Khamis, 18 Ogos 2011

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Pesawah maut ditetak abang ipar

Posted: 18 Aug 2011 02:02 AM PDT

KUANTAN, 18 Ogos – Seorang pesawah  maut selepas ditetak dengan sebilah parang oleh abang iparnya di sebuah petak sawah di Kampung Permatang Chekeroh, Nenasi dekat Pekan petang semalam.

Mohamad Romli Hashim, 62, yang cedera parah di bahagian bawah lutut kanan meninggal dunia di tempat.

Ketua Polis Daerah Pekan Supt Yahaya Othman berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 6.30 petang ketika Mohamad Romli sedang membersihkan kawasan sawah padinya.

"Dipercayai sebelum kejadian berlaku pertengkaran di antara mereka di mana suspek mendakwa mangsa telah menceroboh tanah sawahnya dengan meracun rumput di kawasannya," katanya dipetik laporan Bernama Online.

Yahaya berkata abang ipar mangsa, 64, yang berasal dari Kampung Serun, Nenasi telah menyerah diri di Ibu Pejabat Polis daerah Pekan sejurus selepas kejadian dan kini ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata punca sebenar kejadian juga masih disiasat.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Jambatan Kedua: PKMM gesa kerajaan telus agih projek

Posted: 18 Aug 2011 01:55 AM PDT

GEORGE TOWN, 18 Ogos – Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Pulau Pinang (PKMMPP) menggesa kerajaan pusat supaya segera mengkaji semula pengagihan projek Jambatan Kedua Pulau Pinang yang didakwa telah meminggirkan kontraktor Bumiputera tempatan.

Yang Dipertua PKMMPP Datuk Muhamad Fadzill Hassan berkata, setakat ini, persatuan itu masih belum mendapat sebarang maklum balas mengenai agihan projek jambatan bernilai lebih RM4 bilion itu sedangkan kerja-kerja pembinaannya telah ditahap hampir 50 peratus.

"Menurut janji kerajaan, sebanyak 30 peratus daripada projek pembinaan atau pembekalan akan diberikan kepada kontraktor Bumiputera tempatan tetapi sehingga kini, tiada sebuah syarikat dari PKMMPP dipelawa untuk menyertai projek itu," katanya dipetik Bernama Online.

Katanya, PKMMPP kecewa apabila kontraktor tempatan hanya menjadi pemerhati dalam sebuah projek raksasa di negeri sendiri.

"Kami desak supaya kerajaan bersikap telus dan dedahkan jika telah terdapat kontraktor tempatan yang diberikan projek," kata beliau.

Muhamad Fadzill yang juga Timbalan Presiden PKMM berkata, pihaknya telah menghantar beberapa pucuk surat mengenainya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Abu Mansor dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, namun tiada sebarang jawapan yang diberikan sehingga sekarang.

Fadzill berkata, projek itu tidak seharusnya diagihkan kepada kroni-kroni tertentu atas kepentingan parti politik kerana ramai kontraktor Bumiputera di negeri ini tidak terlibat dengan parti-parti politik.

Katanya, terdapat 1,800 kontraktor dari kelas A hingga kelas F yang berdaftar di negeri ini dan kebanyakan mereka, terutamanya kontraktor Kelas F, kini telah gulung tikar atau menjalankan perniagaan lain kerana tidak mempunyai sebarang projek.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved