Damansara Utama tanpa waran kira-kira 10 malam.

Majlis itu dihadiri antara 100 hingga 120 orang dari pelbagai kaum.

Bagaimanapun tindakan Jais itu mendapat kritikan banyak pihak.

Exco Kerajaan Negeri Selangor Datuk Dr Hasan Ali mempertahankan atas alasan ada bukti pihak terbabit mahu memurtadkan umat Islam.

Ditanya bahawa Jais mempunyai kuasa untuk melakukan serbuan itu, Nik Abduh bagaimanapun berkata, "ia undang-undang sudah lama, sepatutnya kita perlu mengambil pendekatan selesaikan secara berdialog."

"Semua pihak berkuasa perlu mengikut undang-undang yang ada termasuk Jais, ia hanya undang-undang tapi dalam isu yang membabitkan agama ini lebih baik selesaikan konflik ini dengan cara perbincangan.

"Dengan cara pertemuan dan perbincangan ia boleh diselesaikan," katanya sambil menambah, mahu menunggu hasil laporan Jais sebelum mengeluarkan sebarang komen lain.

Beliau juga menyerahkan kepada PAS Selangor untuk selesaikan perkara itu.

Semalam PAS Selangor berkata akan memanggil Hasan berhubung dakwaan ada usaha mahu memurtadkan orang Islam dalam program anjuran Harapan Komuniti itu.

Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim memutuskan untuk menghadap Sultan Selangor bagi mendapatkan nasihat menyelesaikan perkara itu.

Beliau berkata langkah itu akan diambil sebaik sahaja menerima laporan Jais, yang turut akan dipersembahkan kepada Sultan Selangor.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved