The Malaysian Insider :: Bahasa |
Jais: Kami tak serbu, hanya ‘pemeriksaan untuk pastikan kehadiran Muslim’ Posted: 11 Aug 2011 03:38 AM PDT Tegas Pengarah Jais Marzuki Hussin, pemeriksaan itu dilakukan di bawah Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 berdasarkan maklumat majlis makan malam muhibah itu diadakan di sebuah gereja. "Jais hari ini menegaskan kepada umum bahawa tiada 'serbuan' yang dilakukan pegawai penguatkuasa Jais dan polis di Gereja Methodist Damansara Utama pada 3 Ogos lalu sebaliknya hanyalah pemeriksaan untuk memastikan kehadiran orang Islam. "Pada hari itu pemeriksaan dilakukan berdasarkan maklumat bahawa majlis ibadat berbuka puasa akan diadakan bersama majlis makan malam muhibah di sebuah gereja," katanya menambah pemeriksaan telah dilakukan kira-kira pukul 9.45 malam. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
Kes Tajuddin Ramli ditangguh hingga 29 Sept 29, peguam Umno membisu Posted: 11 Aug 2011 02:49 AM PDT KUALA LUMPUR, 11 Ogos — Kes saman berjuta ringgit dan saman-saman balas melibatkan Tan Sri Tajuddin Ramli dan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) ditangguhkan sehingga 29 September ini ekoran satu arahan kontroversi daripada Putrajaya agar kesemua pihak menyelesaikannya di luar mahkamah. Peguam Umno Datuk Hafarizam Harun enggan bercakap mengenai isu itu hari ini meskipun arahan Putrajaya menerusi Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz menyebutkan bahawa beliau akan mewakili kesemua GLC. "Saya dalam mesyuarat (Sibu). Biar ia selesai sebelum kita bercakap... maaf, terima kasih," kata beliau menerusi mesej SMS pagi tadi. Hafarizam juga enggan mengesahkan atau menafikan sama ada firmanya terlibat dalam urusan yang iambil kerajaan pusat itu tetapi menekankan bahawa nama firmanya telah disalah eja. "Saya hanya dipandu oleh apa yang ditulis dalam The Malaysian Insider," kata beliau. "Biar peguam-pegaum yang bertindak bagi GLC dan Tajuddin Ramli selesaikan dulu. Apa-apa saya kata (sekarang) akan ada impak," katanya lagi. The Malaysian Insider difahamkan sekitar 10 peguam yang mewakili sejumlah 38 syarikat dan individu yang disaman oleh Tajuddin telah membangkitkan surat Nazri dan isu penyelesaian luar mahkamah dalam satu pertemuan tertutup dengan hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Md Raus Sharif, yang dilantik sebagai hakim pengurusan bahagian komersial di mahkamah Kuala Lumpur tahun lalu. Seorang peguam yang bertindak bagi salah satu GLC berkata dia hanya mengetahui tentang perintah itu semalam dan belum menerima pemakluman formal daripada pelanggannya. Peguam itu yang enggan namanya didedahkan berkata dia belum menerima sebarang arahan agar menyerahkan apa-apa kepada firma guaman dinamakan surat Putrajaya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
You are subscribed to email updates from The Malaysian Insider :: Bahasa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan