Sabtu, 13 Ogos 2011

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Tsu Koon: Sikap Ezam ugut mahu bakar portal berita tidak boleh diterima

Posted: 13 Aug 2011 02:38 AM PDT

KUALA LUMPUR, 13 Ogos – Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon hari ini menyelar tindakan Senator Ezam Mohd Nor yang mengugut mahu membakar pejabat portal berita The Malaysian Insider dan Malaysiakini yang beliau dakwa sebagai ejen pengkhianat Islam.

Tegas Koh (gambar), tindakan Ezam, bekas pengikut setia Datuk Seri Anwar Ibrahim, sangat tidak bertanggungjawab dan tidak boleh diterima.

Beliau juga berkata tindakan Ezam itu terlalu mengikut perasaan apabila mengulas tentang kontroversi "serbuan" ke atas Gereja Methodist Damansara Utama oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) pada 3 Ogos lalu.

"Dalam amalan demoktrasi, Ezam mempunyai hak untuk menyatakan pendirian dalam mempertahankan Islam dan juga melahirkan kebimbangan dengan kegiatan memurtadkan orang Islam yang kini sedang disiasat (Jais).

"Jika beliau mengatakan laporan portal berita ini salah, beliau perlu membahaskan secara jelas, sediakan fakta-fakta dan bukti yang kukuh atau ambil tindakan perundangan," katanya dalam satu kenyataan.

Koh menambah tindakan membuat ugutan sebegitu tidak menggambarkan sikap seorang senator yang sepatutnya memberikan contoh kepada rakyat.

Koh yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, tindakan itu juga akan menjatuhkan imej Ezam dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang diwakili beliau.

"Malangnya beliau telah menggunakan pengaruhnya untuk membantah dan membalasnya, beliau juga membenarkan dirinya dipengaruhi oleh emosi dan sentimen yang akan memberikan kesan negatif.

"Dengan menggunakan kenyataan bersifat ugutan, beliau bukan sahaja merosakkan imejnya selaku senator tapi juga pertubuhan yang diwakilinya," katanya.

Semalam Ezam semasa perhimpunan aman berhubung isu murtad pertahankan JJais di pekarangan Masjid Negeri, Shah Alam melancarkan perang ke atas The Malaysian Insider dan Malaysiakini yang didakwa beliau sebagai "ejen kepada pengkhianat Islam."

"Kita sedia berperang dengan mereka... kita akan lancarkan perang habis-habisan jika mereka tidak hentikan dengan ejen mereka Malaysiakini, (The) Malaysian Insider yang biadap kepada Jais, kononnya mereka menceroboh masuk gereja.

"Kita beri anda amaran terakhir. Jika anda tidak hentikan sampah ini, kita akan bakar pejabat anda," katanya.

Dalam ucapanya itu Ezam juga memberi amaran kepada kumpulan Kristian agar menghentikan kegiatan memurtadkan Umat Islam sekiranya tidak mahu berdepan dengan "perang."

Kata Ezam, "masalah besar" akan berlaku sekiranya kumpulan Kristian meneruskan kerja-kerja memurtadkan umat Islam walaupun perkara itu tidak dibenarkan oleh Perlembagaan Persekutuan.

Tambah Koh, dengan semangat 1 Malaysia semua pemimpin termasuk Ezam perlu menunjukkan sikap yang tidak bertentangan dengan prinsip itu.

"Rakyat Malaysia tahu komitmen dan amalan kita, 1 Malaysia yang ditonjolkan sepatutnya menunjukkan komitmen dan perpaduan.

"Dengan semangat 1 Malaysia, setiap pemimpin perlu bercakap dan bertindak dengan berdasarkan tanggungjawab dan menyelesaikan segala salah faham, kontroversi atau konflik bukan menyemarakkan lagi kemarahan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Imam digantung tugas tiga bulan, didakwa sertai Bersih 2.0

Posted: 13 Aug 2011 02:18 AM PDT

KUALA LUMPUR, 13 Ogos – Didakwa terlibat dalam perhimpunan Bersih 2.0, seorang imam dari Kampung Ladang di Gelang Patah, Johor digantung daripada jawatan itu selama tiga bulan berkuat kuasa 2 Ogos lalu.

Ketika dihubungi The Malaysian Insider Hassan Md Said, 40, berkata beliau telah digantung sehingga 2 November tanpa sebarang notis.

"Saya digantung tanpa apa-apa notis selama tiga bulan yang berkuat kuasa 2 Ogos hingga 2 November, secara tiba-tiba sahaja dan saya didakwa terlibat dengan perhimpunan Bersih 2.0.

"Saya sudah lebih 10 tahun menjadi imam di Masjid Kampung Ladang dan saya telah terima digantung jawatan ini," katanya.

Tegas Hassan, beliau tidak pernah terlibat dengan perhimpunan pada 9 Julai lalu di ibu negara.

Sebaliknya jelas beliau, "saya mahu keluar daripada Kuala Lumpur tetapi dihalang polis."

"Saya ingin keluar daripada Kuala Lumpur, saya letakkan kereta saya di Masjid Jamek dan saya pergi makan terlebih dahulu.

"Kemudian bila saya kembali ke tempat saya letakkan kereta saya lihat polis dah penuh dan mereka kata ini tempat larangan, saya kata mahu keluar Kuala Lumpur tapi mereka tidak benarkan dan tahan saya," katanya.

Ditanya lebih lanjut mengenai perkara itu, Hassan bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

Kata beliau, arahan itu dikeluarkan Majlis Agama Islam Johor.

Pada 9 Julai lalu ribuan rakyat menyertai Himpunan Bersih 2.0 menuntut pembaharuan sistem pilihan raya.

Dalam perhimpunan itu hampir 1,700 orang ditahan termasuk kepimpinan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) dan Pakatan Rakyat.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved