Sabtu, 20 Ogos 2011

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Pakatan kaji pulau panel Parlimen jika Najib mahu panggil PRU awal

Posted: 20 Aug 2011 02:40 AM PDT

KUALA LUMPUR, 20 Ogos – Pakatan Rakyat akan mempertimbangkan kemungkinan menarik diri daripada jawatankuasa pilihan khas jika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhasrat untuk mengadakan pilihan raya umum ke-13 sebelum panel itu membuat syor pembaharuan pilihan raya untuk dilaksanakan.

"Ada cadangan supaya kita menarik diri... tidak guna kita menganggotai jawatankuasa, bincang, buang masa dan buang duit, tetapi mengadakan pilihan raya umum sebelum jawatankuasa khas membuat syor dan kerajaan melaksanakan syor-syor itu," kata Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Ketika bercakap kepada The Malaysian Insider, Tuan Ibrahim berkata, Pakatan Rakyat akan memutuskan pendiriannya pada satu mesyuarat majlis kepimpinannya Rabu ini.

"Pada 24 Ogos ini kami akan membuat keputusan," kata beliau.

Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berkata kenyataan Najib semalam menimbulkan polemik baru kerana beliau mengatakan pilihan raya umum boleh diadakan bila-bila masa dan tidak terikat dengan hasil mesyuarat jawatankuasa pilihan khas.

"Kita tidak mahu jawatankuasa pilihan khas ini mengadakan mesyuarat dan menyediakan laporan tetapi kerajaan tidak terima, macam panel ekonomi ketika era (Tun) Dr Mahathir (Mohamad), pandangan diberikan tetapi kerajaan tidak menerima. Kita tidak mahu perkara macam itu berlaku lagi," katanya lagi.

Barisan kepimpinan pembangkang melahirkan rasa sangsi dengan keikhlasan Najib mahu membentuk jawatankuasa tersebut.

Terdahulu, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Timbalan Presiden DAP Kebangsaan Dr Tan Seng Giaw mempersoalkan ikhlasan Najib mengumumkan pembentukan jawatankuasa tersebut.

Bersih 2.0 juga menggesa pilihan raya umum ke-13 tidak wajar diadakan selagi syor-syor jawatankuasa pilihan khas Parlimen berkaitan sistem pilihan raya tidak dilaksanakan sepenuhnya.

"Bersih 2.0 dengan keras mengulangi tuntutannya bahawa kerajaan tidak harus mengadakan mana-mana pilihan raya sehingga dan melainkan syor-syor jawatankuasa pilihan khas Parlimen berkaitan pembaharuan segera dilaksanakan," kata gabungan lebih 60 pertubuhan bukan kerajaan ini dalam satu kenyataan hari ini.

Malah kata beliau, jika keanggotaan jawatankuasa itu terdiri daripada ahli-ahli Parlimen sahaja, kedudukan mereka akan terbatal sebaik sahaja Parlimen dibubarkan untuk diadakan pilihan raya.

"Oleh itu, jawatankuasa ini tidak harus dinamakan jawatankuasa pilihan khas Parlimen, tetapi hanya jawatankuasa khas yang boleh dianggotai pelbagai pihak, bukan setakat ahli-ahli Parlimen sahaja," katanya lagi.

Tuan Ibrahim juga membuat cadangan jawatankuasa khas pilihan raya dibentuk bagi mengkaji sistem pilihan raya negara agar ia diterima dan diyakini oleh rakyat.

Cadangan ini dibuat beliau untuk memberikan keyakinan kepada rakyat berbanding jawatankuasa pilihan khas Parlimen yang dicadangkan oleh kerajaan sekarang untuk membaikpulih sistem pilihanraya yang ada yang dianggap tidak bersih dan adil.

"Bayangkan lebih separuh daripada anggota dan ketua jawatankuasa ini terdiri daripada manusia-manusia yang merasakan sistem pilihan raya negara ini selama 54 tahun yang lepas adalah bersih, adil dan bebas, apa yang boleh rakyat harapkan daripada jawatankuasa khas ini?" kata beliau.

Katanya, perkara paling penting dalam penubuhan jawatankuasa khas ini ialah badan ini mestilah diyakini mampu membuat perubahan kepada sistem pilihan raya yang lebih bersih dan adil.

"Sekiranya ia gagal meyakinkan masyarakat, maka ianya tiada makna ditubuhkan jawatankuasa sedemikian," tambah Tuan Ibrahim.

Tuan Ibrahim mencadangkan agar keanggotaan jawatankuasa ini disusun semula untuk dianggotai 12 orang, dengan tiga ahli dari parti yang memerintah dan masing-masing tiga lagi dari pembangkang dan pertubuhan bukan kerajaan, seorang dari Suruhanjaya Pilihan Raya dan Jabatan Pendaftaran Negara.

"Pengerusi yang dilantik oleh jawatankuasa terbabit mestilah seseorang yang diterima baik dan diyakini oleh semua lapisan rakyat sebagai seorang yang adil dan tegas dalam isu reformasi pilihan raya seperti wakil dari Bersih 2.0 dan juga Suhakam," katanya lagi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Pilihan raya ‘olok-olok’ Umno Kelantan dua minggu mulai 16 Sept

Posted: 20 Aug 2011 02:24 AM PDT

KOTA BARU, 20 Ogos – Umno Kelantan akan mengadakan simulasi pilihan raya di negeri itu selama dua minggu mulai 16 September ini, kata Pengerusinya Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Mustapa berkata sebagai persediaan, pihaknya kini mengadakan taklimat secara berperingkat kepada semua ketua peti undi dan cawangan parti itu.

"Sehingga kini, saya nampak semangat ahli Umno semakin tinggi dengan kerja yang dilakukan di peringkat akar umbi, dan kita amat berharap simulasi ini dapat sambutan baik dengan semua jentera parti bergerak cergas," katanya dipetik Bernama Online.

Simulasi pilihan raya itu adalah susulan daripada arahan Umno pusat selepas Majlis Tertinggi parti pada 27 Mei memutuskan langkah tersebut perlu sebagai persediaan berdepan pilihan raya umum ke-13.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata 'orang muda' merupakan antara calon yang bakal disenaraikan Barisan Nasional (BN) untuk bertanding di Kelantan pada PRU akan datang.

Beliau berkata muka baru perlu diberi peluang untuk bertanding sebagai nilai tambah bagi membantu parti meraih kejayaan pada pilihan raya umum akan datang.

"Secara umumnya, orang muda lebih memahami kehendak dan keperluan pengundi muda, justeru harus ada sebilangan golongan muda dalam senarai calon yang akan bertanding," katanya.

Mustapa berkata bakal calon daripada golongan muda perlu memenuhi kriteria pemilihan, termasuk memperlihatkan ciri 'calon menang' yang disenangi rakyat.

Beliau menjangkakan calon pilihan raya umum kali ini sebahagiannya mungkin terdiri daripada anggota badan bukan kerajaan, agensi kerajaan, pesara, tokoh agama atau ahli akademik.

Katanya, pertikaian berhubung calon yang dipilih pucuk pimpinan serta budaya 'cah keting' perlu dihindari kerana ia tidak menguntungkan parti.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved