Selasa, 23 Ogos 2011

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Kes liwat Anwar: Sampel sperma dari dubur Saiful tak ‘layak’ dijadikan bukti

Posted: 23 Aug 2011 03:38 AM PDT

KUALA LUMPUR, 23 Ogos — Pakar forensik Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata spesimen sperma diambil dari bahagian dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan tidak boleh digunakan sebagai bahan bukti dalam kes liwat kerana  keadaannya telah terjejas dan hanya diperoleh 56 jam selepas hubungan seks didakwa berlaku.

Dr David Wells mendakwa sampel-sampel DNA yang diperoleh tidak mungkin sesuatu yang "bermakna" dan adalah penting ia telah dihantar  untuk tujuan analisis dengan segera.

"Selepas satu tempoh yang lama, sampel tidak berada dalam keadaan baik," kata beliau di mahkamah hari ini.

Sebelum ini, mahkamah diberitahu bahawa spesimen DNA Saiful diperoleh  56 jam selepas perbuatan seks iaitu ketika dia pergi ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pemeriksaan perubatan pada 28 Jun 2008 dan kemudian membuat laporan polis.

Mahkamah juga pernah diberitahu bahawa spesimen DNA disimpan 43 jam lagi dalam kabinet oleh pegawai penyiasat  Supt Jude Pereira sebelum ia dihantar kepada ahli kimia kerajaan untuk dianalisis.

Dr Wells menekankan dalam borang perubatan Saiful mengatakan terdapat darah dalam dubur, namun keputusan pemeriksaan mendapati sebaliknya.

Beliau juga berkata borang itu tidak diisi dengan lengkap.

"Ia mesti diisi untuk menunjukkan semua pemeriksaan. Saya keliru dengan bahagian penting yang hilang," kata Dr Wells.

Anwar didakwa meliwat bekas pembantunya, Saiful di sebuah kondominium di Bukit Damansara antara pukul 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Beliau boleh dijatuhkan hukuman sehingga 20 tahun penjara jika disabit kesalahan di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan tetapi hukuman sebat tidak akan dijalankan kerana faktor umur.

Majlis Syura: Sultan Selangor murka tindakan MB keluarkan kenyataan tidak benar

Posted: 23 Aug 2011 03:31 AM PDT

KUALA LUMPUR, 23 Ogos — Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah melahirkan rasa terkejut dan murka dengan tindakan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim yang mengatakan penubuhan Majlis Syura adalah atas titah baginda, setiausaha sulit baginda berkata hari ini.

Sebaliknya, Datuk Mohamad Munir Bani berkata dalam pertemuan minggu lalu Khalid hanya mengatakan mahu bertemu dengan pengurusan Gereja Methodist Damansara Utama bagi mendapatkan penjelasan mengenai kontroversi pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) pada 3 Ogos ke atas premis itu.

"Memang tuanku langsung tidak titahkan Menteri Besar menubuhkan Majlis Syura itu sebab tuanku terkejut dan murka dengan apa yang berlaku.

"Tuanku tidak sebut apa-apa tentang Majlis Syura, saya sendiri tidak tahu macam mana Menteri Besar katakan tuanku titahkan, sekarang tuanku murka dan terkejut, dan suruh Menteri Besar perbetulkan semula kenyataan itu," katanya kepada The Malaysian Insider.

Semalam kerajaan negeri Selangor memutuskan untuk menubuhkan Majlis Syura bagi menyelesaikan segala pertikaian yang berlaku dalam pemeriksaan Jais itu.

Jawatankuasa khas itu atau dikenali sebagai Majlis Syura — dianggotai Khalid, Mufti Selangor Datuk Tamyes Abd Wahid dan timbalannya Datuk Abd Majid Omar.

"Idea penubuhan Majlis Penasihat Syura ini dicadangkan oleh Sultan Selangor ketika kami mengadakan perbincangan pada minggu lalu," kata Khalid dalam satu kenyataan semalam.

Gereja Methodist Damansara Utama menjadi tumpuan sejak beberapa minggu lalu selepas Jais melakukan pemeriksaan ke atas satu majlis makan malam muhibah anjuran Harapan Komuniti di premis itu.

Tindakan Jais itu mendapat bantahan banyak pihak, namun dipertahankan Exco Kerajaan Negeri Selangor Datuk Dr Hasan Ali yang menegaskan terdapat usaha untuk memurtadkan umat Islam pada program itu.

MENYUSUL LAGI

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved