Isnin, 29 Ogos 2011

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


PPSMI: PAS mahu temu Page

Posted: 29 Aug 2011 02:27 AM PDT

KUALA LUMPUR, 29 Ogos – PAS melahirkan hasrat untuk mengadakan pertemuan dengan pertubuhan bukan kerajaan pendidikan, Page berhubung pendirian pihaknya agar diberi pilihan untuk mengajar subjek Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia.

Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Datuk Abu Bakar Chik berkata, parti Islam itu tidak dapat menerima kenyataan Page supaya kerajaan mengembalikan semula dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)..

"Kita sebenarnya tidak sama sekali dapat menerima kenyataan ini dan saya minta untuk kita mengadakan pertemuan dengan pihak Page ini, kita mahu dengar daripada mereka apa alasan daripada mereka sebab kita mewakili majoriti rakyat yang tidak mahu kepada PPSMI," kata Abu Bakar dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Baru-baru Page berkata pihaknya mahu bertemu dengan Kabinet supaya dapat diadakan pertemuan mengambil langkah untuk mengembalikan semula PPSMI.

Abu Bakar berkata kenyataan Presiden Page, Datuk Noor Azimah yang dikatakan mempunyai bukti dan mendapat sokongan lebih 90 peratus ibu bapa berhubung perkara itu dianggap satu perkara yang luar biasa, satu perkara yang baru yang mendatang.

"Bagaimana beliau boleh mendakwa bahawa beliau ada bukti dan mendapat sokongan sedangkan rata-rata kajian yang dibuat PPSMI gagal untuk memajukan Bahasa Inggeris di kalangan anak-anak terutama di luar bandar bagi mendepani pendidikan Sains dan Matematik.

"Apatah lagi kita boleh mengatakan bahawa keciciran (di kalangan pelajar) telah begitu banyak dan begitu meluas sekali kerana akibat daripada PPSMI ini," katanya.

Oleh itu kata Abu Bakar, beliau berharap dapat mengadakan mengadakan pertemuan segera mereka dan mahu mendengar alasan mereka.

"Namin begitu, dari segi untuk mendesak kabinet supaya membolehkan (PPSMI dikembalikan) kita menentang sama sekali dalam apa bentuk sekali pun.

"Tetapi dengan Page kita mahu mendengar daripada mereka apa alasan yang mereka hendak bawa (kepada Kabinet) tentang perkara ini," ujarnya.

Bekas MD Sime Darby Azhar dilantik CEO MRT Co

Posted: 29 Aug 2011 02:18 AM PDT

KUALA LUMPUR, 29 Ogos – Bekas Pengarah Urusan Sime Darby Plantation, Datuk Azhar Abdul Hamid dilantik Ketua Pegawai Eksekutif MRT Co yang menguruskan projek infrastruktur terbesar negara, yang akan diadakan di Lembah Klang.

MRT Co merupakan syarikat kepada Kementerian Kewangan Diperbadankan.

Pelantikan itu diumumkan hari ini oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Dalam satu kenyataan hari ini, Program Transformasi Ekonomi berkata Azhar, yang dijadual memulakan tugasnya pada minggu pertama September, akan melaporkan diri kepada Najib sebagai Menteri Kewangan dan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

MRT Co akan menjadi pemilik projek dan aset kepada projek MY Rapid Transit Lembah Klang (KVMRT), berkuat kuasa Khamis ini.

Azhar mempunyai rekod cemerlang dalam memberikan hasil dan menguruskan operasi berskala besar, kata Najib.

Bahagian perladangan Sime Darby Bhd, yang di bawah kepimpinan dan pengawasan berhemat Azhar antara 2006 dan 2010, telah memperlihatkan hasil dan keuntungan yang baik.

Keuntungan operasi bahagian perladangan meningkat 23 peratus kepada RM2.1 bilion dalam tahun kewangan 2009/2010.

Laporan Bernama Online menyebut, Najib menambah sebelum memuktamadkan keputusan itu, beliau meminta pendapat Datuk Seri Abu Kassim, Ketua Komisioner Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Datuk Mohd Bakke Salleh, Presiden dan CEO Sime Darby Group.

"Kedua-duanya mengesahkan yang Azhar bebas daripada siasatan terhadap kerugian Sime Darby Group ekoran penggunaan lebihan kos dalam operasi tenaga dan utilitnya tahun lepas," kata kenyataan itu memetik Najib sebagai berkata.

Projek MRT itu ialah satu-satunya projek infrastruktur terbesar Malaysia dan begitu kompleks dari segi teknikal dan kewangan.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved