Selasa, 13 September 2011

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Kuota haji: Malaysia dapat tambahan 2,000 tempat

Posted: 13 Sep 2011 02:22 AM PDT

KUALA LUMPUR, 13 Sept — Malaysia memperolehi tambahan kuota jemaah sebanyak 2,000 daripada kerajaan Arab Saudi untuk membolehkan 28,000 jemaah negara ini menunaikan haji di tanah suci tahun ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, pertambahan kuota itu diberi berikutan populasi penduduk Malaysia yang kini mencapai 28 juta orang.

"Saya sudah bermesyuarat dengan pihak pengurusan haji (Arab Saudi) dan memberitahu mereka tentang pertambahan rakyat Malaysia. Mereka bersetuju untuk menambah bilangan kuota ini selaras dengan jumlah rakyat kita," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Aidilfitri agensi-agensi di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri di sini hari ini.

Beliau yang dipetik Bernama Online berkata, kerajaan Arab Saudi menyediakan kawasan penempatan jemaah haji yang lebih luas selain membina lebih banyak hotel empat dan lima bintang berdekatan Masjidilharam untuk menampung bilangan jemaah yang semakin bertambah bagi memberi keselesaan kepada mereka untuk menunaikan rukun kelima itu.

"Sebelum ini jemaah kita ditempatkan di kawasan yang berjauhan (dari Masjidilharam) dan menyukarkan mereka... tetapi kali ini dengan adanya penempatan baru, ia akan memudahkan jemaah kita," katanya.

Jamil Khir berkata Lembaga Tabung Haji (TH) juga membuat persiapan rapi untuk melancarkan pengurusan jemaah termasuk menyediakan 800 orang petugas di Malaysia dan Arab Saudi.

Beliau juga meminta jemaah, terutamanya warga emas, supaya mengikut arahan pegawai LTH terutamanya dalam menjaga kesihatan dan keselamatan diri masing-masing semasa menunaikan ibadah itu.

Jamil Khir juga mengumumkan bahawa Kongres Majlis Agama Islam Malaysia, yang julung kali diadakan, akan dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kongres itu akan diadakan pada 26 hingga 27 Sept di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Bukit Kepong: Muhyiddin tidak mahu debat dengan Mat Sabu

Posted: 13 Sep 2011 02:06 AM PDT

KUALA LUMPUR, 13 Sept – Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau tidak akan berdebat dengan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mengenai isu  pejuang kemerdekaan yang sebenar.

Timbalan Perdana Menteri (gambar) memberitahu bahawa individu yang layak berdebat dengan Mohamad Sabu adalah pakar-pakar sejarah dan bukannya beliau.

Ditanya mengenai tindakan saman yang akan dibuat oleh Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu sekiranya beliau enggan menyahut cabarannya, Muhyiddin berkata: "Tak apalah, saya tunggulah dia saman saya."

"Mat Sabu sebagai seorang pemimpin politik seharusnya menarik balik kenyataannya bahawa pengganas komunis adalah hero sebenar dalam tragedi Bukit Kepong dan meminta maaf secara terbuka," katanya dipetik Bernama Online.

Muhyiddin berkata Mohamad tidak seharusnya memutarbelitkan fakta sejarah demi mengejar cita-cita politiknya kerana sejarah tidak ada kena mengena dengan politik dan apa yang dibangkitkannya boleh memporak-perandakan negara.

Minggu lalu Mohamad berkata beliau lebih bersedia untuk berdebat dengan Muhyiddin kerana timbalan presiden itu memintanya bertaubat.

Pendirian itu turut disokong oleh pemimpin-pemimpin PAS atas tarafnya selaku timbalan presiden parti.

Mohamad juga menolak kesediaan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin yang mahu berdebat dengannya berhubung kenyataan beliau berkaitan dengan tragedi Bukit Kepong bulan lalu.

Terdahulu Muhyiddin menghadiri majlis Tawaran Baru kepada Pengetua (Sekolah Menengah) dan Guru Besar (Sekolah Rendah) Bidang Kerberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan 2010 di Bahagian Teknologi Pendidikan, Bukit Kiara di sini.

 Mengenai majlis makan malam beliau bersama Setiausaha Agung Parti Komunis Republik China, Sun Zhenglai malam ini, Muhyiddin berkata hubungan diplomatik Malaysia dengan China adalah baik dan Malaysia menghormati pandangan ideologi negara itu.

"Malaysia tidak mengkritik China kerana berfahaman komunis tetapi mengutuk tindakan kejam pengganas komunis sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan dahulu.

 "Hubungan dua hala Malaysia dan China adalah penting kerana negara itu menjalinkan hubungan dalam sektor perniagaan, dalam perdagangan, perindustrian dan pelbagai sektor lain," katanya.

Beliau berkata Amerika Syarikat yang mengamalkan demokrasi sepenuhnya pun turut menjalin hubungan diplomatik dengan China.

"Maka kita perlu pragmatik dalam perkara ini dan tidak menimbulkan isu politik mengenainya," katanya.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved