The Malaysian Insider :: Bahasa |
Gaddafi didakwa sembunyi di Bani Walid, tenggara Tripoli Posted: 01 Sep 2011 02:35 AM PDT TRIPOLI, 1 Sept â Pemimpin Libya digulingkan Muammar Gaddafi dipercayai berada di bandar padang pasir Bani Walid, kira-kira 150km ke tenggara Tripoli, demikian menurut seorang komander Majlis Peralihan Kebangsaan hari ini. Abdel Majid, penyelaras bilik operasi tentera Tripoli memberitahu Reuters, "mereka yang kami percaya" memaklumkan bahawa Muammar telah pergi ke kawasan itu bersama anaknya Saif al-Islam dan ketua risikan Abdullah al-Senoussi tiga hari selepas Tripoli jatuh minggu lalu. â Reuters |
Tembak pelajar: Enam termasuk tiga anggota polis ditahan Posted: 01 Sep 2011 02:26 AM PDT KUALA LUMPUR, 1 Sept â Tiga anggota polis antara enam ditahan berhubung kejadian melepaskan tembakan mencederakan seorang pelajar kolej swasta di Taman Seri Rampai, Setapak di sini semalam. Ketiga-tiga anggota itu berpangkat Koperal dan Lans Koperal. "Dua daripada mereka bertugas di Bukit Aman dan seorang lagi di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor," kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah dipetik Bernama Online. Menurutnya siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada pergeseran kenderaan, namun siasatan masih lagi dijalankan. Selain tiga anggota polis itu, tiga lagi yang ditahan semalam adalah rakan mangsa berumur antara 20 dan 27 tahun. Kesemua suspek ditahan reman sehingga 4 Ogos bagi membantu siasatan. Pelajar lelaki berusia lingkungan 20-an itu dilaporkan cedera parah akibat ditembak di hadapan sebuah kelab malam pada 6 pagi. Pelajar itu bersama tiga lagi rakannya baru sahaja memasuki kereta untuk meninggalkan kelab malam berkenaan apabila mereka didatangi sekumpulan lelaki. |
You are subscribed to email updates from The Malaysian Insider :: Bahasa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan