Ahad, 4 September 2011

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Azizan: Tiada pertemuan dengan Hadi setakat ini

Posted: 04 Sep 2011 03:30 AM PDT

Azizan berkata tidak benar laporan bahawa beliau diserang sakit jantung. — Foto fail

ALOR SETAR, 4 Sept — Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata tiada sebarang pertemuan antara beliau dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang setakat ini untuk membincangkan mengenai masalah kesihatan beliau.

Azizan ditanya sama ada beliau mengadakan pertemuan dengan Hadi untuk berbincang mengenai isu penggantiannya selepas keadaan kesihatannya terjejas kerana serangan jantung Julai lepas.

"Lepas ni saya pi (pergi) Kuala Lumpur mesyuarat parti (11 September) jumpa la dia dan siapa-siapa pun," kata beliau pada majlis rumah terbukanya di kediaman rasmi Menteri Besar di Mentaloon di sini hari ini.

Azizan juga berkata, berita mengenai dirinya diserang sakit jantung adalah tidak benar.

Sebaliknya berkata beliau ke Institut Jantung Negara (IJN) adalah untuk membuat pemeriksaan susulan kerana pernah membuat pembedahan pintasan jantung enam tahun lalu.

"Masa pergi IJN bukan sebab saya kena serangan jantung, itu tak betul. Saya pergi IJN buat pemeriksaan perubatan berkala, tiap empat bulan kena buat pemeriksaan doktor.

"Doktor kata kena buat pemeriksaan perubatan penuh, doktor tak pernah kata kena buat pembedahan, doktor suruh jaga kesihatan saja, kena rehat, tidur awal dan jaga pemakanan, itu saja," katanya dipetik Bernama Online.

Kelmarin, akhbar melaporkan bahawa kepimpinan PAS sedang mengambil tindakan untuk menggantikan Azizan disebabkan keadaan kesihatannya yang kurang baik dan Hadi dikatakan akan menghadap Sultan Kedah berhubung peralihan kepimpinan kerajaan negeri itu.

Abdul Azeez: Saya masih trauma, bagi saya masa

Posted: 04 Sep 2011 02:53 AM PDT

Azeez beramah mesra dengan kanak-kanak Palestin ketika menyampaikan bantuan kemanusiaan Ogos lalu. — Foto fail

SERDANG, 4 Sept — Ketua Kelab Putera 1 Malaysia, penganjur misi kemanusiaan ke Somalia, hari ini enggan memberi sebarang komen berhubung tragedi yang meragut nyawa jurukamera Bernama TV Noramfaizul Mohd Nor malam kelmarin.

Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, yang juga Ketua Putera Umno berkata, beliau mahu sedikit masa kerana masih trauma dengan tragedi itu.

"Nanti, nantilah... saya tengah trauma lagi," katanya.

"Mungkin nanti saya akan buat sidang media," katanya kepada The Malaysian Insider ketika ditemui selepas majlis pengebumian jenazah Noramfaizul di Tanah Perkuburan Islam Universiti Putra Malaysia di sini.

Jenazah Noramfaizul selamat dikebumikan kira-kira pukul 2.10 petang.

Dalam kejadian kelmarin, kenderaan yang dinaiki Noramfaizul, 39, dan petugas media Malaysia lain yang diiringi tentera kerajaan Somalia, ditembak ketika mereka dalam perjalanan pulang ke tempat penginapan.

Insiden itu turut menyebabkan jurukamera TV3 cedera di lengan.

Noramfaizul meninggalkan seorang isteri, Norazrina Jaafar 37, dan dua orang anak lelaki Mohd Irfan, 8 dan Mohd Naufal 3.

Sementara itu Ketua Misi Bantuan Perubatan Kelab Putera 1 Malaysia, Datuk Dr Alwi Rahman berkata Noramfaizul menerima rawatan kecemasan daripada paramedik Australia sebaik sahaja ditembak.

Jelas beliau, insiden yang menimpa Noramfaizul tidak akan dilupakan.

"Pada ketika itu, kami berada di hotel penginapan, dan dimaklumkan arwah Noramfaizul telah ditembak.

"Arwah diberikan rawatan oleh paramedik dari Australia, sebelum kami mengambil alih, namun gagal," katanya.

Dalam pada itu, keluarga Noramfaizul menyifatkan kematian Allahyarham sebagai mati syahid kerana meninggal dunia semasa berkhidmat untuk negara.

Ibunya, Naemah Abd Majid berkata, gelaran wira negara wajar diberikan kepada anak sulung daripada enam adik-beradik itu kerana khidmatnya di Somalia berbentuk misi kemanusiaan.

"Sepatutnya (dianggap wira negara), baguslah,  Noramfaizul berkhidmat untuk negara dan kerana Allah. Noramfaizul amat dedikasi terhadap tugasnya sebagai jurukamera selama ini yang sanggup mengetepikan apa sahaja hata keluarganya untuk melunaskan tanggungjawabnya sebagai jurukamera.

"Walaupun (kami sekeluarga) bersedih dengan pemergiannya, kami bersyukur kerana Noramfaizul pergi dalam syahid, insya-Allah," kata Naemah kepada pemberita.

Masih bersedih, Naemah bagaimanapun berkata beliau bersyukur dengan pemergian Noramfaizul kerana masih sempat menatap wajah anaknya buat kali terakhir.

"Saya sempat menyaksikan dan mencium wajahnya walaupun Noramfaizal sejuk kaku (di situ).

"Mak cik sayang anak dan bertambah cantik wajahnya walaupun telah dikembumikan," katanya.

Sementara itu bapanya, Mohd Nor Mat Yasin berkata, Noramfaizul sempat memesan sambal ikan bilis kegemarannya untuk dibawa bersama ke misi kemanusiaan Somalia.

"Sambal ikan bilis adalah kegemarannya dan beliau memesan untuk membawanya sebagai bekalan di sana," katanya.

Mohd Nor berkata, Noramfaizul tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda pelik sebelum berangkat ke Somalia pada 28 Ogos lalu.

"Beliau juga sempat menelefon kami sekeluarga pada malam raya dan memberitahu keadaannya yang baik semasa di sana," katanya.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved