Selasa, 9 Ogos 2011

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Umno Selangor: Gereja boleh saman jika tindakan Jais salah

Posted: 09 Aug 2011 02:46 AM PDT

Noh: Saya yakin Jais telah bertindak mengikut lunas undang-undang dan jabatan itu mesti tahu implikasi undang-undang bila berbuat demikian.

KOTA BARU, 9 Ogos — Umno Selangor yakin tindakan yang dilakukan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ketika memeriksa sebuah gereja di negeri itu sehingga menimbulkan kontroversi baru-baru ini mengikut peruntukan undang-undang.

Jika tidak, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata gereja itu boleh mengambil tindakan mengheret Jais ke mahkamah.

"Saya yakin Jais telah bertindak mengikut lunas undang-undang dan jabatan itu mesti tahu implikasi undang-undang bila berbuat demikian," katanya dipetik Bernama Online hari ini.

Rabu lalu, Jais membuat membuat pemeriksaan di Gereja Methodist Damansara Utama dekat Petaling Jaya, selepas menerima laporan mengenai kehadiran orang Islam pada majlis makan malam yang diadakan di situ.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata beliau menunggu laporan Jais dan akan menghadap Sultan Selangor untuk mendapatkan nasihat baginda.

Tindakan Jais itu mendapat sokongan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu dan Kemudahan Awam Selangor Datuk Dr Hasan Mohd Ali sehingga menimbulkan konflik kepada kerajaan Selangor yang diteraju Parti Keadilan Rakyat.

Mengulas kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyalahkan Barisan Nasional (BN) kononnya sengaja membangkitkan kontroversi mengenai perkara itu, Noh berkata PAS sengaja menutup kelemahan mereka dengan melemparkan tuduhan kepada Umno dan BN.

"Setiap apa yang berlaku membabitkan PAS dan pembangkang, parti itu akan melemparkan tuduhan pula kepada Umno seolah-olah kita tidak ada kerja lain nak dibuat.

"Saya ingin menasihatkan PAS agar jangan sesekali mempolitikkan isu agama kerana isu agama adalah sangat sensitif," katanya.

Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata apa yang berlaku itu tidak ada kena mengena dengan Umno dan BN.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

MB Kedah dijangka keluar IJN hujung minggu

Posted: 09 Aug 2011 02:45 AM PDT

GURUN, 9 Ogos — Keadaan kesihatan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak semakin beransur baik dan beliau dijangka dibenarkan keluar daripada Institut Jantung Negara (IJN) beberapa hari lagi.

"Datuk Seri mungkin dibenarkan keluar dalam masa dua atau tiga hari lagi. Beliau tidak buat sebarang pembedahan dan hanya jalani imbasan MRI (Pengimejan Resonans Magnetik) serta saringan kesihatan yang lain sahaja," kata Pegawai Khas beliau, Muzaini Azizan hari ini.

Menurut laporan Bernama Online, Azizan kini dikehendaki berehat di IJN bagi menstabilkan tekanan darah tingginya di samping mengawal paras gula dalam kandungan air kencing.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved