Rabu, 7 September 2011

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Najib: Saya dijemput Ketua Hakim lawat Istana Keadilan

Posted: 07 Sep 2011 03:03 AM PDT

PUTRAJAYA, 7 Sept – Datuk Seri Najib Razak menegaskan pentadbirannya komited untuk mempertahankan kebebasan kehakiman sambil menjelaskan, beliau hanya bersetuju untuk melawat Istana Keadilan hari ini selepas diberi jaminan isu campur tangan oleh eksekutif tidak timbul sama sekali.

Dalam ucapannya, Perdana Menteri (gambar) berkata, "saya terpaksa berfikir dengan mendalam" sama ada perlu mengadakan lawatan kerja ke Istana Keadilan hari ini kerana bimbang tentang persepsi negatif yang mungkin timbul.

"Saya hanya bersetuju untuk lawat selepas ketua hakim menjemput saya dan memberi jaminan kepada saya bahawa tiada masalah," kata Najib.

Najib berkata, pentadbirannya komited kepada kebebasan kehakiman yang sangat penting sebagai ramuan penting dalam mana-mana usaha membina negara yang berjaya.

"Hubungan tidak semestinya baik, ia harus dilihat baik," kata beliau petang ini.

MENYUSUL LAGI

Pemuda PAS cabar Umno Johor isytihar Mat Indera ‘pejuang’

Posted: 07 Sep 2011 02:46 AM PDT

KUALA LUMPUR, 7 Sept – Pemuda PAS meminta Umno Johor meneruskan pendiriannya - yang lazimnya menjadi perintis berbanding negeri-negeri lain – dengan mengisytiharkan bahawa Ahmad Indera atau Mat Indera, yang dikaitkan dengan tragedi Bukit Kepong, sebagai bukan seorang pengkhianat tetapi pejuang kemerdekaan.

Ketua Pemuda PAS Johor Suhaizan Kaiat berkata, Umno Johor merupakan badan perhubungan negeri parti komponen Barisan Nasional yang pertama membuat pendirian meminta isu dasar pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris dan lesen judi bola dibatalkan.

Keputusan mengenai kedua-dua dasar itu, yang turut diperjuangkan oleh PAS, akhirnya dibatalkan.

"Dalam dua isu ini, Umno Johor yang mula-mula tampil memberi pandangan menentang dasar kerajaan. Jadi, saya dari Johor, berharap Umno Johor akan membuat pendirian menentukan sama ada Mat Indera sebagai pengkhianat atau pejuang kemerdekaan... menyatakan pendirian mereka bahawa Mat Indera seorang pejuang dan bukannya pengkhianat," kata beliau pada sidang media bersama adik Mat Indera, Baharom Shah Indera di sini hari ini.

Baharom berkata keluarganya menuntut agar kerajaan membersihkan nama Mat Indera dan tidak lagi dilabel sebagai pengkhianat negara, sebaliknya orang yang turut memainkan peranan dalam perjuangan kemerdekaan.

Adiknya, Baharom Shah berkata, Mat Indera adalah individu yang komited terhadap agama dan tegas terhadap pendiriannya untuk membebaskan negara daripada penjajahan.

"Maka, saya yakin beliau seorang pejuang kemerdekaan yang sebenar.

"Saya mohon pihak kerajaan dapat membersihkan Mat Indera daripada dilabel sebagai pengkhianat negara. Sejarah kemerdekaan negara perlu dikaji semula," kata bekas jurutera elektrik dan jentera kor perkhidmatan Tentera Darat pada sidang media hari ini.

Baharom berkata, "saya bagi pihak keluarga mengalu-alukan mana-mana pihak yang ingin membersihkan maruah dan nama baik keluarga saya."

Mohamad yang lebih dikenali "Mat Sabu" mencetuskan kontroversi apabila memberitahu dalam satu ceramah bahawa pejuang kemerdekaan telah melancarkan serangan itu di balai polis Bukit Kepong — membunuh 25 orang — semasa pemberontakan komunis dalam 1950.

Ahli politik itu telah dituduh membela komunis oleh pemimpin Umno dan ia disiarkan dalam Utusan Malaysia walaupun Mohamad menafikan ada menggunakan perkataan komunis dalam ceramahnya.

Mohamad, dalam ceramahnya mengatakan Muhammad Indera — salah seorang individu yang dipujinya ketika ceramah pada 21 Ogos lalu telah dikatakan sebagai seorang pejuang kemerdekaan, sebagaimana disebutkan dalam Berita Harian pada 13 Ogos 2010.

Suhaizan berkata buku bertajuk berjudul Pengukir Nama Johor yang dikeluarkan dengan prakatanya oleh Menteri Besar Johor Datuk Seri Abdul Ghani Othman dengan sendiri mengiktiraf Mat Indera, yang dihukum bunuh oleh British pada 1953, sebagai pejuang.

Bagaimanapun beberapa pemimpin Umno dan pertubuhan bukan kerajaan menyifatkan Mat Indera sebagai komunis dan mengecam teruk Mohamad.

Sehubungan itu Suhaizan berkata, oleh kerajaan buku tersebut dianggap sebagap dokumen kerajaan, "kami berharap Ghani dan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri membuat pendirian tentang kandungan tulisan dalam buku itu.

Muhyiddin, yang juga timbalan perdana menteri, beradal dari Johor.

"Kita juga minta Umno menyatakan pendirian sama ada benar British yang membunuh Mat Indera, sama ada Umno Johor setuju dengan kenyataan ini atau tidak, di mana British yang membunuh Mat Indera," katanya lagi.

Bab mengenai Mat Indera setebal sembilan halaman dalam buku "Pengukir Nama Johor" berakhir dengan rumusan, "walaupun ketokohan Mat Indera masih menjadi kontroversi, namun ada satu persoalan besar yang perlu diberi jawapan sewajarnya. Persoalannya kini: Adakah Mat Indera seorang petualang atau seorang pejuang? "

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved