Isnin, 22 Ogos 2011

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Lapan tuntutan Bersih 2.0 jadi rangka panel khas Parlimen

Posted: 22 Aug 2011 02:36 AM PDT

KUALA LUMPUR, 22 Ogos — Jawatankuasa pilihan khas Parlimen yang ditubuhkan untuk meneliti sistem pilihan raya akan membentuk rangka kerjanya berdasarkan pada lapan tuntutan Bersih 2.0.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz (gambar) berkata, perkara itu dipersetujui selepas mengadakan pertemuan dengan wakil dari Dewan Rakyat, Jabatan Peguam Negara dan kedua-dua pengerusi dan timbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Kami bersetuju dengan apa yang disyorkan dalam memorandum daripada pertubuhan bukan kerajaan," kata beliau merujuk kepada Bersih 2.0 yang dianggotai 62 pertubuhan bukan kerajaan.

Walaupun beliau enggan menyebut nama Bersih, 2.0, Nazri mengakui apabila ditanya sama ada merujuk kepada "pertubuhan bukan kerajaan sah" yang membentuk gabungan tersebut.

"Tiada guna kita adakan jawatankuasa pilihan  khas jika kita tidak lihat pada kesemua ini. Kami tidak mahu, sebagaimana (parti-parti pembangkang) mendakwa, dijadikan pembuka tirai," kata beliau.
Nazri juga berkata jawatankuasa itu akan bertemu selama enam bulan.

Usul pembentukan jawatankuasa pilihan khas akan dibawa ke Parlimen 3 Oktober ini - hari pertama sidang akan datang dan ia juga tertakluk kepada kelulusan Kabinet.

Nazri juga berkata SPR juga akan mengemukakan satu memorandum kepada Kabinet untuk pertimbangan pada mesyuarat 7 September ini.

Naib Canselor UUM: Perpecahan Melayu makin parah

Posted: 22 Aug 2011 01:45 AM PDT

SINTOK, 22 Ogos — Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) berkata perpecahan masyarakat Melayu dilihat semakin parah meliputi segenap lapisan termasuk parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan kerana terlalu mengejar agenda masing-masing.

"Saya melihat sekarang ini dengan penuh kebimbangan perpecahan yang sedang berlaku dalam masyarakat Melayu sangat parah. Mereka bukan sahaja berpecah daripada kelompok parti politik, malah dalam pertubuhan bukan kerajaan juga berpecah dan dalam organisasi pun turut berpecah.

"Tidak sepakat dalam hal-hal yang menyentuh mengenai kepentingan rakyat... agenda perjuangan kita yang sebenar pun kita sudah lupa," kata Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak dipetik Bernama Online.

Terdahulu beliau menghadiri Majlis Sambutan Bulan Kemerdekaan di sini hari ini.

Beliau berkata kalau pemimpin dan orang Melayu masih tidak insaf, mereka terpaksa menerima hakikat bahawa mereka mungkin akan hilang kemerdekaan.

"Merdeka ialah penentuan nasib diri sendiri. Jika kita tidak boleh menentukan nasib diri sendiri dan nasib ditentukan oleh orang lain, apa ertinya kita merdeka. Inilah yang berlaku sekarang," katanya.

"Jadi saya harap supaya gologan intelektual Melayu, ahli-ahli politik Melayu dan pemimpin-pemimpin Melayu semua insaf. Kita perlu mula bekerja bersama-sama," kata beliau sambil menambah, "jangan sampai kita telah hilang semuanya baru kita nak berpeluk-peluk dan menangis."

"Itu semua buang masa. Jangan sampai nasi menjadi bubur," kata Mohamed Mustafa.

Beliau berkata sehingga kini ahli-ahli politik tidak boleh mengambil pendirian bersama dalam isu-isu yang menyentuh kepentingan agama, bangsa dan negara kerana mereka masing-masing terlalu meterialistik hendak mendapatkan kuasa, ganjaran dan pangkat yang akhirnya mereka lupa apa perjuangan mereka yang sebenar.

Katanya, sesiapa yang memberi pandangan akan terus dikecam sehinggakan jika ada ulama yang menghentam sesuatu perkara akan dikatakan "ulama upahan, ulama pengampu."

"Jangan kita terlalu terdesak sehingga kita sanggup gadai masa depan bangsa dan negara hanya semata-mata untuk kuasa," katanya.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved