Jumaat, 12 Ogos 2011

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Kajian: Hubungan etnik di Malaysia makin merosot

Posted: 12 Aug 2011 02:51 AM PDT

KUALA LUMPUR, 12 Ogos — Rakyat Malaysia berpandangan bahawa hubungan etnik di negara telah mengalami kemerosotan berbanding situasi lima tahun lalu, demikian menurut hasil kajian terbaru kendalian Merdeka Center hari ini.

Hasil kajian ini muncul ketika negara berhadapan dengan kontroversi terbaru berkaitan dengan serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas Gereja Methodist Damansara Utama minggu lalu.

Awal tahun lepas beberapa gereja, masjid dan kuil Sikh menjadi sasaran vandalisme susulan isu kalimah Allah.

Negara akan menyambut ulang tahun sambutan Hari Kemerdekaan akhir bulan ini dan Hari Malaysia pada 16 September.

Kajian membabitkan 1,013 rakyat Malaysia menunjukkan hanya 66 peratus responden berpendapat hubungan kaum berada di kedudukan "baik" — penurunan sebanyak 15 peratus berbanding 78 peratus direkodkan pada 2006.

Malah kajian itu mendapati hanya lebih sedikit daripada satu pertiga percaya bahawa wujud sentimen "perpaduan kaum yang jujur dan mesra" — menurun daripada 54 peratus lima tahun lalu.

Mereka yang beranggapan bahawa perpaduan 'berpura-pura' pula meningkat daripada 29 peratus kepada 44 peratus.

Kajian terbaru ini dikendalikan antara 24 Mei dan 8 Jun lalu. Ia merupakan susulan kepada kajian yang dikendalikan pada Jun 2006.

MENYUSUL LAGI

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

PAS jumpa gereja 16 Ogos, Jais tangguh

Posted: 12 Aug 2011 02:02 AM PDT

KUALA LUMPUR, 12 Ogos — PAS akan mengunjungi Gereja Methodist Damansara Utama pada 16 Ogos ini manakala kunjungan ke Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ditunda ke tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

Pertemuan dengan pihak gereja akan diadakan pada puku 4 petang.

"Pihak gereja telah bersetuju dengan permohonan PAS untuk bertemu pada 16 Ogos ini.

"Dengan Jais, kita dimaklumkan oleh mereka bahawa mereka belum dapat berjumpa mana-mana pihak kerana sedang menyiapkan laporan siasatan kes tersebut," kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dipetik Harakahdaily.

Mustafa berkata sembilan orang pimpinan PAS termasuk beliau akan terlibat dalam pertemuan dengan pihak gereja tersebut.

Mereka akan diketuai Timbalan Presiden Mohamad Sabu, Naib Presiden Salahudin Ayub, Ketua Penerangan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan ahli jawatankuasa PAS iaitu Idris Ahmad, Dr. Siti Mariah Mahmod dan Dr. Dzulkefly Ahmad serta Dr. Mujahid Yusof dan Pesuruhjaya PAS Selangor Dr. Abd Rani Osman.

Pertemuan dengan Jais dan gereja (gambar) diputuskan oleh mesyuarat jawatankuasa PAS Pusat Ahad lepas.

Ia bertujuan untuk mendapat gambaran dari mereka sendiri sebelum membuat apa-apa pendirian ekoran tindakan Jais memeriksa gereja berkenaan baru-baru ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved