Selasa, 16 Ogos 2011

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Bersih 2.0: Pemuda didakwa pegang pisau mahu saman Berita Minggu RM10j

Posted: 16 Aug 2011 01:51 AM PDT

KUALA LUMPUR, 16 Ogos – Seorang peserta perhimpunan Bersih 2.0 dari Unit Amal PAS memutuskan untuk menyaman Berita Minggu RM10 juta kerana mendakwa dia membawa pisau semasa perhimpunan di ibu negara bulan lalu.

Dalam notis pemberitahuan dihantar kepada Ketua Pengarang Berita Minggu dan penerbit dan pencetak News Straits Times Press (M) Berhad, peguam Abdul Razak Endut, 32, dalam notis itu berkata edisi 10 Julai yang menyiarkan gambarnya dengan tajuk "seorang perusuh membawa pisau dalam perhimpunan haram" manakala tajuk kecilnya pula berbunyi "perusuh guna senjata, batu, lawan polis" adalah tidak benar.

Abdul Razak atau lebih dikenali sebagai "Ajak" diwakili Tetuan Sazali & Lim.

Difahamkan notis pemberitahuan itu telah dihantar minggu lalu.

"Dalam akhbar di muka hadapan telah mengeluarkan penyataan berupa fitnah terhadap Abdul Razak Endut, yang mana tuan telah memaparkan imej pelanggan di muka hadapan Berita Minggu, dengan tajuk 'seorang perusuh membawa pisau dalam perhimpunan haram'.

"Tajuk itu di dalam makna dan perkataan merujuk kepada pelanggan kami sebagai 'perusuh yang membawa pisau', bahawa imej itu telah dipinda dengan sengaja oleh pihak tuan untuk memberikan gambaran pelanggan kami sedang memegang sebilah pisau dan tajuk dan keadaan imej gambar yang dipinda itu merupakan satu fitnah," kata notis pemberitahuan itu.

Kata notis itu, tempoh 21 hari diberikan kepada Berita Minggu dan sekiranya gagal tindakan undang-undang akan diambil.

"Kami dengan ini memberikan notis kepada pihak tuan untuk memberhentikan penyebaran fitnah tersebut dan membayar ganti rugi kepada pelanggan kami sejumlah RM 10 juta sahaja serta menerbitkan permintaan maaf tanpa syarat dalam terbitan tuan dengan perkataan dan saiz paparan hendaklah dipersetujui terlebih dahulu oleh pelanggan kami.

"Jika sekiranya pihak tuan dengan sengaja enggan atau gagal mematuhi kehendak notis ini dalam tempoh 21 hari dari tarikh penerimaannya arahan tegas diberikan kepada kami untuk memulakan tindakan undang-undang terhadap tuan tanpa sebarang makluman lagi," katanya.

Tambah notis itu, tindakan Berita Minggu itu telah menjatuhkan imej Abdul Razak yang merupakan individu yang dikenali dalam masyarakat.

"Pelanggan kami merupakan seorang pemuda yang dihormati dalam masyarakat, penyataan dan paparan imej yang dipinda itu adalah palsu dan tidak berasas.

"Dan merupakan fitnah jahat terhadap pelanggan kami dan dibuat dengan niat untuk memfitnah pelanggan kami dan merosakkan nama baik serta reputasi dan telah menyebabkan pelanggan kami dipandang rendah oleh masyarakat," katanya.

Abdul Razak dari Unit Amal Temerloh sebelum ini secara tegas menafikan dia membawa pisau dalam perhimpunan yang disertai ribuan rakyat itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Bersih: Laporan pembaharun pilihan raya boleh sedia sebelum Mac 2012

Posted: 16 Aug 2011 01:47 AM PDT

PETALING JAYA, 16 Ogos – Bersih 2.0 yakin pembaharuan sistem pilihan raya boleh dilakukan dengan segera, menjelang Mac depan, meskipun timbalan speaker berpandangan proses itu kemungkinan mengambil masa sekitar setahun berdasarkan pengalaman lalu.

Terdahulu dalam ulasan kepada The Malaysian Insider, Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata berdasarkan pengalaman lalu, jawatankuasa pilihan khas Parlimen boleh bersidang sehingga selama satu tahun untuk menyiapkan kajian dan mengemukakan laporan terperinci.

Dalam responsnya, Bersih 2.0 mengesyorkan agar jawatankuasa pilihan khas membentangkan dua laporan – pertama berkaitan dengan pembaharuan segera untuk diumumkan sebelum Mac depan manakala laporan jangka panjang dalam tempoh setahun.

"Anda tidak perlu setahun untuk merumuskan (keseluruhan) perbincangan. Kami mengesyorkan dua laporan disediakan, yang pertama dengan segera kerana ada pembaharuan-pembaharuan yang anda boleh mengesyorkan menjelang Mac depan," kata anggota jawatankuasa Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah di sini hari ini.

Maria berkata syor-syor dalam laporan pertama harus merangkumi aspek pendaftaran pengundi secara automatik sebelum pilihan raya umum ke-13.

Katanya, pusingan pertama syor-syor pembaharuan oleh jawatankuasa pilihan khas seharusnya mengambil kira saranan agar had kelayakan mengundi diturunkan daripada 21 kepada 18, pembaharuan dalam sistem pengundian pos atau tidak hadir, penggunaan dakwat kekal dan garis panduan jelas mengenai tempoh berkempen minimum 21 hari.

"Cadangan bagi laporan pertama mesti selesai dan dilaksanakan sebelum mana-mana pilihan raya diadakan," katanya.

"Perdana Menteri perlu memastikan pilihan raya umum tidak diadakan sehingga kesemua ini (pembaharuan) dijalankan. Selesaikan semua ini sebelum pilihan raya diadakan.

"Jawatankuasa pilihan khas tidak bermakna jika pilihan raya diadakan sebelum jawatankuasa boleh merumuskan perbincangannya atau mengemukakan laporannya," kata seorang lagi anggota jawatankuasa pemandu Dr Wong Chin Huat.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved